Bertanggungjawab terhadap alam

Sama ada mengurangkan sisa, menggunakan sumber dengan lebih cekap atau mencari pilihan mobiliti yang lebih bersih, kita semua ada peranan dalam menjaga tempat tinggal kita.

Mengurangkan sisa plastik

Opsyen pengunaan plastik guna tunggal ditetapkan secara ‘default’ pada opsyen “tidak dipilih” di 6 buah negara – Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, Thailand dan Malaysia. Ini membolehkan para pelanggan membuat pilihan secara sedar dan mengurangkan pembaziran daripada penggunaan plastik guna tunggal.

Pilihan mobiliti lebih bersih

Kami menjadikan pengangkutan dan logistik lebih cekap. Dilancarkan pada tahun 2016 GrabShare, opsyen kongsi kereta kami, membolehkan penumpang berkongsi perjalanan dengan orang lain yang menuju ke destinasi yang sama.

Kami juga menggunakan penyelesaian yang dikuasakan oleh AI untuk pengelompokan secara cekap pesanan GrabFood. Ini membolehkan pemandu yang sama melakukan beberapa pick-up dan drop-off pada laluan yang paling berkesan.

Kami juga telah menambah kenderaan elektrik (EV), kenderaan hibrid, dan e-skuter kepada pilihan pengangkutan kami di Singapura dan Indonesia untuk menawarkan kaedah perjalanan yang lebih mesra alam.