Menu Driver Sign-Up

Gol & Gincu Vol.2 – ‘Movie Date’ bersama selebriti

Siapakah pilihan anda? Aedy Ashraf, Aizat Amdan atau Diana Danielle?

Jika anda terlepas Malam Tayangan Perdana Gol & Gincu Vol.2, tak mengapa! Masih ada peluang untuk menangi temu janji istimewa serta menonton wayang bersama dengan pelakon utama Aedy Ashraf, Diana Danielle atau penyanyi lagu tema filem ini, Aizat Amdan pada tarikh dan lokasi berikut:

Aedy Ashraf: 28 Okt 2018 di GSC, MyTOWN KL

Aizat Amdan: 3 Nov 2018 di GSC, Melawati Mall

Diana Danielle: 4 Nov 2018 di MBO, Citta Mall

Berdasarkan siapa yang anda pilih, masukkan salah satu kod promo berikut bila membuat tempahan perjalanan Grab. Kod promo boleh digunakan bila anda membayar dengan GrabPay.

Aedy Ashraf: GG2Aedy

Aizat Amdan: GG2Aizat

Diana Danielle: GG2Diana

Hadiah Utama

15 pemenang bertuah berpeluang ke Sesi Ramah Mesra eksklusif bersama selebriti kesayangan (5 pemenang untuk setiap selebriti) dan seterusnya menonton wayang bersama. Semua pemenang boleh membawa seorang lagi teman.

Hadiah Saguhati

60 peserta (20 orang untuk setiap selebriti) akan dipilih untuk menang tiket menonton GG2 di dalam pawagam bersama selebriti (tanpa sesi ramah mesra). Semua pemenang boleh membawa seorang lagi teman.

Peraduan berakhir 24 Oktober 2018. Jom tempah Grab sekarang, bayar dengan GrabPay dan jangan lupa guna kod promo yang betul. Tertakluk pada terma dan syarat.

 

