Gandakan Pendapatan anda dengan Program Alpha Grab

Dapatkan sehingga 2 kali ganda bonus rujukan sebagai Alpha!

Kami sedang mecari rakan-rakan “super-referrer” baharu di Lembah Klang untuk sertai Program Alpha Grab!

Apa itu Program Alpha Grab?

Program Alpha Grab ialah sebuah kumpulan eksklusif dengan manfaat istimewa untuk rakan rujukan terbaik kami. Berikut adalah manfaat yang ditawarkan:

Bonus Rujukan Sehingga 2 kali ganda*– Sila rujuk mesej dalam aplikasi anda untuk Bonus Rujukan Asas dan Bonus Rujukan Alpha untuk bandar anda.

*Jumlah berbeza mengikut bandar

Platform Rujukan Khas – Anda akan diberikan akses ke platform rujukan khas untuk anda menguruskan dan menyemak rujukan anda.

Saluran Bantuan Khas – Anda akan dimasukkan ke dalam grup Whatsapp khas untuk sebarang pertanyaan berkaitan rujukan.

Peringkat Platinum di GrabBenefits – Anda akan diletakkan di peringkat Platinum secara automatik, di mana anda akan menikmati pelbagai manfaat eksklusif dan ganjaran seperti 1,000 mata GrabRewards setiap bulan, diskaun RM5 x 10 untuk penghantaran GrabFood setiap bulan dan banyak lagi!

(Kedudukan peringkat hanya akan tukar jika peringkat anda di bawah peringkat Platinum. Rakan berperingkat Platinum atau Ultimate akan mengekalkan peringkat mereka.)


Bagaimana untuk menyertai Program Alpha Grab?

Semua rakan yang berminat boleh mendaftar. Untuk menyertai Group Alpha Grab, calon-calon yang terpilih perlu melalui tempoh percubaan.Dalam tempoh ini, rakan pemandu yang berminat perlu merujuk rakan baru untuk menyertai platform Grab untuk melayakkan diri menjadi Alpha.

Apakah yang akan berlaku di dalam tempoh ini:

  • Anda akan diberitahu jika anda layak untuk tempoh percubaan
  • Tempoh percubaan ialah 30 hari
  • Calon-calon dengan jumlah rujukan tertinggi dalam tempoh percubaan ini akan ditambah the Group Alpha
  • Calon-calon TIDAK akan mendapat akses ke saluran bantuan khas, Bonus Rujukan Alpha dan Tahap Platinum di GrabBenefits dalam tempoh percubaan ini.

Berminat? Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Isikan maklumat peribadi anda di dalam borang* yang akan dihantar kepada anda. *Pautan ini berfungsi di telefon bimbit sahaja.
  2. Jika anda terpilih untuk program ini, anda bakal menerima mesej pengesahan bersama arahan selanjutnya.
  3. Pemilihan bakal dilakukan berdasarkan tempoh anda berkhidmat bersama Grab, kadar penilaian pemandu dan prestasi keseluruhan anda.

Terma dan Syarat

  1. Anda akan menerima Bonus Rujukan asas untuk setiap rujukan yang berjaya.
  2. Rakan-pemandu yang anda rujuk perlu diaktifkan.
  3. Rujukan anda hanya akan ditambah ke jumlah rujukan keseluruhan selepas rakan-pemandu tersebut diaktifkan.
  4. Hanya untuk rakan-pemandu yang dirujuk di bandar anda sahaja.
  5. Bonus rujukan ini tidak sah untuk rakan-pemandu Alpha.
  6. Pemilihan bakal dilakukan berdasarkan tempoh anda berkhidmat bersama Grab, kadar penilaian pemandu dan prestasi keseluruhan anda.
  7. Calon-calon dengan jumlah rujukan tertinggi dalam tempoh percubaan akan ditambah ke Group Alpha