Orang Ramai

Peluang untuk semua

Teknologi sentiasa meningkat maju namun kami percaya tiada siapa yang harus dipinggirkan. Kami mahu memastikan semua orang mendapat manfaat daripada ekonomi digital.

Membantu menjayakan perniagaan kecil

Daripada peniaga tradisional hinggalah kepada bisnes start-up, kami membantu mengembangkan perniagaan mereka secara cekap kos dengan menyediakan pendidikan, alatan, dan akses kepada berjuta-juta pengguna melalui platform kami. Puluhan ribu warung di Indonesia, Jollijeep di Filipina, penjaja di Singapura, dan penjual makanan jalanan di rantau ini telah mendapat manfaat daripada program ini.

Matlamat kami ialah untuk membantu lebih daripada 14 juta usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka menjelang 2025.

Meningkatkan akses digital untuk golongan terabai

Kami mahu lebih ramai orang di Asia Tenggara mendapatkan akses – sesetengahnya untuk kali pertama – kepada teknologi, peningkatan kemahiran dan perkhidmatan digital. Matlamat kami ialah meningkatkan akses digital kepada 3 juta orang Asia Tenggara menjelang tahun 2025, menawarkan lebih banyak pilihan dan peluang untuk mereka memperbaiki kualiti hidup mereka.

Di Singapura, kami mempunyai klinik digital untuk warga emas mempelajari fungsi teras telefon pintar mereka dan aplikasi Grab. Para sukarelawan Grab kami membantu mereka belajar menggunakan aplikasi itu mengikut rentak mereka sendiri melalui sesi pertemuan secara peribadi.

Memperkasakan golongan kurang upaya

Pada tahun 2018, program, Break the Silence telah dilancarkan di Indonesia, Singapura, Thailand, dan Malaysia untuk menjadikan platform kami lebih mudah diakses oleh pemandu, rakan kongsi penghantaran dan peniaga yang mengalami masalah pendengaran. Mereka kini boleh menggunakan alat yang praktikal dan kemudahan dalam aplikasi untuk berkomunikasi secara mudah dengan pelanggan kami. Pada tahun 2020, kami menyasarkan untuk menyokong lebih daripada 1,000 rakan kongsi yang kurang upaya, termasuk pengguna kerusi roda, untuk meningkatkan mata pencarian mereka melalui platform Grab.

Rakan kongsi masyarakat kami merangkumi Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf), Persatuan Kebangsaan Orang Pekak Thailand (NADT), Gerkatin, Persatuan Orang Kurang Upaya Indonesia (PPDI) dan Program Pembangunan Orang Pekak Kemboja (DDP).