Menu Driver Sign-Up

Eratkan Jalinan Dengan Tropicana dan GrabHitch

Eratkan Jalinan Dengan Tropicana dan GrabHitch

Kami menawarkan 200 perjalanan dengan GrabHitch secara percuma! Tempah perjalanan anda melalui aplikasi GrabHitch dan anda berpeluang menikmati perjalanan pulang ke kampung halaman secara percuma untuk berhari raya bersama ahli keluarga tersayang.

Tempoh Penempahan: 6 Jun hingga 19 Jun 2016

Tempoh Perjalanan: 25 Jun 2016 hingga 14 Julai 2016

Bagaimana untuk mengambil bahagian:

  1. Buka aplikasi Grab.
  2. Ikon “Eratkan Jalinan – GrabHitch” akan muncul di aplikasi Grab bermula pada 6 Jun 2016 (Isnin) dan berakhir pada 19 Jun 2016 (Ahad)
  3. Pilih ikon “Eratkan Jalinan – GrabHitch”.
  4. Lengkapkan alamat “pick-up” dan “drop-off”.
  5. Pilih antara salah satu tarikh dari Tempoh Perjalanan yang telah ditetapkan oleh penganjur iaitu di antara 25 Jun 2016 sehingga 14 Julai 2016.
  6. Tetapkan masa perjalanan
  7. Isikan kod promo TROPICANA, dan selepas itu pilih “Book”.
  8. Pastikan maklumat anda adalah tepat sebelum menekan “Book’”.
  9. Grab akan menghubungi anda selapas 3 hari berkerja untuk menerangkan sama ada tempahan anda berjaya atau tidak.

Tag @GrabMY di FB/Twitter/Instagram dengan gambar di kampung dan hashtag #GrabHitch dan #EratkanJalinan

 Soalan Sering Ditanya

  1. Apakah Eratkan Jalinan?

Eratkan Jalinan adalah satu kempen di mana Grab dan Tropicana Twister akan menghantar 200 penumpang bertuah untuk balik kampung secara percuma dengan GrabHitch.

      2.  Apakah cara-caranya untuk mengambil bahagian dalam kempen ini?

Untuk mengambil bahagian, anda mestilah mengikut langkah seperti di bawah:

Klik ikon ‘Eratkan Jalinan – GrabHitch’ melalui aplikasi Grab. Kemudian, pastukan tempahan perjalanan balik kampung anda mengikuti syarat-syarat berikut:

a. Tempoh penempahan: 6 Jun – 19 Jun 2016

b. Tempoh perjalanan: 25 Jun – 14 Julai 2016

c. Jumlah jarak: 50km dan keatas

d. Isikan kod promo: “TROPICANA”

  1. Bagaimanakah saya akan tahu sekiranya saya salah seorang daripada 200 orang yang dapat pulang ke kampung secara percuma?

Anda akan dihubungi oleh pihak Grab dalam masa 3 hari bekerja untuk memberitahu anda samada anda berjaya atau tidak.

      4. Berapa orang penumpang yang boleh saya bawa bersama saya?

Peserta hanya boleh membawa maksima 2 orang penumpang lain.

5. Saya lebih selesa jika pemandu saya adalah seseorang yang sama jantinanya dengan saya. Bolehkah saya nyatakan pilihan ini?

Ya, anda boleh memilih jantina pemandu anda. Ketika membuat tempahan perjalanan, klik di ‘…’ kemudian klik di same gender driver’.

6. Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya berjaya?

Anda akan dihubungi oleh pemandu GrabHitch anda untuk membuat pengesahan mengenai tarikh dan waktu pelepasan untuk pulang ke kampung.

7.  Boleh saya menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan?

Anda boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan tetapi anda hanya akan dapat dua (2) penempahan yang berjaya.

      8. Pemandu GrabHitch saya membuat pembatalan pada minit terakhir. Apakah yang harus saya lakukan?

Sekiranya pemandu GrabHitch anda membuat pembatalan, sila hubungi pihak Grab di 1300-80-5858 dan Grab akan cuba untuk menguruskan pengangkutan alternative untuk anda pulang ke kampung. Sila beri pihak Grab 48 jam untuk menguruskan pengangkutan ini.

