
Apa itu
GrabBenefits?
Di Grab, kami menghargai setiap Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar di platform kami. GrabBenefits diperkenalkan pada tahun 2017 untuk membantu mengurangkan kos operasi semua Rakan Grab. Sejak itu, kami kekal fokus untuk memperkembangkan program ini demi merangkumi lebih banyak aspek kehidupan Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar. Apakah tujuannya? Ini kerana anda adalah teras perkhidmatan kami dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan. Kami ingin memastikan kebajikan anda dijaga sebaik mungkin—sepanjang masa.
Ganjaran ekslusif untuk rakan-penghantar Grab.
Tingkatkan pencapaian anda untuk lebih penjimatan!
Perlindungan berganda semasa dan selepas menghantar
Pelbagai
Tawaran Hebat
Capai peringkat anda setiap bulan berdasarkan prestasi pemanduan/penghantaran anda pada bulan sebelumnya: Member, Silver, Gold dan Platinum!


Cara
Untuk
Tuntu

Langkah 1
Klik “GrabBenefits” untuk pergi ke katalog GrabBenefits.

Langkah 2
Klik pada faedah yang menarik minat anda.

Langkah 3
Klik pada “Simpan Manfaat Ini”.

Langkah 4
Klik “Gunakan Sekarang” untuk menggunakannya.
-
Nikmati rebat Minyak
sehingga RM37 -
Mata Bonuslink di
Shell sehingga 6X -
Kadar istimewa untuk
minyak enjin Liqui Moly
FAQ
Bagaimanakah saya boleh menyertai program ini?
Semua rakan pemandu dan rakan-penghantar Grab akan didaftarkan untuk program ini secara automatik.
Saya adalah seorang rakan pemandu/rakan-penghantar baru. Bilakah saya boleh melihat peringkat GrabBenefits saya?
Anda akan dapat melihat peringkat anda (Member) 24 jam setelah anda melengkapkan perjalanan pertama anda.
Bagaimanakah peringkat bulanan GrabBenefits dikemaskini?
Peringkat bulanan anda akan dikemaskini pada setiap 1 hari bulan.
Apa yang perlu saya lakukan untuk pergi ke peringkat seterusnya?
Di dalam halaman “Tiers and Progress”, anda dapat melihat sejauh mana jarak anda dari mencapai peringkat seterusnya.
Apakah ganjaran tambahan yang boleh saya nikmati jika saya layak ke peringkat seterusnya?
Program ini memberikan ganjaran eksklusif kepada rakan-pemandu berprestasi tinggi. Jika anda layak ke peringkat seterusnya, anda boleh menyemak ganjaran yang tersedia bagi peringkat tersebut dalam aplikasi pemandu anda.
Mengapakah ganjaran yang saya lihat sebelum ini sudah tidak ada lagi di dalam katalog GrabBenefits?
Ganjaran tersebut mungkin telah luput/ditebus sepenuhnya, atau anda mungkin tidak lagi layak untuk menebus ganjaran tersebut disebabkan oleh peringkat anda yang sedia ada.
Selalu risau dengan risiko kemalangan ketika membuat penghantaran? Bagaimana anda boleh pastikan keselamatan anda lebih terjamin? Sebagai Rakan-Penghantar, anda bukan sahaja dilindungi dengan satu, tetapi dua polisi insurans!
GrabInsure
On The Road
Dapatkan perlindungan PERCUMA apabila anda melakukan penghantaran untuk GrabFood dan GrabExpress. Polisi ini akan bermula sebaik anda terima pesanan penghantaran dan tamat apabila penghantaran telah dilengkapkan.

Contoh
Ahmad terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan untuk membuat penghantaran pesanan GrabFood. Ahmad dilindungi oleh GrabInsure On-The-Road kerana kemalangan berlaku ketika proses penghantaran.
GrabInsure
24/7
GrabInsure 24/7 merupakan perlindungan sepanjang hari yang diberi kepada Rakan-Penghantar berdasarkan peringkat mereka.