Terma dan Syarat

  1. Tempoh Peraduan dan Lokasi:
    • Peraduan ini bermula dari  jam 11:00 pada 18 Oktober hingga jam 23:59 pada 24 Oktober dan dikendalikan oleh Grabcar Sdn Bhd (“Grab Malaysia”).
    • Kod Promo sah untuk penumpang Grab dalam kawasan Lembah Klang sahaja di mana terdapatnya perkhidmatan Grab.
  2. Kelayakan:
    • Melainkan jika dinyatakan, Peraduan (“Grab, Gol & Gincu Vol.2 Menang Temu Janji bersama selebriti”) ini dibuka kepada individu (i) penduduk tetap di Malaysia (ii) mempunyai akaun e-mel yang aktif (iii) berdaftar sebagai pemandu di bawah syarikat Grab di Malaysia (iii) yang sekurang-kurangnya telah berjaya membuat satu (1) tempahan perjalanan Grab dengan kod promo kempen “GG2Aedy”, “GG2Aizat” atau “GG2Diana” (“Kod Promo”) (iv) yang telah mengaktifkan GrabPay.
    • Tidak sah untuk pelanggan Grab yang telah memenangi hadiah daripada Kempen Grab sebelumnya dalam tempoh 60 hari.
    • Kod Promo tidak memberi diskaun untuk perjalanan – ia hanya sebagai penyertaan peraduan.
    • Hanya SATU (1) penyertaan sahaja yang akan direkodkan untuk setiap penumpang, tidak mengira walaupun sebanyak mana kod promo telah digunakan oleh penumpang.
    • Kod Promo ini terhad untuk pembayaran melalui GrabPay sahaja.
    • Setiap penumpang yang mengambil bahagian mesti menjawab satu soalan dengan tepat sebelum disenarai masuk sebagai calon pemenang.
    • Pembatalan perjalanan turut membatalkan penyertaan.
  3. Cara Penyertaan:
    • Tempah perjalanan Grab melalui aplikasi Grab. Pilih lokasi naik (pick up) dan turun (drop off). Pilih GrabPay sebagai cara pembayaran. Masukkan “GG2Aedy”, “GG2Aizat” atau “GG2Diana” di dalam ruangan kod promo. Ketik Tempah (Book). Kod-kod ini tidak memberi sebarang diskaun untuk perjalanan – ia hanya sebagai penyertaan peraduan.
    • Hanya mereka dengan perjalanan yang lengkap layak sertai peraduan ini.
  4. Hadiah
    • HADIAH UTAMA
      5 (lima) pasang tiket untuk beramah mesra dan tonton Gol & Gincu Vol. 2 dengan:
      i. Aedy Ashraf (5 pasang), pada 28 Oktober 2018 di GSC, MyTOWN KL
      ii. Aizat Amdan (5 pasang), pada 3 November di GSC, Melawati Mall
      iii. Diana Danielle (5 pasang), pada 4 November 2018 di MBO Citta Mall
    • HADIAH SAGUHATI
      20 (dua puluh) pasang tiket untuk menonton Gol & Gincu Vol. 2 dengan:
      i. Aedy Ashraf (20 pasang), pada 28 Oktober di GSC, MyTown KL
      ii. Aizat Amdan (20 pasang), pada 3 November di GSC, Melawati Mall Kuala Lumpur
      iii. Diana Danielle (20 pasang), pada 4 November di GSC, Melawati Mall, Kuala Lumpur
    • Setiap pemenang boleh membawa seorang (1) teman (“Hadiah”)
    • Jika anda terpilih untuk memenangi Hadiah, pemenang akan diminta untuk mengisi borang, memberikan maklumat peribadi kepada Grab. Kegagalan untuk mengisi borang dalam tempoh yang ditetapkan akan membatalkan kelayakan pemenang untuk menangi hadiah.
    • Pemenang mestilah berumur 18 tahun ke atas atau ditemani seorang dewasa ketika menerima Hadiah.
    • Pemenang mestilah berada di lokasi dan tarikh yang telah dinyatakan, tertakluk pada perubahan masa.
    • Pemenang bertanggungjawab ke atas kos perjalanan ke lokasi penerimaan Hadiah.
    • Hadiah boleh dipindah milik tetapi tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
    • Setiap kos akibat daripada kemalangan / kerugian kewangan sepanjang perjalanan menerima hadiah adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang.
    • Dengan mendaftar bermaksud anda memberi keizinan untuk ditayangkan/diambil gambar dan video/gambar akan digunakan di semua saluran media.
    • Pemenang hadiah adalah bukan duta semasa jenama pesaing pasaran semasa Grab.
    • Grab berhak untuk mengubah aspek dan maklumat hadiah dan perubahan terma dan syarat pada bila-bila masa, tanpa sebarang notis.
    • Grab berhak sepenuhnya untuk menarik balik atau membatalkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis kepada peserta.
    • Sebarang keputusan Grab berkaitan dengan Peraduan adalah muktamad dan menyeluruh. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
    • Grab tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang tuntutan atau kerosakan ke atas kepunyaan atau sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa akibat daripada atau berkaitan dengan peraduan ini.
  5. Penentuan Pemenang:
    • Penentuan 75 pemenang akan dibuat pada 25 October 2018 di Ibu Pejabat Grab (Malaysia). Pemilihan akan dibuat secara rawak.
  6. Pemberitahuan Pemenang:
    • Pemenang akan diberitahu melalui nombor mudah alih berdaftar dan alamat e-mel.
  7. Pengumuman Pemenang:
    • Pemenang akan diumumkan melalui emel daripada Grab Malaysia pada 26 Oktober 2018.
  8. Pengesahan Pemenang:
    • Pemenang adalah tertakluk pada pengesahan oleh Grab Malaysia bagi memastikan keaslian penyertaan untuk sertai peraduan.
  9. Penghantaran Hadiah:
    • Hadiah akan diberikan kepada pemenang gantian jika tidak dituntut dalam tempoh 1 hari daripada penerimaan notis berdaftar, atau jika pemenang terpilih gagal memenuhi Peraturan Peraduan.
  10. Cara Menuntut Hadiah:
    • Pemenang akan menerima panggilan daripada wakil Grab yang akan memberitahu tentang hadiah dimenangi dan memastikan pemenang boleh berada di lokasi penerimaan Hadiah.
    • Wakil Grab akan mengirim e-mel kepada pemenang untuk memberitahu mereka tentang hadiah dan borang elektronik yang perlu diisi.
  11. Pemindah Milikan Hadiah:
    • Jika pemenang mahu memindah milik hadiahnya kepada individu lain, pemenang perlu memberitahu wakil Grab melalui e-mel menerangkan mengapa dia mahu memindah milikkan hadiahnya. Kiriman e-mel perlu disertakan dengan nama penuh, salinan Kad Pengenalan, nombor untuk dihubungi dan alamat e-mel penerima hadiah.
    • Pemenang mesti membawa salinan e-mel daripada pemenang asal dan Kad Pengenalan sebagai bukti pengenalan.
  12. Grab berhak dari masa ke masa untuk mengubah atau menghentikan, Aktiviti atau Tawaran ini, atau terma dan syarat tanpa sebarang notis dihantar kepada anda.
  13. Grab tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kehilangan, kerugian, kecederaan atau kekecewaan yang berlaku atau dialami oleh anda akibat daripada penyertaan Peraduan ini.