Menu Driver Sign-Up

Terma dan Syarat Insentif Baru (Klang Valley dan Negeri Sembilan)

Cetakan Halus

Sila baca semua isi-isi cetakan halus supaya anda mendapat kelayakan untuk menerima insentif-insentif. Dan ingat, sila ambil masa untuk membaca syarat-syarat di dalam aplikasi pemandu supaya anda dapat melaksanakan kerja sebagai seorang Grabber yang cemerlang.

  1. Struktur pendapatan terbaru ini adalah untuk pemandu GrabCar Klang Valley dan Negeri Sembilan sahaja, samada pemandu sepenuh masa atau separuh masa.
  2. Mulai 9 Oktober, jika anda opt-in sebelum hari Rabu, 11:59mlm, anda akan layak untuk program Grab Ambassador bagi MINGGU DEPAN, jika anda telah memenuhi SEMUA syarat Program Grab Ambassador(Contoh: Grabber yang opt-in dari 16 Oktober (Isnin) – 18 Oktober (Rabu) akan mendapat kelayakan untuk program  GA pada minggu 23 Oktober – 29 Oktober dan seterusnya.  Jika anda opt-in selepas hari Rabu, 11:59mlm (18 Oktober), anda hanya akan menerima program GA pada minggu 30 Oktober – 5 November dan seterusnya.
  3. Pemandu baru yang mendaftar selepas 9 Oktober 2017 akan secara automatik dimasukkan ke dalam program Grab Associate Programme, dimana kadar komisen adalah 25%, dan menerima juga insentif flexi. Walau bagaimanapun, anda juga berpeluang untuk menikmati kadar komisen 20% jika anda menjadi setia dan opt-in sebagai Grab Ambassador.
  4. Perhatian, jika anda telah opt-in untuk insentif Hourly Guarantee tetapi didapati tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan insentif  ini, anda akan dinafikan dari menerima insentif Hourly Guarantee dan juga insentif-insentif yang lain.
  5. Bagi Program Grab Ambassador, GrabCar akan membuat pemotongan kredit 20% dari kutipan kasar tambang, termasuk juga bahagian terjamin (cth: 20% komisen akan dikenakan atas kutipan tambang DAN juga penambahan nilai kredit). Sila ambil perhatian, jika anda didapati memandu dengan aplikasi ride-hailing yang lain, anda akan dimasukkan ke dalam program Grab Associate selamanya (25% komisen)
  6. Bagi Program Grab Associate, GrabCar akan membuat pemotongan kredit 25% dari kutipan kasar tambang, termasuk juga bahagian terjamin (cth: 25% komisen akan dikenakan atas kutipan tambang DAN juga penambahan nilai kredit).
  7. Kekalkan Purata Driver Rating kepada 4.5 dan keatas (mulai 20 November 2017) untuk terus menggunakan platform Grab.
  8. Jika anda opt-in untuk jenis insentif Hourly Guarantee:
  • Kekalkan kadar purata DR 4.7 dan ke atas bagi setiap hari (purata rating 100 trips terakhir dikira secara harian).
  • Kekalkan Acceptance Rate (AR) sekurang-kurangnya 80% bagi setiap hari. Mata Acceptance anda di dalam bahagian insentif didalam aplikasi akan ditetapkan semula pada 0%.
  • Bayaran akan ditentukan atas prorated online & dan masa yang anda tersedia (nota: anda harus dalam keadaan ‘online’ DAN sedia untuk tempahan supaya dapat kelayakan bagi insentif Hourly Guarantee (Jaminan Jam). Tempoh masa yang anda ‘online’ & sedia akan dikira mengikut jumlah minit yang anda ‘online’ dalam blok jam itu. Contoh, jika anda online & sedia untuk 45 minit dan anda lengkap satu perjalanan dalam jam itu, anda layak untuk 75% (45/60 mins) dari jaminan untuk waktu jam itu. Untuk dapatkan pendapatan sepenuhnya, anda harus sentiasa ‘online’ sepanjang blok jam untuk dapat lebih banyak tempahan dan juga meningkatkan jumlah kasar pendapatan anda! Sila ingat, anda harus membuat pick up sekurangnya satu tempahan / sejam supaya untuk dapatkan kelayakan bagi jaminan dalam waktu jam itu.
