Menu Driver Sign-Up

Ada masalah tentang lokasi ambil/hantar? Kongsilah dengan Fix My City oleh Grab!

For our English version, please click here.

Di Grab, kami tak pernah berhenti untuk menambah baik mutu perjalanan anda. Oleh itu, kami ingin mengumumkan kempen Fix My City iaitu inisiatif pihak kami untuk membantu mengesan dan memperbaiki masalah ketepatan lokasi pengambilan dan penghantaran. Untuk melakukan ini, Grab memerlukan bantuan anda untuk memaklumkan kami tentang lokasi-lokasi tersebut. Caranya?

Anda hanya perlu mengisi borang di sini: grb.to/fixmycity-bm

Anda boleh mengisi borang kami di atas sebab-sebab berikut:

  • Terdapat lokasi yang perlu diperbaiki
  • Terdapaat lokasi yang baru yang tidak wujud di dalam aplikasi

Untuk memperbaiki/ menambah lokasi, bahagian-bahagian borang berikut WAJIB diisi:

  • Nama bandar anda
  • Nama lokasi baru/ lokasi yang perlu diperbaiki
  • Alamat penuh lokasi tersebut

Selain itu, anda juga boleh mengisi Google Plus Code lokasi anda supaya kami boleh memperbaiki lokasi anda dengan lebih cepat!

 

Bagaimankah cara untuk mendapatkan Google Plus Code dengan peranti saya?

1. Pasang tetapan lokasi anda (Apple/Android).

2. Layari website Google Plus Code https://plus.codes/ dan taipkan nama lokasi atau alamat.

 

3. Pastikan lokasi yang diberikan adalah tepat, dan tekan butang berbentuk anak panah pada bahagian bawah kiri skrin.

 

4. Klik Google Plus Code yang tertera untuk salin (copy) kod tersebut, dan tampal (paste) kod tersebut dalam borang Fix My City.

 

 

Bagaimankah cara untuk mendapatkan koordinat latitud dan longitud dengan menggunakan Google Maps?

1. Layari website Google Plus Code https://plus.codes/

 

2. Taipkan nama atau alamat lokasi.

 

3. Pastikan lokasi yang diberikan adalah tepat, dan tekan butang bentuk anak panah yang ditunjukkan di bahagian bawah skrin.

 

4. Salin (Copy) Google Plus Code yang terletak di bahagian kiri skrin dan tampalkan (Paste) di dalam borang Fix My City.

 

Terma dan Syarat Kempen

  1. Kesemua bahagian di dalam borang ini hendaklah diisi agar lokasi dapat diperbaiki dalam masa 30 hari.
  2. Penyerahan borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
  3. Pada masa ini, kempen ini hanya tertakluk kepada Kuching, Kuantan dan Ipoh.

 

Tempoh kempen:

Kempen ini akan dijalankan dari 19 Oktober 2017. Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk mengubah atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Kempen tanpa memberikan apa-apa notis terlebih dahulu dan tiada pampasan secara tunai atau berbentuk sedemikian akan diberikan.

Terma Am & Had Tanggungjawab:

Grab mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menarik balik, meminda dan / atau mengubah mana-mana bahagian daripada kesemua terma dan syarat yang berkaitan dengan Kempen ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Pelanggan dan Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan perubahan tersebut.

  1. Keputusan Grab dalam apa-apa perkara berhubung dengan Kempen ini adalah muktamad dan konklusif
  2. Grab tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan oleh Pelanggan atau mana-mana pihak ketiga atau kerugian dalam apa-apa bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada; kerugian keuntungan, ganti rugi punitif, ganti rugi secara tidak langsung, khas, sampingan atau berbangkit atau ganti rugi lain dan sebarang tuntutan dalam sebarang bentuk, termasuk ganti rugi langsung, tidak langsung, pihak ketiga, berbangkit atau lain-lain akibat daripada atau berkaitan dengan Kempen ini.

Sukakan Grab? Bantu kami dengan berkongsi betapa anda sukakan kami di FB / Twitter / Instagram dan rujuk rakan-rakan anda kepada perkhidmatan kami.