Menu Driver Sign-Up

Grab akan datang ke universiti anda!

For the English version, click here.

Mahukan cara yang lebih baik untuk bergerak disekitar bandar? Temui kami di universiti anda! Terdapat pelbagai hadiah menarik, aktiviti seronok dan banyak lagi.

Dari 11-27 September 2017, Grab akan datang ke institut-institut pengajian tinggi terpilih di serata Malaysia:

UTARA

Perlis:
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Uniciti Alam Padang Besar Campus
Penang:
Universiti Sains Malaysia (USM), Dk Foyer Walkway
Kelantan:
Universiti Malaysia Kelantan Pangkalan Chempa Campus (UMK), Bangunan UMK, bersebelahan dengan Basil Leaves

PANTAI TIMUR

Terengganu:
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Speaker Corner Cafe Baru
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kompleks Siswa
Pahang:
Universiti Islam Antarabangsara Malaysia Kuantan Campus (IIUM), One stop student centre
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Dewan Seri Mahkota

SELATAN

Melaka:
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu campus, Dewan Bentara, Kolej Block C
Johor:
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Arked Meranti

BORNEO

Sarawak:
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Student Pavillion
Sabah:
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Foyer Dewan Kuliah Pusat Baharu

Kami akan berada di institut pengajian tinggi anda pada tarikh ini:

Kami akan mengadakan jualan kod promo besar-besaran dimana anda boleh menempah perjalanan bernilai sehingga RM75 dengan harga jauh lebih murah! Bukan itu sahaja, anda berpeluang untuk memenangi kod-kod promo dengan menyertai Pertandingan Selfie kami!

Begini cara untuk menyertainya:

  1. Ambil selfie (atau wefie) paling kreatif anda menggunakan bingkai foto dan prop foto kami (boleh didapati di booth kami).
  2. Muat naik gambar ke Instagram dengan hashtag #mahasiswagrab (Pastikan akaun anda ditetapkan umum)

Dua penyertaan selfie paling kreatif dari setiap institut pengajian tinggi akan menerima kod promo bernilai RM100 setiap satu!

Terma dan syarat pertandingan selfie:

  1. Para peserta akan diminta memberikan maklumat peribadi tertentu untuk menyertai pertandingan ini.
  2. Para peserta mesti menuntut di salah satu institut pengajian tinggi yang tertera di atas untuk menyertai pertandingan ini.
  3. Selfies atau wefies harusnya ada bingkai foto Grab atau prop foto.
  4. Penyertaan pos Instagram harus letak hashtag #mahasiswagrab untuk mendapat kelayakan.
  5. Penyertaan pos Instagram harus ditetapkan umum supaya mendapat kelayakan.
  6. Hanya satu pemenang bagi setiap penyertaan.
  7. Pemenang diputuskan berdasarkan budi bicara penganjur dan sebarang rayuan mengenai keputusan penganjur tidak akan dilayan.
  8. Para pemenang dikehendaki memberikan salinan ID pelajar, emel, dan nombor telefon mereka kepada pihak penganjur untuk menerima hadiah.
  9. Para pemenang akan dipilih dan diberitahu satu seminggu selepas hari terakhir kempen.
  10. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis.

Durasi kempen:

Kempen akan berjalan dari 4 September hingga 27 September 2017. Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk mengubah dan menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Kempen tanpa memberikan apa-apa notis terlebih dahulu dan tiada pampasan secara tunai atau berbentuk sedemikian akan diberikan.

Terma Am & Had Tanggungjawab:

Grab mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian dari semua terma dan syarat yang berkaitan dengan Kempen ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Pelanggan dan Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan perubahan tersebut.

  1. Keputusan Grab dalam apa-apa perkara berhubung dengan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif
  2. Grab tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan oleh Pelanggan atau mana-mana pihak ketiga atau kerugian dalam apa-apa bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada; kerugian keuntungan, ganti rugi punitif, ganti rugi secara tidak langsung, khas, sampingan atau berbangkit atau ganti rugi lain dan sebarang tuntutan dalam sebarang bentuk, termasuk ganti rugi langsung, tidak langsung, pihak ketiga, berbangkit atau lain-lain akibat daripada atau berkaitan dengan Kempen ini.

Sukakan Grab? Anda boleh membantu kami dengan memberitahu kami betapa anda sukakan kami di FB / Twitter / Instagram dan rujuk rakan-rakan anda kepada perkhidmatan kami.