Menu Driver Sign-Up

Gol & Gincu Vol.2 – Tayangan Perdana

Menangi 2x tiket eksklusif ke Malam Tayangan Perdana Gol & Gincu Vol. 2. Untuk sertai kemeriahan ini, masukkan kod promo GOLGINCU2 bila anda tempah perjalanan menggunakan GrabPay pada tarikh 1 Oktober hingga 10 Oktober 2018. Hanya 5 pemenang akan dipilih dan akan dihubungi. Tertakluk pada Terma & Syarat.

Malam Tayangan Perdana Gol & Gincu Vol.2 pada 17 Oktober 2017 di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

Atur Cara:

  • 6 petang: Sesi Ramah Mesra
  • 7 petang: Karpet Merah
  • 8 malam: Persembahan Pentas
  • 9.30 malam: Tayangan Filem
  • 11.30 malam: Majlis Tamat

Terma & Syarat:

  1. Tempoh Peraduan dan Lokasi:
    • Peraduan ini bermula dari jam 11:00 pada 1 Oktober hingga jam 23:59 pada 10 Oktober, 2018 dan dijalankan oleh Grabcar Sdn Bhd (“Grab Malaysia”).
    • Kod Promo (sepertimana ditakrifkan di sini) sah untuk penumpang Grab dalam kawasan Lembah Klang sahaja di mana terdapatnya perkhidmatan Grab.
  2. Kelayakan:
      • Melainkan jika dinyatakan, peraduan (“Ride and Win Gol & Gincu Vol.2 Gala Premier Passes”) ini dibuka kepada semua individu (i) penduduk tetap di Malaysia (ii) mempunyai akaun e-mel yang aktif (iii) berdaftar sebagai pemandu di bawah syarikat Grab di Malaysia (iii) yang sekurang-kurangnya telah berjaya membuat satu (1) tempahan perjalanan Grab dengan kod kempen “GOLGINCU2” (“Kod Promo”) (iv) yang telah mengaktifkan GrabPay.
    • Tidak sah untuk pelanggan Grab yang telah memenangi hadiah daripada Kempen Grab sebelumnya dalam tempoh 60 hari.
    • Kod Promo tidak memberi diskaun untuk perjalanan – ia hanya sebagai penyertaan peraduan.
    • Hanya SATU (1) penyertaan sahaja yang akan direkodkan untuk setiap penumpang, tidak mengira walaupun sebanyak mana Kod Promo telah digunakan oleh penumpang.
    • Kod Promo ini terhad untuk pembayaran melalui GrabPay sahaja.
    • Setiap penumpang yang mengambil bahagian mesti menjawab satu soalan dengan tepat sebelum disenarai masuk sebagai calon pemenang.
    • Pembatalan perjalanan turut membatalkan penyertaan.
  3. Cara Penyertaan:
    • Tempah perjalanan Grab melalui aplikasi Grab. Pilih lokasi naik (pick up) dan turun (drop off). Pilih GrabPay sebagai ccara pembayaran. Masukkan Kod Promo GOLGINCU2 di dalam ruangan kod promo. Ketik Tempah (Book). Kod Promo GOLGINCU2 tidak memberi sebarang diskaun untuk perjalanan – ia hanya sebagai penyertaan peraduan.
    • Hanya mereka dengan perjalanan yang lengkap layak sertai peraduan ini.
  4. Hadiah (5 pemenang):
    • Sesi Ramah Mesra bersama para pelakon Gol & Gincu Vol. 2 pada 17 Oktober 2018 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur, diikuti dengan tayangan perdana Gol & Gincu Vol. 2 di TGV Cinemas, Sunway Putra Mall. Setiap pemenang boleh membawa seorang (1) teman (“Hadiah”)
    • Jika anda terpilih untuk memenangi Hadiah, pemenang akan diminta untuk mengisi borang, memberikan maklumat peribadi kepada Grab. Kegagalan untuk mengisi borang dalam tempoh yang ditetapkan akan membatalkan kelayakan pemenang untuk menangi hadiah.
    • Pemenang mestilah berumur 18 tahun ke atas atau ditemani seorang dewasa ketika menerima Hadiah.
    • Pemenang mestilah berada di lokasi yang dinyatakan pada 17 Oktober dari 5 petang hingga 11 malam, tertakluk pada perubahan masa.
