Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabFood & GrabExpress – Klang Valley

| 24 Sept – 30 Sept, 2018 |

Memperkenalkan laman web Struktur Pendapatan Mingguan GrabFood & GrabExpress. Laman ini akan dikemaskini setiap minggu untuk memaklumkan perkembangan terbaru GrabFood & GrabExpress dan juga perubahan dalam struktur pendapatan mingguan.

Sila rujuk kepada laman web ini setiap minggu untuk mendapat maklumat terkini mengenai GrabFood & GrabExpress.


Waktu Operasi GrabFood : 9pg – 12tgh mlm

Waktu Operasi GrabExpress : 8pg – 12tgh mlm

// [Baru] Memperkenalkan GrabExpress

Mulai 27 September 2018, rakan-penghantar terpilih di dalam fleet ‘non-halal’ boleh menerima tempahan GrabExpress. Jenis perkhidmatan ini akan membuat hantaran barangan, anda boleh mengetahui lebih tentang GrabExpress dengan menekan di sini.

// [Baru] Pengemaskinian insentif GrabFood

Kami telah mengemaskini tambang penghantaran anda dan kami juga ada bonus baru ‘Bonus Setiap Penghantaran’ untuk anda.

GrabFood memahami perasaan rakan-penghantar terhadap sistem pembayaran tambang penghantaran yang terbaru dan ingin memaklumkan bahawa bonus untuk setiap pesanan telah dinaikkan kepada MINIMA RM4 dan MAKSIMA RM6, bergantung kepada waktu dan lokasi.

 

Sistem pembayaran ini telah diperkenalkan oleh pihak GrabFood kerana ingin menghargai rakan yang telah bekerja keras serta yang membuat penghantaran pada “peak hours” setiap hari. Sistem ini juga dikenalkan kerana terdapat beberapa rakan yang telah menyalahgunakan sistem “Hourly Guarantees”, di mana GrabFood ingin mengurangkan kadar rakan yang digantung.

Selain itu, jarak penghantaran kini telah dikurangkan sebanyak 25% untuk mengurangkan beban rakan-penghantar dan menurunkan kadar penghantaran jauh. Sebelum ini, jarak penghantaran telah dikira untuk memastikan bahawa rakan-penghantar mendapat pesanan sebanyak yang mungkin.

Walaupun jarak penghantaran telah dikurangkan, GrabFood yakin bahawa rakan-penghantar masih akan mendapat kadar pesanan yang sama atau lebih.

Jadual Bonus Setiap Penghantaran:

Nota: Dengan sistem yang terbaru ini, rakan-penghantar akan menerima tambang penghantaran MINIMA RM9 dan MAKSIMA RM11 untuk satu pesanan, bergantung kepada waktu dan lokasi.

 Bonus akan diberi untuk setiap pesanan yang dilengkapkan oleh rakan-penghantar dan ia akan SEGERA dimasukkan ke dalam Dompet Tunai anda.


// Ciri Same Day Cash Out

Sila dimaklumkan bahawa anda perlu mempunyai akaun bank tempatan yang juga terikat dengan nombor kad pengenalan baru anda untuk menggunakan ciri ini.

Jadual cash out adalah seperti berikut:

// Acceptance Rate (AR) dan Completion Rate (CR)

Acceptance Rate (AR) dan Completion Rate (CR) adalah berdasarkan sesi terkini anda dan BUKAN nilai yang tertera dalam Rating dalam Menu (yang menunjukkan rating 100 penghantaran terakhir).

Jika sesi anda adalah dari 3ptg hingga 4ptg, ratings akan diambil untuk sesi itu sahaja. 

Contoh: John mengambil SEMUA pesanan yang diterima daripada pukul 3ptg hingga 4ptg. Acceptance Rate John pada sesi tersebut adalah 100%. John akan layak untuk Hourly Guarantee untuk jam tersebut.

// Panduan GrabFood

Bagi yang masih baru kepada GrabFood, sila rujuk kepada panduan aplikasi GrabFood Driver di sini.