Grab brings Ramadan favourites to Malaysians (Bahasa Malaysia)

Sewaktu tempoh penjarakan sosial ini, Grab masih ingin memastikan rakyat Malaysia menikmati juadah Ramadan kegemaran mereka, dan pada masa yang sama, membantu restoran dan penjaja kecil meneruskan kelangsungan hidup. Terdapat 3 inisiatif daripada Grab pada Ramadan ini.

1. Grab e-Kitchen

Dengan semangat untuk menyokong usahawan kecil dan peniaga dari rumah, dan menghidupkan suasana Ramadan dalam masyarakat, Grab akan berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk menganjurkann e-Kitchen yang selamat, bersih dan mengamalkan penjarakan sosial.
Grab e-Kitchen ini akan dilancarkan di kawasan-kawasan terpilih berikut:

  1. Petaling Jaya
  2. Damansara TTDI
  3. Subang Jaya
  4. Puchong
  5. Semenyih
  6. Seri Kembangan
  7. Klang
  8. Cyberjaya
  9. Bangi
  10. Ampang

Tarikh: 24 April to 23 May 2020
Waktu operasi: 2.30pm to 6.30pm
Kami menasihatkan pelanggan membuat pesanan sebelum jam 5 ptg. supaya makanan sampai sebelum waktu berbuka. 

FAQ untuk Penjual dan Majlis Bandaraya

Dalam usaha untuk menyokong peniaga-peniaga bazar Ramadan dan juga mengekalkan semangat masyarakat sempena bulan Ramadan ini, Grab akan bekerjasama dengan kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk menganjurkan e-Bazar Ramadan yang selamat dan bersih sambil mengekalkan penjarakan sosial. Grab e-Bazar Ramadan membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran mereka dari peniaga bazar Ramadan tanpa keperluan untuk meninggalkan rumah mereka. Sebagai peniaga Grab e-Bazar Ramadan, anda dapat mengendalikan gerai anda dan makanan anda dihantar kepada pelanggan oleh rakan penghantar kami.

Pendaftaran hanya terbuka kepada majlis-majlis bandaraya buat masa sekarang. Jika anda seorang peniaga bazar Ramadan dan ingin menyertai Grab e-Bazar Ramadan, sila hubungi majlis bandaraya anda.

Peniaga yang akan mengambil bahagian perlu menghantar dokumen-dokumen yang berikut:

  1. Lesen Perniagaan
  2. Penyata bank
  3. Logo Syarikat (jika ada)
  4. Senarai & harga barang yang dijual
  5. Kad pengenalan pemilik/pemegang saham melebihi 25%
  6. Gambar halaman gerai
  7. Alamat emel (gmail sahaja dibenarkan)
  8. Telefon pintar Android yang akan digunakan untuk aplikasi GrabFood Merchant Anda boleh merujuk disini untuk contoh dokumen yang diperlukan.

Ya, latihan akan disediakan dan akan dibuat secara online. Pihak Grab akan menghubungi anda untuk menjalankan latihan selepas proses permohonan telah berjaya

  1. Sediakan makanan/minuman berdasarkan pesanan yang diterima melalui aplikasi Grab
  2. Bungkuskan makanan/minuman seperi garis panduan yang ditetapkan oleh Grab (akan ditunjukkan semasa sesi latihan)
  3. Hulurkan makanan/minuman kepada rakan penghantar Grab

Jumlah dari jualan harian akan dibayar terus kepada akaun bank yang telah didaftarkan. Bayaran akan mengambil masa 1 – 3 hari berkerja bergantung kepada bank anda.

2. GrabFood Ramadan Favourites

Dari murtabak ke ayam percik, rakyat Malaysia boleh mendapatkan juadah Ramadan kegemaran mereka melalui penghantaran ke rumah. Mereka boleh memilih daripada lebih 900 rakan niaga GrabFood di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu. 

Tarikh: 24 April hingga 23 Mei 2020
Waktu operasi: 8 pg. hingga 8 mlm (akan dikemaskini) 
Kami menasihatkan pelanggan membuat pesanan sebelum jam 6 ptg. supaya makanan sampai sebelum waktu berbuka. 

Anda rakan niaga GrabFood yang berminat untuk menyertai dengan menu Ramadan anda?
Klik butang di bawah untuk mendaftar menu Ramadan and sebelum 20 April 2020.
Penyertaan tertakluk pada kelayakan menu dan rakan niaga. 

3. GrabExpress Ramadan

Para peniaga dari rumah dan pengusaha kecil boleh meneruskan perniagaan dan menghantar produk mereka dengan GrabExpress. Bermula 13 April, GrabExpress boleh didapati di 26 buah bandar di seluruh negara, di mana penghantaran boleh dibuat menggunakan kereta atau motosikal (bergantung pada saiz dan berat pakej). 

Waktu operasi: 8 pg. hingga 8 mlm. (tempahan terakhir pada 7.30 mlm.) 

Menjual sajian, minuman, barangan Ramadan atau Raya secara online?
Sertai kempen Ramadan kami bermula 24 April hingga 23 Mei 2020 
Biar kami mempromosikan perniagaan anda kepada pengguna kami, dan meringkankan kos operasi anda dengan pakej istimewa kami!

Klik butang di bawah untuk mendaftarkan perniagaan anda dan kami akan susuli dengan lebih info.
Tertakluk pada kelayakan rakan niaga serta terma dan syarat yang lain.