
Apa itu
GrabBenefits?
Di Grab, kami menghargai setiap Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar di platform kami. GrabBenefits diperkenalkan pada tahun 2017 untuk membantu mengurangkan kos operasi semua Rakan Grab. Sejak itu, kami kekal fokus untuk memperkembangkan program ini demi merangkumi lebih banyak aspek kehidupan Rakan-Pemandu dan Rakan-Penghantar. Apakah tujuannya? Ini kerana anda adalah teras perkhidmatan kami dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan. Kami ingin memastikan kebajikan anda dijaga sebaik mungkin—sepanjang masa.
Program GrabBenefits ini direka dengan mengutamakan keperluan dan kemahuan anda.
Pelbagai Tawaran Hebat
Capai peringkat anda setiap bulan berdasarkan prestasi pemanduan/penghantaran anda pada bulan sebelumnya: Member, Silver, Gold dan Platinum!



*[Tambahan – 28 Jun 2020] Oleh kerana situasi pandemik, kami faham bahawa sukar untuk anda memenuhi keperluan aras GrabBenefits. Oleh itu, kami akan kemas kini keperluan perjalanan bulanan GrabBenefits untuk peringkat Platinum dan Gold agar mudah buat anda.
Semak SekarangCara
Untuk
Tuntut

Langkah 1
Klik “GrabBenefits” untuk pergi ke katalog GrabBenefits.

Langkah 2
Klik pada faedah yang menarik minat anda.

Langkah 3
Klik pada “Simpan Manfaat Ini”.

Langkah 4
Klik “Gunakan Sekarang” untuk menggunakannya.
-
Nikmati rebat Minyak sehingga RM37
-
Mata Bonuslink di Shell sehingga 6X
-
Kadar istimewa untuk minyak enjin Liqui Moly
FAQ
Bagaimanakah saya boleh menyertai program ini?
Semua rakan pemandu dan rakan-penghantar Grab akan didaftarkan untuk program ini secara automatik.
Saya adalah seorang rakan-penghantar baru. Bilakah saya boleh melihat peringkat GrabBenefits saya?
Anda akan dapat melihat peringkat anda (Member) 24 jam setelah anda melengkapkan perjalanan pertama anda.
Bagaimanakah peringkat bulanan GrabBenefits dikemaskini?
Peringkat bulanan anda akan dikemaskini pada setiap 1 hari bulan.
Apa yang perlu saya lakukan untuk pergi ke peringkat seterusnya?
Di dalam halaman “Tiers and Progress”, anda dapat melihat sejauh mana jarak anda dari mencapai peringkat seterusnya.
Apakah ganjaran tambahan yang boleh saya nikmati jika saya layak ke peringkat seterusnya?
Program ini memberikan ganjaran eksklusif kepada rakan berprestasi tinggi. Jika anda layak ke peringkat seterusnya, anda boleh menyemak ganjaran yang tersedia bagi peringkat tersebut dalam aplikasi pemandu anda.
Mengapakah ganjaran yang saya lihat sebelum ini sudah tidak ada lagi di dalam katalog GrabBenefits?
Ganjaran tersebut mungkin telah luput/ditebus sepenuhnya, atau anda mungkin tidak lagi layak untuk menebus ganjaran tersebut disebabkan oleh peringkat anda yang sedia ada.
Hilangkan kerisauan kerana kami memberi perlindungan untuk anda dan penumpang. Grab berkolaborasi bersama agensi insurans dipercayai untuk menawarkan polisi yang sesuai dengan gaya hidup dan pemanduan anda.
Cara
Untuk
Mendaftar

Langkah 1
Pergi ke aplikasi Rakan Grab.

Langkah 2
Pilih Insurans di bawah Perkhidmatan Kewangan.

Langkah 3
Pilih Perlindungan dan Premium.

Langkah 4
Lengkapkan butiran dan bayar melalui Cash Wallet.
Dapatkan Nescafe
atau Teh Tarik
PERCUMA
Dalam kesibukan harian, Grab menggalakkan anda untuk berehat jika perlu. Kesihatan anda merupakan aset paling penting milik anda. Jangan abaikan diri dan keperluan tubuh badan semasa memandu.
Cara
Untuk
Tuntut

Langkah 1
Klik “GrabBenefits” untuk pergi ke katalog GrabBenefits.