  • Cancellation Rate minima tidak diperlukan untuk mendapatkan kelayakan bagi pendapatan. Grabber yang meminta penumpang untuk membatalkan tempahan tidak akan termasuk dalam cancellation rate anda. Walau bagaimanapun, aduan yang banyak akan diawasi dan akan diambil tindakan yang keras, ini boleh menjejaskan pendapatan anda. 
  • Untuk mendapat kelayakan bagi jaminan jam, pick ups hanya dikhaskan di dalam kawasan persekitaran KLIA, KLIA 2, Klang Valley dan Negeri Sembilan sahaja. Anda boleh drop off di mana-mana dalam Klang Valley, Genting Highlands, KLIA, KLIA 2 dan Negeri Sembilan. Drop offs diluar kawasan-kawasan ini tidak akan termasuk dalam pengiraan jaminan jam.
  • Jika kutipan tambang bagi jumlah perjalanan yang diilengkapkan adalah lebih tinggi dari pendapatan kasar yang dijamin pada waktu jam itu, anda tidak akan diberikan penambahan nilai – anda hanya akan menerima kutipan tambang seperti biasa. Kami hanya akan memberi pembayaran jaminan jika kutipan tambang anda adalah lebih rendah dari pendapatan kasar yang dijamin pada waktu jam itu.
  1. Jika anda opt-in untuk jenis insentif Flexi Bonuses:
  • Untuk mengekalkan status ‘aktif’ Grab account anda, Grabbers harus kekalkan sekurang-kurangnya Acceptance Rate (AR) 30%. Sila ambil perhatian, kami juga akan meletakkan syarat-syarat AR yang lebih tinggi untuk bonus khas, yang anda boleh melihat melaui insentif didalam aplikasi.
  • Kekalkan kadar purata DR 4.7 dan ke atas (purata rating 100 trips terakhir dikira secara mingguan).
  1. Tambang RM 65 (kasar) hanya disahkan untuk tempahan lapangan terbang Klang Valley pergi/dari KLIA & KLIA 2. Subang Airport tidak termasuk dalam kempen lapangan terbang RM65.
  2. Pendapatan akan dikira mengikut weekly unique passenger count (kiraan mingguan penumpang unik). Setiap penumpang unik akan memberikan anda kelayakan bagi SATU tempahan yang dilengkapkan pada minggu itu. Hanya jumlah tambang dari penumpang unik anda yang PERTAMA akan diterima untuk pengiraan jaminan jam/insentif flexi anda.
  3. Insentif dan promo top up yang diperolehi akan di top up dalam cash wallet. Anda perlu menekan butang ‘Cash Out’; wang anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam 1 hari perniagaan. Sekiranya tidak, wang anda akan kekal di dalam cash wallet anda.
  4. Jika didapati terdapat tempahan atau tingkah laku yang didapati mengambil kesempatan atas sistem Grab (cth: Grabber meminta penumpang untuk membatal tempahan dengan banyak), penyiasatan dalam akan dilakukan oleh Grab. Grabbers mungkin atau tidak mungkin akan mendapat kelayakan bagi bayaran pendapatan, berdasarkan atas penemuan penyiasatan tersebut.
  5. Struktur pendapatan ini disahkan kepada GrabCar (Economy), GrabCar Plus dan GrabCar 6-seater mengikut minggu yang ditetapkan. Mana-mana struktur pendapatan yang sebelumnya tidak akan disahkan.
  6. Kami dapati terdapat banyak syarikat pihak ketiga yang ingin mengiklankan atas kereta dan juga di dalam kereta anda, dan ini akan menjejaskan pengalaman Grab bagi penumpang anda. Mengikuti Terma dan Syarat yang ditetapkan, kami menasihatkan supaya anda tidak mendaftarkan dengan mana-mana syarikat pihak ketiga yang tidak menerima kelulusan dari Grab. Kami di Grab sedang berterusan untuk memberi anda lebih banyak peluang dan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami yang diluluskan. Silakan tunggu kemas kini dari kami untuk maklumat lebih lanjut.
  7. Semua keputusan dari Grab adalah muktamad.