Contoh A
Bulan ini, Ahmad merupakan Rakan-Penghantar Platinum. Dia terlibat dalam kemalangan ketika menghantar pesanan GrabFood. Ahmad akan menerima perlindungan berganda dari GrabInsure On-The-Road dan GrabInsure 24/7.
Contoh B
Bulan ini, Ahmad merupakan Rakan-Penghantar Platinum. Dia terlibat dalam kemalangan yang tidak melibatkan GrabFood atau GrabExpress. Jadi Ahmad hanya dilindungi oleh GrabInsure 24/7 only.
Terma & Syarat
1. Peringkat anda akan ditentukan berdasarkan prestasi bulan sebelumnya.
2. Peringkat bulanan akan dikemaskini pada hari kedua setiap bulan.
3. Rakan-Penghantar Member* perlu lengkapkan lebih dari 30 penghantaran dalam bulan sebelumnya.
4. Rakan-Penghantar Member* perlu ada kurang daripada 8% Permintaan Pembatalan (Cancellation Requests (CR)) dalam bulan sebelumnya.
Proses
Permohonan
Anda
-
Laporkan kepada pihak polis.
Dalam masa 24 jam kemalangan. -
Laporkan kepada khidmat pelanggan.
Isi borang laporan kemalangan. -
Kepilkan gambar Peringkat GrabBenefits
dan ID Pesanan penghantaran. -
Permohonan dalam proses. Ianya akan
mengambil masa sehingga 14 hari bekerja. -
Terima bayaran permohonan anda.
Dapatkan Nescafe
atau Teh Tarik
PERCUMA
Dalam kesibukan harian, Grab menggalakkan anda untuk berehat jika perlu. Kesihatan anda merupakan aset paling penting milik anda. Jangan abaikan diri dan keperluan tubuh badan semasa memandu.
Cara
Untuk
Tuntut

Langkah 1
Klik “GrabBenefits” untuk pergi ke katalog GrabBenefits.

Langkah 2
Klik pada faedah “Grab Partner Pit Stop”.

Langkah 3
Klik pada “Simpan Manfaat Ini”.