Langkah 2
Klik pada faedah “Grab Partner Pit Stop”.

Langkah 3
Klik pada “Simpan Manfaat Ini”.

Langkah 4
Klik “Gunakan Sekarang” untuk menggunakannya.
-
Bandar Utama
Banana LeafIsnin-Ahad | 24 jam
-
Bandar Utama
The PortIsnin-Ahad | 5.30pm–1.30am
-
Bangi
Restoran BarraIsnin-Ahad | 24 jam
-
Bangsar
Devi’s CornerIsnin-Ahad | 24 jam
-
Jalan Genting Kelang
Kilang KitchenIsnin-Ahad | 5.30pm–1.30am
-
OUG
Al FarizIsnin-Ahad | 24 jam
-
Sepang
Restoran Ali MajuIsnin-Ahad | 24 jam
-
Penang
Blok5 food.drinkIsnin-Ahad | 5.00pm–11.00pm
-
Johor Bahru
Restoran Al-MashurIsnin-Ahad | 24 jam
-
Johor Bahru
Restoran Kadir BistroIsnin-Ahad | 24 jam
-
Melaka
Al Dubai RestaurantIsnin-Ahad | 24 jam
-
Melaka
Restoran Tiga RosIsnin-Ahad | 24 jam
-
Kuching
Little Foot CafeIsnin-Ahad | 10.00am–1.00am
-
Kuching
Pohonmas CafeIsnin-Ahad | 24 jam
-
Kuching
Food ParadeIsnin-Ahad | 6.00am–12.00am
-
Kota Kinabalu
Restoran AminIsnin-Ahad | 24 jam
FAQ
Apa yang boleh saya dapatkan di perhentian pit ini?
Rakan pemandu dan rakan-penghantar Grab boleh menikmati Nescafe PERCUMA atau Teh Tarik di Gerai Pit Pemandu Grab ini. Namun, perlu diingat bahawa kerana keadaan pandemik sekarang, minuman hanya tersedia untuk dibawa pulang.
Adakah tawaran ini standard di semua lokasi?
Ya, tawaran adalah sama untuk semua perhentian.
Adakah tawaran ini terbuka untuk semua rakan pemandu & rakan-penghantar Grab?
Hanya rakan pemandu dan rakan-penghantar Grab yang aktif layak mendapat tawaran ini.
Tambah Kemahiran
& Keyakinan anda
Kami percaya anda juga mahukan perkembangan dalam hidup, begitu juga kami. GrabAcademy ingin membantu semua rakan kami dalam meningkatkan kemahiran dan taraf kehidupan anda.
Kursus PERCUMA
Kursus PERCUMA
Kursus Kadar Istimewa
- Cara untuk Membantu Penumpang OKU oleh GrabForGood
- Kelas Penyelenggaraan
oleh Liqui Moly - Celik Kewangan
oleh Standard Chartered - Tip Keselamatan dan Kesihatan
oleh Centro Maxx
Kursus Kadar Istimewa
- Pengurusan Perniagaan
Program Diploma oleh SEGi College* - Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Program Diploma oleh SEGi College* - Pemasaran Program Diploma oleh SEGi College*
- Seni Reka Grafik
Program Diploma oleh SEGi College* - Multimedia Kreatif
Program Diploma oleh SEGi College*
*Untuk maklumat lanjut tentang kursus diploma, sila klik sini
Cara Untuk
Mendaftar
Buat masa sekarang, Kursus Percuma GrabAcademy adalah melalui undangan sahaja.
FAQ
Siapa yang layak untuk ini?
Jemputan hanya diberikan kepada rakan pemandu dan rakan-penghantar peringkat Platinum, Gold dan Silver sahaja. Kami sedang berusaha untuk memperluaskannya ke semua!
Berapakah kos untuk mendaftar ke program ini?
Percuma khas untuk rakan pemandu dan rakan-penghantar Grab manakala kursus kadar istimewa ditawarkan pada kadar khas untuk rakan pemandu dan rakan-penghantar Grab.