Play Video

Kita tidak perlu
memilih antara
berniaga dan
berbuat baik.

Grab wujud kerana pengasas kami percaya mereka mampu membuat perjalanan lebih selamat, menjadikan kehidupan pemandu lebih mudah, dan mengurangkan kerisauan ibu bapa biarpun ia hanya di sebuah sebuah bandar.

Hari ini, sambil Grab berkembang untuk memberi perkhidmatan yang lebih meluas di rantau Asia Tenggara, hasrat untuk memberi impak positif ini bertambah kuat. Kami bangga berada di rantau yang paling pesat berkembang di dunia namun kami tidak memejamkan mata terhadap kekangan yang sedia ada seperti Kekurangan akses kepada makanan dan pendidikan, ketidakseimbangan pendapatan, kejahilan kewangan; semua ini merupakan antara cabaran terbesar yang dihadapi berjuta-juta orang di Asia Tenggara. Kami percaya kami mampu menghadapi kesemua cabaran itu sambil membina perniagaan yang mampan.

#GrabForGood merupakan komitmen kami untuk menggunakan teknologi sebagai kuasa yang membawa kebaikan. Ia cara kami meningkatkan kualiti hidup semua orang. Ia cara kami untuk terus memajukan Asia Tenggara.

Cara kami memperkasakan
Asia Tenggara

Orang Ramai

Membuka peluang kepada semua orang tanpa mengira latar belakang atau keupayaan.

Kami menyediakan peluang pendapatan kepada semua golongan, termasuk mereka yang kurang bernasib baik, sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan keterangkuman.

Bandar

Menyediakan penyelesaian teknologi untuk memperbaiki dan membina bandar yang lebih selamat dan lebih pintar.

Ramai orang di Asia Tenggara menghadapi kekangan harian seperti kesesakan lalu lintas dan kekurangan infrastruktur awam. Sebagai aplikasi harian yang meliputi segalanya, kami menyelesaikan cabaran harian ini untuk menjadikan hidup lebih mudah.

Planet

Melindungi planet dengan meminimumkan jejak alam sekitar kita.

Kita hanya ada satu Bumi jadi marilah kita sama-sama menjaganya. Kami sedang memperkenalkan langkah-langkah di seluruh perniagaan dan ekosistem kami untuk membina masa depan yang lebih mampan.

Impak kami dalam angka

Lebih 9 juta 
usahawan kecil

atau kira-kira 1 daripada 70 orang di Asia Tenggara
memperolehi pendapatan menggunakan
platform Grab

impact-img1-vector-bm
rakan kongsi pemandu kami tidak bekerja sebelum menyertai Grab
rakan kongsi ejen kami pendapatan sebelum menyertai Grab-Kudo (kini dikenali sebagai GrabKios)
Grab telah menyumbang AS$ 5.8 bilion kepada ekonomi Asia Tenggara dalam masa satu tahun

Mereka yang menjayakannya

Teknologi membolehkan kita melaksanakan misi tetapi mereka ini bekerja keras untuk menjadikannya realiti. Mereka memberi semangat kepada kami setiap hari untuk menyampaikan produk yang lebih inklusif supaya semua orang di rantau ini mempunyai peluang untuk mencapai impian terbesar mereka.

Muat turun laporan lain

Kenali usaha kami dalam menjadikan kehidupan seharian lebih baik di Asia Tenggara menerusi Laporan Impak Sosial kami. Laporan ini akan diterbitkan setiap tahun untuk membantu kami mencatat kemajuan dan simbol komitmen kami untuk memacu rantau ini ke hadapan.