Bandar yang lebih selamat dan lebih pintar

Kesesakan jalan raya, pemerdagangan manusia, banjir, dan bencana alam merupakan antara masalah terbesar di rantau ini. Dengan menggunakan kemajuan teknologi dan jangkauan platform kami, kami bekerjasama dengan organisasi dan kerajaan tempatan untuk mencari penyelesaian pintar kepada masalah-masalah ini.

Memacu trafik pintar dengan data

Pemandu Grab kami bergerak sejauh lebih 320 juta kilometer setiap minggu. Jadi kami mempunyai data yang sangat banyak. Melalui kerjasama dengan ahli akademik dan organisasi seperti Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami menggunakan data ini untuk perancangan bandar yang lebih cekap.

Pihak berkuasa trafik menggunakan data daripada platform kami untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. Pada masa yang sama, kami dapat meningkatkan ketepatan dalam pemetaan lokasi ‘pick-up’ yang membantu penumpang dan rakan kongsi pemandu bergerak dari lokasi ke lokasi dengan lebih mudah dan cekap.

Memperbaiki tindak balas bencana

Asia Tenggara terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam seperti gempa bumi, banjir, dan taufan. Rakan kongsi pemandu kami dilatih dalam teknik pertolongan cemas dan keselamatan jalan. Selain itu, kami memanfaatkan ‘fleet’ dan pusat panggilan kami untuk bertindak sebagai rangkaian bantuan pertama semasa bencana dan kecemasan.

Di samping itu, kami menawarkan kepada pengguna cara mudah untuk menyumbang kepada usaha bantuan melalui GrabRewards.

Langkah menentang keganasan

Polisi Grab ialah tidak bertoleransi terhadap sebarang bentuk keganasan dan ancaman keselamatan kepada platform kami. Kami bekerjasama dengan kerajaan dan organisasi antipemerdagangan manusia untuk membantu mengesan dan melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Kami berhasrat melatih rakan kongsi pemandu untuk menjadi penjaga yang menentang keganasan dan pemerdagangan manusia di rantau ini. Ini bermakna lebih banyak “mata dan telinga” di jalan raya untuk menjadikan bandar kita lebih selamat.