Raih Bintang dengan Prestasi Cemerlang ⭐
Ketahui tentang Penilaian Pemandu (DR) di sini!
Click here for the English version
Setiap rakan Grab mempunyai Penilaian Pemandu (DR) yang terdiri daripada bintang-bintang. Ingin tahu cara ia berfungsi dan kepentingannya kepada anda?
Selepas setiap trip tamat, rakan Grab akan diberikan penilaian dari skala 1 hingga 5 bintang. Sistem DR ini membantu Grab untuk mengetahui tahap kepuasan pengguna sambil mengekalkan kualiti tinggi rakan Grab.
💡 Tip: Sistem penilaian ini juga merupakan kayu ukur utama Grab untuk mengenal pasti rakan Grab yang berprestasi baik untuk memberikan mereka ganjaran!
Selepas satu trip dilengkapkan, pengguna diberikan 72 jam untuk menilai pengalaman mereka dari skala 1 hingga 5 bintang. Sistem kemudiannya akan mengira DR anda berdasarkan purata 100 penilaian terakhir anda.
Walaupun pengguna yang terakhir memberi anda penilaian yang rendah, ini mungkin tidak akan menjejaskan penilaian keseluruhan anda JIKA anda mempunyai purata penilaian yang tinggi sepanjang masa. Untuk melihat DR anda yang terkini, kunjungi bahagian akaun anda dalam aplikasi pemandu.
Nota: Penilaian semasa anda dikemaskini pada setiap 12 jam (dua kali sehari) pada masa tertentu. Oleh itu, perubahan pada nilai penilaian anda mungkin tidak memaparkan penilaian daripada pengguna terakhir. Lihat ‘Bagaimana DR dikira?’ di bahagian bawah laman web ini untuk pengiraan terperinci.
Purata DR terkini bagi semua rakan Grab adalah 4.98. Setkan penilaian tersebut sebagai matlamat anda untuk dicapai!
Anda boleh merujuk cadangan untuk penambahbaikkan yang diberikan oleh pengguna dengan merujuk tip-tip di bawah. Jika anda berbuat sedemikian, anda boleh menaikkan DR anda dalam masa yang singkat kerana lebih 90% daripada trip yang dinilai mempunyai rating 5 bintang!
Nota: Grab sentiasa memantau DR dan juga rakan Grab yang sentiasa mendapat penilaian di bawah penilaian purata.
Untuk rakan-pemandu:
- Sebelum mengambil penumpang:
- Pastikan kenderaan anda bersih dari segala kotoran dan bau
- Berpakaian kemas (kasut bertutup, seluar panjang, baju berlengan)
- Pakai pelitup muka anda dengan betul
- Semasa mengambil penumpang:
- Sapa penumpang dengan nama mereka untuk pastikan anda tidak mengambil penumpang yang salah (“Selamat pagi, En Tan. Selamat datang ke Grab.”)
- Sahkan destinasi
- Ingatkan penumpang untuk memakai tali keledar mereka
- Kekalkan jarak dengan penumpang mengikut norma penjarakan sosial
- Pro-tip: Berilah bantuan kepada penumpang yang menggunakan kerusi roda (OKU) atau mengangkut beg/bagasi yang berat semampu anda. Sekiranya destinasi anda ke lapangan terbang, tanya penumpang jika dokumen perjalanan/pasport mereka ada bersama mereka
- Semasa dalam perjalanan:
- Pandu dengan selamat, cermat dan patuhi had laju
- Elakkan daripada menekan brek secara mengejut
- Elakkan daripada menggunakan telefon bimbit sambil memandu
- Tanya penumpang jika suhu penghawa dingin perlu dinaikkan atau direndahkan
- Elakkan daripada memasang muzik terlalu kuat
- Pastikan perbualan anda positif dan profesional
- Semasa menurunkan penumpang:
- Berhentikan kereta anda di lokasi yang selamat dan senang untuk penumpang turun, terutama sekali pada waktu hujan atau di jalan yang sibuk
- Maklumkan kepada penumpang tentang jumlah tambang dan tambahan harga tol (ini dapat mengelakkan kekeliruan tambang)
- Ingatkan penumpang anda untuk membawa barang-barang mereka sebelum turun dari kereta
- Ucapkan terima kasih kepada penumpang
- Tip: Berikan cecair pembasmi tangan kepada penumpang jika ada
Untuk rakan penghantar:
- Sebelum mengambil pesanan:
- Pakai pakaian yang sesuai
- Periksa sebarang nota atau arahan yang diberikan oleh pengguna dalam pesanan
- Pakai pelitup muka dengan betul semasa menghantar
- Semasa mengambil pesanan:
- Untuk GrabExpress, sapa pengirim menggunakan nama mereka (“Selamat pagi, En Tan. Saya telah sampai untuk mengambil barang anda.”)
- Untuk GrabExpress, sahkan alamat destinasi dengan pengirim
- Untuk GrabExpress, ambil gambar barang sebelum meninggalkan lokasi pick up
- Pastikan pakej makanan atau barang diletakkan secara kemas dan betul di dalam beg penghantaran untuk mengelakkan tumpahan atau kemalangan lain
- Jika terdapat kelewatan dengan penyediaan pakej makanan atau barang, hubungi pengguna mengenai isu tersebut supaya mereka maklum tentang keadaan semasa
- Semasa dalam penghantaran:
- Patuhi had laju kenderaan
- Elakkan daripada menggunakan telefon bimbit sambil membawa kenderaan
- Berhati-hati dalam perjalanan untuk memastikan pakej kekal dalam keadaan yang baik
- Semasa menurunkan pesanan:
- Berhentikan kenderaan anda di lokasi yang selamat dan senang untuk penerima, terutama sekali pada waktu hujan atau kesesakan lalu lintas
- Maklumkan penerima yang anda telah tiba
- Sapa penerima dengan nama mereka untuk pastikan anda tidak menghantar kepada penerima yang salah (“Selamat pagi, En Lee. Ini adalah barang/makanan anda.”)
- Untuk GrabExpress, ambil gambar barang sebelum meninggalkan lokasi drop off
- Laksanakan nota atau arahan, jika ada, seperti yang diminta oleh pengguna dalam pesanan
- Lakukan penghantaran dari pintu ke pintu dan tanpa sentuh apabila boleh atau apabila diminta oleh pengguna
- Jika anda tidak dapat melakukan mana-mana perkara di atas, maklumkan kepada pengguna tentang isu anda
Anda juga boleh merujuk Kod Tatalaku dan Garis Panduan untuk lebih banyak tip!
Jika anda menerima kurang daripada 100 penilaian, sistem ini akan mengira kadar purata berdasarkan semua penilaian yang diberikan kepada anda dalam tempoh 3 bulan sebelumnya.
Contoh: Dari jumlah 7 trip yang En Lim lengkapkan pada hari ini, hanya 5 penumpang memberikan beliau penilaian: