Menu Driver Sign-Up

Terma dan Syarat (Johor Bahru)

Cetakan Halus

Sila baca semua isi-isi cetakan halus supaya anda mendapat kelayakan untuk menerima insentif-insentif. Dan ingat, sila ambil masa untuk membaca syarat-syarat di dalam aplikasi pemandu supaya anda dapat melaksanakan kerja sebagai seorang Rakan-pemandu yang cemerlang.

  1. Struktur pendapatan terbaru ini adalah untuk Rakan-pemandu GrabCar Johor Bahru sahaja, samada Rakan-pemandu sepenuh masa atau separuh masa.
  2. Mulai 19 Mac 2018, jika anda opt-in untuk jenis insentif Hourly Guarantee sebelum hari Rabu, 11:59mlm, anda akan akan menerima insentif Hourly Guarantee bagi MINGGU DEPAN (Contoh: Rakan-pemandu yang opt-in dari 19 Mac (Isnin) – 21 Mac (Rabu) akan mendapat insentif Hourly Guarantee pada minggu 26 Mac – 1 April dan seterusnya.  Jika anda opt-in selepas hari Rabu, 11:59mlm (21 Mac), anda hanya akan mendapat insentif Hourly Guarantee pada minggu 2 April – 8 April dan seterusnya.
  3. Rakan-pemandu baru yang mendaftar selepas 15 Mac 2018 akan secara automatik mendapatkan kadar komisen 25%, dan juga menerima insentif flexi. Walau bagaimanapun, anda juga berpeluang untuk opt-in untuk insentif Hourly Guarantee.
  4. Perhatian, jika anda telah opt-in untuk insentif Hourly Guarantee tetapi didapati tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan insentif  ini, anda akan dinafikan dari menerima insentif Hourly Guarantee dan juga insentif-insentif yang lain.
  5. Untuk mengekalkan status ‘aktif’ Grab account anda, Rakan-Rakan-pemandus harus kekalkan sekurang-kurangnya Acceptance Rate (AR) 30%.
  6. Bagi Rakan-pemandu yang opt-in sebelum 16 Mac 2018,  GrabCar akan membuat pemotongan komisen 20% dari kutipan kasar tambang, termasuk juga bahagian terjamin (cth: 20% komisen akan dikenakan atas kutipan tambang DAN juga penambahan nilai kredit).
  7. Bagi Rakan-pemandu yang TIDAK opt-in sebelum 16 Mac 2018 dan Rakan-pemandu baru,  GrabCar akan membuat pemotongan komisen 25% dari kutipan kasar tambang, termasuk juga bahagian terjamin (cth: 25% komisen akan dikenakan atas kutipan tambang DAN juga penambahan nilai kredit).
  8. Jika anda opt-in untuk jenis insentif Hourly Guarantee:
  • Kekalkan kadar purata DR 4.7 dan ke atas bagi setiap minggu (purata rating 100 trip terakhir).
  • Kekalkan kadar purata DR 4.5 dan ke atas untuk terus menggunakan platform Grab.
  • Kekalkan Acceptance Rate (AR) sekurang-kurangnya 85% bagi setiap minggu.
  • Kekalkan Cancellation Rate (CR) 15% atau kurang setiap minggu.
  • Bayaran akan ditentukan atas prorated online & dan masa yang anda tersedia (nota: anda harus dalam keadaan ‘online’ DAN sedia untuk tempahan supaya dapat kelayakan bagi insentif Hourly Guarantee (Jaminan Jam). Tempoh masa yang anda ‘online’ & sedia akan dikira mengikut jumlah minit yang anda ‘online’ dalam blok jam itu. Contoh, jika anda online & sedia untuk 45 minit dan anda lengkap satu perjalanan dalam jam itu, anda layak untuk 75% (45/60 mins) dari jaminan untuk waktu jam itu. Untuk dapatkan pendapatan sepenuhnya, anda harus sentiasa ‘online’ sepanjang blok jam untuk dapat lebih banyak tempahan dan juga meningkatkan jumlah kasar pendapatan anda! Sila ingat, anda harus membuat pick up sekurangnya satu tempahan / sejam supaya untuk dapatkan kelayakan bagi jaminan dalam waktu jam itu.
  • Jika kutipan tambang bagi jumlah perjalanan yang diilengkapkan adalah lebih tinggi dari pendapatan kasar yang dijamin pada waktu jam itu, anda tidak akan diberikan penambahan nilai – anda hanya akan menerima kutipan tambang seperti biasa. Kami hanya akan memberi pembayaran jaminan jika kutipan tambang anda adalah lebih rendah dari pendapatan kasar yang dijamin pada waktu jam itu.
  1. Jika anda opt-in untuk jenis insentif Flexi Bonuses:
  • Kekalkan Acceptance Rate (AR) sekurang-kurangnya 50% bagi setiap minggu.
  • Kekalkan kadar purata DR 4.7 dan ke atas setiap minggu (purata rating 100 trip terakhir).
  • Kekalkan kadar purata DR 4.5 dan ke atas untuk terus menggunakan platform Grab.
  • Cancellation Rate minima tidak diperlukan untuk mendapatkan kelayakan bagi pendapatan. Rakan-pemandu yang meminta penumpang untuk membatalkan tempahan tidak akan termasuk dalam cancellation rate anda. Walau bagaimanapun, aduan yang banyak akan diawasi dan akan diambil tindakan yang keras, ini boleh menjejaskan pendapatan anda.
  1. Insentif dan promo top up yang diperolehi akan di top up dalam cash wallet. Anda perlu menekan butang ‘Cash Out’; wang anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam 1 hari perniagaan. Sekiranya tidak, wang anda akan kekal di dalam cash wallet anda.
  2. Jika didapati terdapat tempahan atau tingkah laku yang didapati mengambil kesempatan atas sistem Grab (cth: Rakan-pemandu meminta penumpang untuk membatal tempahan dengan banyak), penyiasatan dalam akan dilakukan oleh Grab. Rakan-pemandus mungkin atau tidak mungkin akan mendapat kelayakan bagi bayaran pendapatan, berdasarkan atas penemuan penyiasatan tersebut.
  3. Struktur pendapatan ini disahkan kepada GrabCar (Economy), GrabCar Plus dan GrabCar 6-seater mengikut minggu yang ditetapkan. Mana-mana struktur pendapatan yang sebelumnya tidak akan disahkan.
  4.  Kami dapati terdapat banyak syarikat pihak ketiga yang ingin mengiklankan atas kereta dan juga di dalam kereta anda, dan ini akan menjejaskan pengalaman Grab bagi penumpang anda. Mengikuti Terma dan Syarat yang ditetapkan, kami menasihatkan supaya anda tidak mendaftarkan dengan mana-mana syarikat pihak ketiga yang tidak menerima kelulusan dari Grab. Kami di Grab sedang berterusan untuk memberi anda lebih banyak peluang dan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami yang diluluskan. Silakan tunggu kemas kini dari kami untuk maklumat lebih lanjut.
  5. Semua keputusan dari Grab adalah muktamad.