Menu Driver Sign-Up

Terma dan Syarat (Klang Valley)

Cetakan Halus

Click here for the English version

Sila baca semua isi-isi cetakan halus untuk memastikan anda layak menerima insentif Bonus Flexi atau Insentif Hourly Guarantee. Selain itu, luangkan masa untuk membaca terma dan syarat yang ada di dalam aplikasi pemandu agar anda dapat mengekalkan prestasi cemerlang sebagai rakan-pemandu.

  1. Mulai 6 Ogos 2018, struktur pendapatan baru ini adalah untuk semua rakan-pemandu GrabCar di Klang Valley, sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa/sambilan.
  2. Rakan-pemandu baru yang mendaftar selepas 6 Ogos 2018 akan diletakkan secara automatik di dalam kumpulan insentif Bonus Flexi dan akan mendapatkan kadar komisen 25%. Walau bagaimanapun, anda berpeluang untuk mendapatkan kadar komisen 20% sekiranya anda mengaktifkan Auto Accept.
  3. Sila harap maklum bahawa jika anda telah opt-in untuk insentif Hourly Guarantee atau didapati tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan insentif ini oleh pihak Grab, anda tidak layak menerima jenis insentif yang lain.
  4. Kekalkan Purata Driver Rating (“DR”) 4.5 dan ke atas (mulai 20 November 2017) untuk terus menggunakan platform Grab.
  5. Jika anda telah opt-in ke jenis insentif Hourly Guarantee:
  • Kekalkan kadar purata DR 4.7 dan ke atas setiap hari (purata rating 100 trip terakhir yang dikira secara harian).
  • Hanya perjalanan Auto Accept lengkap sahaja akan diambil kira untuk insentif Hourly Guarantee.
  • Pembayaran akan ditentukan berdasarkan perjalanan lengkap Auto Accept dan masa tersedia dan masa online yang diprorata (nota: anda harus berada di dalam mod ‘online’ DAN sedia untuk tempahan untuk layak menerima insentif Hourly Guarantee (Jaminan Jam). Tempoh masa yang anda ‘online’ & sedia akan dikira mengikut jumlah minit yang anda ‘online’ dalam blok jam itu. Contoh, jika anda online & sedia untuk 45 minit dan anda lengkap satu perjalanan dalam jam itu, anda layak untuk 75% (45/60 mins) dari jaminan untuk waktu jam itu. Untuk dapatkan pendapatan sepenuhnya, anda harus sentiasa ‘online’ sepanjang blok jam untuk dapat lebih banyak tempahan dan juga meningkatkan jumlah kasar pendapatan anda! Sila ingat bahawa anda perlu membuat pick up sekurangnya satu tempahan Auto Accept dalam sejam untuk layak mendapatkan jaminan dalam waktu jam itu.
  • Pembatalan tempahan yang dibuat oleh penumpang di atas permintaan rakan-pemandu tidak akan diambil kira untuk cancellation rate. Walau bagaimanapun, aduan yang diterima dalam kadar yang tinggi akan dipantau secara teliti, dan boleh menjejaskan pendapatan anda.
  • Untuk layak menerima insentif hourly guarantee, pick-up hanya dihadkan kepada kawasan persekitaran KLIA, KLIA 2 dan Klang Valley. Anda boleh drop off di mana-mana dalam Klang Valley, Genting Highlands, KLIA, KLIA 2 dan Negeri Sembilan. Drop off di luar kawasan-kawasan ini tidak akan termasuk dalam pengiraan jaminan jam.
  • Jika kutipan tambang bagi jumlah perjalanan yang dilengkapkan adalah lebih tinggi dari pendapatan kasar yang dijamin pada waktu jam itu, anda tidak akan diberikan sebarang penambahan – anda sebaliknya hanya akan mendapat kutipan tambang seperti biasa. Kami hanya akan membayar jaminan jika kutipan tambang anda adalah lebih rendah daripada pendapatan kasar yang dijamin pada waktu jam itu.
  1. Jika anda telah opt-in ke jenis insentif Bonus Flexi:
  • Untuk mengekalkan status ‘aktif’ Grab account anda, semua Rakan-pemandu harus mengekalkan sekurang-kurangnya Acceptance Rate (“AR”) 30%. Sila harap maklum bahawa kami juga akan meletakkan syarat-syarat AR yang lebih tinggi untuk bonus khas yang boleh dilihat melalui insentif di dalam aplikasi.
  • Kekalkan kadar purata DR 4.7 dan ke atas (purata rating 100 trip terakhir yang dikira secara mingguan).
  • Hanya perjalanan lengkap Auto Accept akan diambil kira untuk insentif Bonus Flexi.
  1. Tambang RM 65 (kasar) adalah untuk tempahan lapangan terbang Klang Valley dari/ke KLIA & KLIA 2. Kawasan subang Airport tidak termasuk dalam kempen tempahan lapangan terbang RM65.
  2. Insentif dan promosi yang diperolehi akan di top up dalam cash wallet. Anda perlu menekan butang ‘Cash Out’; wang anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam hari yang sama. Sekiranya anda tidak melakukan hal sedemikian, wang anda akan kekal di dalam cash wallet anda.
  3. Di dalam kes di mana terdapatnya tempahan palsu atau mana-mana tingkah laku yang didapati mengambil kesempatan ke atas sistem Grab (cth: rakan-pemandu meminta penumpang untuk membatal tempahan dalam kadar yang tinggi), siasatan dalaman akan dilakukan. Bergantung kepada penemuan penyiasatan tersebut, rakan-pemandu boleh dianggap tidak layak untuk menerima pembayaran pendapatan. Semua keputusan daripada siasatan ini adalah muktamad dan terikat.
  4. Struktur pendapatan ini hanya untuk GrabCar (Economy), GrabCar Plus dan GrabCar 6-seater seperti yang dimaklumkan secara mingguan. Mana-mana struktur pendapatan sebelum adalah tidak sah.
  5. Semua keputusan daripada Grab adalah muktamad dan terikat. Grab tidak akan melayan sebarang permintaan atau rayuan yang dibuat oleh rakan-pemandu.

Nota: Kami telah mendapati banyak syarikat pihak ketiga yang ingin membuat pengiklanan di atas dan di dalam kereta anda, di mana hal ini boleh menjejaskan pengalaman Grab bagi penumpang. Seperti yang dinyatakan di dalam terma dan syarat, kami tidak menggalakkan anda untuk mendaftar dengan mana-mana syarikat pihak ketiga yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak kami. Kami di Grab sedang berusaha untuk memberikan anda lebih banyak peluang kerjasama dengan rakan-kongsi yang kami telah luluskan. Sila nantikan maklumat lebih lanjut mengenai hal ini daripada kami tidak lama lagi!