Langkah 4
Klik “Gunakan Sekarang” untuk menggunakannya.
-
Bandar Utama
Banana LeafIsnin-Ahad | 24 jam
-
Bandar Utama
The PortIsnin-Ahad | 5.30pm–1.30am
-
Bangi
Restoran BarraIsnin-Ahad | 24 jam
-
Bangsar
Devi’s CornerIsnin-Ahad | 24 jam
-
Jalan Genting Kelang
Kilang KitchenIsnin-Ahad | 5.30pm–1.30am
-
OUG
Al FarizIsnin-Ahad | 24 jam
-
Sepang
Restoran Ali MajuIsnin-Ahad | 24 jam
-
Penang
Blok5 food.drinkIsnin-Ahad | 5.00pm–11.00pm
-
Johor Bahru
Restoran Al-MashurIsnin-Ahad | 24 jam
-
Johor Bahru
Restoran Kadir BistroIsnin-Ahad | 24 jam
-
Melaka
Al Dubai RestaurantIsnin-Ahad | 24 jam
-
Melaka
Restoran Tiga RosIsnin-Ahad | 24 jam
-
Kuching
Little Foot CafeIsnin-Ahad | 10.00am–1.00am
-
Kuching
Pohonmas CafeIsnin-Ahad | 24 jam
-
Kuching
Food ParadeIsnin-Ahad | 6.00am–12.00am
-
Kota Kinabalu
Restoran AminIsnin-Ahad | 24 jam
FAQ
Apa yang boleh saya dapatkan di perhentian pit ini?
Rakan pemandu dan rakan-penghantar Grab boleh menikmati Nescafe PERCUMA atau Teh Tarik di Gerai Pit Pemandu Grab ini. Namun, perlu diingat bahawa kerana keadaan pandemik sekarang, minuman hanya tersedia untuk dibawa pulang.
Adakah tawaran ini standard di semua lokasi?
Ya, tawaran adalah sama untuk semua perhentian.
Adakah tawaran ini terbuka untuk semua rakan pemandu & rakan-penghantar Grab?
Hanya rakan pemandu dan rakan-penghantar Grab yang aktif layak mendapat tawaran ini.
Tambah Kemahiran
& Keyakinan Anda
Kami percaya anda juga mahukan perkembangan dalam hidup, begitu juga kami. GrabAcademy ingin membantu semua rakan kami dalam meningkatkan kemahiran dan taraf kehidupan anda.
Kursus PERCUMA
Kursus PERCUMA
Kursus Kadar Istimewa
- Cara untuk Membantu Penumpang OKU oleh GrabForGood
- Kelas Penyelenggaraan
oleh Liqui Moly - Celik Kewangan
oleh Standard Chartered - Tip Keselamatan dan Kesihatan
oleh Centro Maxx
Kursus Kadar Istimewa
- Pengurusan Perniagaan
Program Diploma oleh SEGi College* - Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Program Diploma oleh SEGi College* - Pemasaran Program Diploma oleh SEGi College*
- Seni Reka Grafik
Program Diploma oleh SEGi College* - Multimedia Kreatif
Program Diploma oleh SEGi College*
*Untuk maklumat lanjut tentang kursus diploma, sila klik sini
Cara Untuk
Mendaftar
Buat masa sekarang, Kursus Percuma GrabAcademy adalah melalui undangan sahaja.
FAQ
Siapa yang layak untuk ini?
Jemputan hanya diberikan kepada rakan pemandu dan rakan-penghantar peringkat Platinum, Gold dan Silver sahaja. Kami sedang berusaha untuk memperluaskannya ke semua!
Berapakah kos untuk mendaftar ke program ini?
Percuma khas untuk rakan pemandu dan rakan-penghantar Grab manakala kursus kadar istimewa ditawarkan pada kadar khas untuk rakan pemandu dan rakan-penghantar Grab.
Tebus Perjalanan
dengan Ganjaran
Lengkapkan perjalanan dan pencapaian untuk terima cenderamata dari program Roda Rezeki.
Pengedaran
secara fizikal
-
Pemberitahuan Pencapaian
Anda akan diberitahu/dimaklumkan tentang pencapaian anda dalam minggu pertama setiap bulan melalui SMS atau notifikasi dalam aplikasi pemandu Grab
-
Daftar untuk Tarikh Pengambilan
Jika anda layak, anda akan terima borang untuk pilih waktu untuk ambil cenderamata anda di Grab Driver Centre (GDC)
-
Pengambilan di GDC
Pergi ke GDC pada tarikh dan masa yang ditetapkan untuk tebus cenderamata anda!
*Untuk memastikan keselamatan dan mengurangkan penyebaran Covid-19, kami menghentikan pengagihan di Grab Driver Center (GDC) buat masa sekarang. Kami menawarkan pilihan penghantaran untuk Pek Permulaan sahaja dan kos penghantaran akan ditolak dari cash wallet anda. Untuk sertai, isi borang yang akan dihantar dalam minggu pertama setiap bulan.
FAQ
Siapakah yang layak untuk program ini?
Program ini dibuka untuk rakan-penghantar GrabFood & GrabExpress yang aktif di Lembah Klang, Penang, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching sahaja.
Bagaimanakah jumlah penghantaran Program Roda Rezeki dikira?
Jumlah penghantaran terkumpul untuk Program Roda Rezeki akan dikira mulai 1 Mei 2019 hingga 1hb setiap bulan. Kami akan memaklumkan anda tentang jumlah penghantaran anda secara bulanan.
Saya adalah rakan-penghantar GrabExpress dan GrabFood. Adakah jumlah penghantaran untuk kedua-dua jenis perkhidmatan akan dikira?
Perjalanan anda bermula dari 1 Mei 2019 dari GrabFood dan GrabExpress akan diambil kira. Contoh: Anda telah menyelesaikan 100 perjalanan GrabExpress dan 225 perjalanan GrabFood. Jumlah perjalanan anda yang diselesaikan adalah 325.
Adakah jumlah perjalanan saya akan ditolak setelah menebus cenderamata?
Tidak. Contohnya, Ahmad telah menyelesaikan 800 perjalanan sejak 1 Mei 2019. Dia layak untuk Pek Permulaan dan Sarung Lengan Grab.
Setelah menebus barang tersebut, jumlah perjalanan yang diselesaikan kekal pada 800 perjalanan. Ahmad hanya perlu menyelesaikan 400 perjalanan lagi untuk menebus barang dagangan seterusnya, iaitu Baju Airism.
Apakah yang akan berlaku jika Grab kehabisan stok cenderamata?
Jangan risau, kami akan menambah stok jika habis dan akan memaklumkan kepada anda setelah stok sampai.
Baju hujan pada permulaannya diberikan di Pencapaian 2 dan sekarang telah digantikan oleh Sarung Lengan. Masih bolehkah saya menebusnya walaupun saya sudah menerima baju hujan di Milestone 2?
Ya, anda akan layak untuk dapatkan Sarung Lengan.
Boleh saya menebus cenderamata yang sama lebih daripada sekali?
Tidak tetapi anda boleh menebus beberapa cenderamata yang berbeza dengan sekaligus setelah anda mencapai jumlah sasaran penghantaran.