    9. Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya dan pemandu GrabHitch saya mengalami kemalangan atau sebarang kecemasan dalam perjalanan pulang ke kampung?

Sekiranya terdapat sebarang kemalangan atau kecemasan, sila hubungi Grab di 1300-80-5858.

   10. Adakah saya dilindungi di bawah insurans sekiranya saya mengalami sebrang kecederaan dalam perjalanan pulang ke kampung?

Pihak Grab akan menampung perbelanjaan perubatan anda sehingga RM1,000

  11.  Haruskah saya membuat apa-apa bayaran kepada pihak pemandu GrabHitch?

Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran kepada pihak pemandu, ini termasuk told dan minyak.

   12. Sekiranya saya tidak dapat meneruskan perjalanan saya, apakah yang harus saya lakukan?

Anda haruslah menghubungi pemandu GrabHitch anda untuk memberitahu bahawa anda tidak dapat meneruskan perjalanan. Kemudian, anda haruslah membuat pembatalan melalui aplikasi Grab. Anda tidak lagi akan dikira sebagai peserta sekiranya anda membuat pembatalan.

Notis tambahan:

  • Terhad kepada perjalanan melebihi 50km ke mana-mana lokasi di Semenanjung Malaysia yang ditempah dalam tempoh penempahan dan dibuat dalam tempoh perjalanan.
  • Setiap kereta boleh membawa maksimum tiga (3) orang penumpang dan setiap penumpang boleh membawa satu (1) bagasi saiz kabin.
  • Setiap kereta mungkin membawa sebanyak tiga (3) orang penumpang yang membuat tempahan secara asing (carpool). Grab akan memanggil penumpang dahulu untuk menyemak jikalau mereka bersetuju dahulu sebelum mengesahkan tempahan.
  • Sila beri Grab tiga (3) hari berkerja untuk menghubungi setiap penumpang yang berjaya untuk memberi notis mengenai tempahan.
  • Kempen perjalanan Eratkan Jalinan ini adalah percuma dan peserta tidak perlu membayar apa-apa bayaran kepada pemandu. Ini termasuk bayaran untuk tol.
  • Terhad kepada dua penempahan/perjalanan untuk setiap pengguna. Jika didapati pengguna telah berjaya mendapat lebih daripada dua penempahan, Penganjur berhak untuk membatalkan lebihan tempahan tersebut.
  • Tarikh dan masa tempahan tidak boleh dipinda oleh pengguna selepas tempahan tersebut diterima dan disahkan berjaya oleh pihak Grab. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan tempahan tersebut jika peserta tidak dapat meneruskan tempahan tersebut.
  • Sila pastikan anda boleh dihubungi melalui telefon bimbit dan e-mel yang didaftarkan di dalam aplikasi Grab.
  • Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan tempahan tersebut jika pengguna tidak dapat dihubungi dan/atau tidak berada di tempat jemputan dalam tempoh 15 minit dari masa jemputan.
  • Kakitangan Grab akan menghubungi peserta dalam tempoh tiga (3) hari berkerja dari tarikh penempahan dibuat untuk mengesahkan jiakalau tempahan peserta berjaya atau tidak
  • Jika anda tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan, Grab dan Etika Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Permanis Sandilands Sdn. Bhd.) berhak untuk membatalkan penempahan anda.
  • Perjalanan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
  • Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian Grab: 1300 80 5858 untuk maklumat lanjut mengenai Kempen ini.
  • Sekiranya terdapat sebarang pembatalan daripada pihak pemandu, Grab akan berusaha untuk menguruskan pengangkutan alternatif untuk peserta. Langkah ini hanya akan dilaksanakan oleh Grab sekiranya peserta adalah salah seorang daripada 200 peserta yang telah dihubungi oleh pihak Grab.
  • Kempen ini tertakluk kepada terma dan syarat.