Etika dan Keadilan dalam Segala Urusan

Di Grab, kami berhasrat untuk bersikap telus dan adil dalam segala urusan kami. Aplikasi Grab Driver dicadangkan untuk memperuntukkan kerja dalam keadaan yang adil kepada semua Pemandu dan menyediakan peluang yang sama rata kepada semua untuk menambah pendapatan mereka bersama kami.

Sekali-sekala kami mendapati Pemandu sama ada secara bersendirian atau bersama-sama dengan penumpang melakukan aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan semangat urusan beretika dan adil. Sikap ini tidak boleh diterima dan dianggap sebagai penipuan di mana tambang dan insentif akan hilang kelayakan untuk dibayar kepada anda malah membawa kepada kerugian kekal terhadap penggunaan akaun anda.

Semua perjalanan kami dipantau dan berikut adalah beberapa aktiviti yang anda ditegah daripada melakukannya untuk mengelakkan daripada ditangkap atas sebab penipuan:

  • MELENGKAPKAN TEMPAHAN TANPA MENGAMBIL PENUMPANG – anda mesti memulakan perjalanan hanya apabila penumpang yang dicadangkan telah memasuki kenderaan dan melengkapkan tempahan itu dengan serta-merta apabila Penumpang telah turun.
  • MEMINTA PENUMPANG MEMBATALKAN TEMPAHAN DI APL GRAB – Anda mesti melengkapkan perjalanan dan membayar komisen yang dipersetujui yang dikehendaki daripada anda kepada Grab, kerana anda telah memperoleh tempahan melalui Apl Grab.
  • MEMBUAT TEMPAHAN PALSU – tempahan palsu ialah perjalanan di mana anda adalah pemandu dan juga penumpang perjalanan tersebut di mana penumpang ialah sebahagian daripada kumpulan/sindiket yang diselaraskan tanpa niat tulen melakukan perjalanan.
  • MEMBUAT PERJALANAN YANG DIATUR LEBIH AWAL DENGAN PENUMPANG – anda tidak boleh mengatur perjalanan dengan berada dalam jarak yang dekat dengan penumpang selepas mempersetujui perincian perjalanan di luar Apl Grab.
  • KERAP MENGABAIKAN TEMPAHAN ATAU MEMBATALKAN TEMPAHAN – pembatalan hanya patut diperuntukkan untuk kecemasan.
  • MELENGAHKAN MELENGKAPKAN TEMPAHAN DI APL GRAB – ini termasuk memanjangkan perjalanan selepas penumpang telah turun daripada kenderaan anda, atau melengahkan menambah dompet kredit anda, atau memiliki baki sedikit yang tidak mencukupi untuk menerima tempahan. Ini akan dianggap pengelakan tempahan, dengan niat untuk memanjangkan jam dalam talian anda dan mendapat kelayakan yang tidak amanah terhadap skim insentif.
  • SENGAJA MEMANJANGKAN WAKTU TEMPAHAN PERCUMA DALAM TALIAN – ini termasuk menempatkan diri anda di lokasi di mana permintaan adalah rendah. Menggunakan peta haba anda untuk memandu anda ke arah lokasi di mana permintaan adalah tinggi.
  • MENGENAKAN BAYARAN TAMBAHAN YANG TIDAK DIPERSETUJUI – ini merujuk kepada tambang, tol dan caj-caj lain yang tidak mencerminkan laluan yang diambil tanpa memberitahu Penumpang. Di samping itu, jangan sekali-kali terima tunai untuk perjalanan GrabPay.
  • MEMBIARKAN MANA-MANA INDIVIDU MEMANDU BAGI PIHAK ANDA – pengenalan diri dan kenderaan anda mesti pada dengan borang pendaftaran. Anda mesti menggunakan kenderaan yang telah didaftarkan dengan akaun anda sahaja.
  • MENGENDALIKAN KENDERAAN DENGAN LEBIH DARIPADA 1 PEMANDU – ini boleh menyebabkan kesulitan dan kekeliruan kepada anda Penumpang.
  • BERKOMPLOT UNTUK MENDAPATKAN KERJA SECARA TIDAK AMANAH – ini merujuk kepada penglibatan dalam mana-mana aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan kerja dalam keadaan tidak amanah, mengganggu operasi, atau apa-apa perbuatan lain yang dianggap bertentangan dengan kepentingan Grab.
  • MEMASANG PERISIAN HARAM YANG MENGGANGGU PERUNTUKAN KERJA – dengan meminda fungsi semula jadi Apl Grab, anda memperoleh kelebihan tidak adil berbanding Pemandu lain yang mematuhi peraturan cth. apl GPS palsu, Apl Grab Driver yang tidak dibenarkan yang diperoleh di luar Google Play Store/ Apple Apps Store rasmi. Anda juga harus memastikan anda menggunakan peranti yang mempunyai seting pengilang asalnya, atau tidak berakar/dinyahsekat, untuk mengelakkan akaun dan privasi anda dalam bahaya.

Sebagai sebuah syarikat, Grab akan mengambil pendirian yang kukuh terhadap mana-mana individu/pihak yang mencuba untuk mendapatkan kelebihan secara tidak adil atau keuntungan yang menyalahi undang-undang di platform kami.

Kami menganggap perbuatan sedemikian termasuk namun tidak terhad kepada perolehan kewanganan langsung atau kelayakan yang dibantu ke arah perolehan kewangan sebagai penipuan dan melanggar Terma dan Syarat Pemandu dan Tatakelakuan Pemandu kami.

Dasar kami mengenai Etika dan Keadilan dalam segala urusan tidak bertujuan untuk melemahkan semangat Pemandu sebaliknya ia pendirian yang perlu kami ambil untuk melindungi puncak pendapatan pemandu-pemandu kami yang jujur.

Kami menggesa anda untuk mengambil pendirian ini bersama kami.

Check out ruwix.com to learn the solution of the Rubik’s Cube and other twisty puzzles like Pyraminx, Square-1 etc.