    • Pemenang bertanggungjawab ke atas kos perjalanan di lokasi penerimaan Hadiah, diskaun RM20 x 2 kod promo akan disediakan oleh Grab untuk setiap pemenang akan dikirim melalui e-mel, pemberitahuan push dan SMS.
    • Hadiah boleh dipindah milik tetapi tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
    • Setiap kos akibat daripada kemalangan / kerugian kewangan sepanjang perjalanan menerima hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.
    • Dengan mendaftar bermaksud anda memberi keizinan untuk ditayangkan/diambil gambar dan video/gambar akan digunakan di semua saluran media.
    • Pemenang hadiah setuju untuk tidak menjadi duta jenama pesaing pasaran semasa Grab.
    • Grab berhak untuk mengubah aspek dan maklumat hadiah dan perubahan terma dan syarat pada bila-bila masa, tanpa sebarang notis.
    • Grab berhak sepenuhnya untuk menarik balik atau membatalkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis kepada peserta.
    • Sebarang keputusan Grab berkaitan dengan Peraduan adalah muktamad dan menyeluruh. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
    • Grab tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang tuntutan atau kerosakan ke atas kepunyaan atau sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa akibat daripada atau berkaitan dengan peraduan ini.
  5. Penentuan Pemenang:
    • Penentuan 5 pemenang akan dibuat pada 12 Oktober 2018 di Ibu Pejabat Grab (Malaysia). Pemilihan dibuat secara rawak.
  6. Pemberitahuan Pemenang:
    • Pemenang akan diberitahu melalui nombor mudah alih berdaftar dan alamat e-mel.
  7. Pengumuman Pemenang:
    • Pemenang akan diumumkan melalui e-mel daripada Grab Malaysia pada 15 Oktober 2018.
  8. Pengesahan Pemenang:
    • Pemenang adalah tertakluk pada pengesahan oleh Grab Malaysia bagi memastikan keaslian penyertaan untuk sertai peraduan.
  9. Penghantaran Pemenang:
    • Hadiah akan diberikan kepada pemenang gantian jika tidak dituntut dalam tempoh 1 hari daripada penerimaan notis berdaftar, atau jika pemenang terpilih gagal memenuhi Peraturan Peraduan.
  10. Cara Menuntut Hadiah:
    • Pemenang akan menerima panggilan daripada wakil Grab yang akan memberitahu tentang hadiah dimenangi dan memastikan pemenang boleh berada di lokasi penerimaan Hadiah.
    • Wakil Grab akan mengirim e-mel kepada pemenang untuk memberitahu mereka tentang hadiah dan borang elektronik yang perlu diisi.
  11. Pemindah Milikan Hadiah:
    • Jika pemenang mahu memindah milik hadiahnya kepada individu lain, pemenang perlu memberitahu wakil Grab melalui e-mel menerangkan mengapa dia mahu memindah milikkan hadiahnya. Kiriman e-mel perlu disertakan dengan nama penuh, salinan Kad Pengenalan, nombor untuk dihubungi dan alamt e-mel penerima hadiah.
      Pemenang mesti membawa salinan e-mel daripada pemenang asal dan Kad Pengenalan sebagai bukti pengenalan.
  12. Grab berhak dari masa ke masa untuk mengubah atau menghentikan, Aktiviti atau Tawaran ini, atau terma dan syarat tanpa sebarang notis dihantar kepada anda.
  13. Grab tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kehilangan, kerugian, kecederaan atau kekecewaan yang berlaki atau dialami oleh anda akibat daripada penyertaan Peraduan ini.