Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabFood – Klang Valley

| 9 Julai – 15 Julai, 2018 |

SELAMAT DATANG KEPADA GRABFOOD!

Memperkenalkan laman web Struktur Pendapatan Mingguan GrabFood. Laman ini akan dikemaskini setiap minggu untuk memaklumkan perkembangan terbaru GrabFood dan juga perubahan dalam struktur pendapatan mingguan.

Sila rujuk kepada laman web ini setiap minggu untuk mendapat maklumat terkini mengenai GrabFood.


Waktu Operasi GrabFood : 9pg – 2pg

// Ciri Same Day Cash Out

Sila dimaklumkan bahawa anda perlu mempunyai akaun bank tempatan yang juga terikat dengan nombor kad pengenalan baru anda untuk menggunakan ciri ini.

Jadual cash out adalah seperti berikut:

// Acceptance Rate (AR) dan Completion Rate (CR)

Acceptance Rate (AR) dan Completion Rate (CR) adalah berdasarkan sesi terkini anda dan BUKAN nilai yang tertera dalam Rating dalam Menu (yang menunjukkan rating 100 penghantaran terakhir).

Jika sesi anda adalah dari 3ptg hingga 4ptg, ratings akan diambil untuk sesi itu sahaja. 

Contoh: John mengambil SEMUA pesanan yang diterima daripada pukul 3ptg hingga 4ptg. Acceptance Rate John pada sesi tersebut adalah 100%. John akan layak untuk Hourly Guarantee untuk jam tersebut.


Panduan GrabFood

Bagi yang masih baru kepada GrabFood, sila rujuk kepada panduan aplikasi GrabFood Driver di bawah:

1. Memulakan Sesi (Pergi Online)

  1. Setelah berjaya log masuk ke dalam aplikasi GrabFood Driver, anda dapat melihat kawasan yang ditanda dengan petak berwarna hijau.
  2. Petak berwarna hijau adalah kawasan liputan GrabFood yang anda boleh membuat penghantaran.
  3. Tekan “Start delivering” untuk memulakan sesi anda. Anda hanya boleh bermula apabila anda berada di dalam kawasan liputan.
  4. Selepas itu, pilih masa tamat yang diinginkan. Anda boleh menamatkan sesi anda pada bila-bila masa walaupun lebih awal daripada masa yang dipilih.
  5. Pastikan anda telah bersedia sebelum memulakan sesi anda. Tekan “START YOUR SESSION” untuk pergi Online.

  1. Apabila skrin anda menunjukkan “Looking for Orders”, ini bermaksud anda telah Online dan bersedia untuk menerima pesanan daripada pelanggan.
  2. Aplikasi GrabFood secara automatik akan menunjukkan kawasan HOTSPOT jika terdapat di kawasan anda.
  3. HOTSPOT adalah tempat yang mempunyai ramai rakan restoran GrabFood. Anda digalakkan untuk menunggu di sekitar kawasan HOTSPOT untuk mengurangkan masa perjalanan ke restoran.

2. Menerima Pesanan

  1. Apabila anda menerima pesanan dari pelanggan, “Job Card” akan muncul dalam app anda.
  2. Anda boleh melihat nama restoran dan anggaran masa penghantaran.
  3. Tekan “Accept Order” untuk menerima pesanan tersebut.
  4. Sila ikuti arahan pengambilan (Pickup Instructions) jika ada.
  5. Luncurkan screen ke kanan (Slide after arrival) apabila anda telah tiba di restoran.
  6. Pastikan setiap makanan/minuman yang dipesan telah diterima baru anda luncurkan screen ke kanan (Slide after pickup)

3. Melengkapkan Penghantaran

  1. Tekan Route untuk buka aplikasi navigasi (hanya Google Maps untuk sekarang).
  2. Setelah anda telah melengkapkan penghantaran, luncurkan screen ke kanan
    (Slide after delivery)
  3. Anda boleh lihat tambang penghantaran tersebut.
  4. Anda juga boleh nilaikan penghantaran anda dan memberi maklum balas.
  5. Tambang penghantaran akan masuk ke dalam dompet tunai Grab Driver anda dengan serta merta.

4. Menamatkan Sesi

  1. Untuk menamatkan sesi anda atau pergi OFFLINE, tekan butang MENU.
  2. Tekan “End session”.
  3. Anda dapat lihat jumlah pendapatan awak untuk sesi tersebut.

5. Cashout

  1. Buka aplikasi Grab Driver.
  2. Tekan butang Menu > GrabPay Wallet > Cash Wallet

  1. Tekan Transfer to account
  2. Nyatakan jumlah yang ingin anda cashout (jumlah minima adalah RM10)
  3. Tekan NEXT dan TRANSFER NOW.
  4. Bayaran akan masuk ke akaun anda dalam masa 1 – 5 hari bekerja, bergantung kepada bank anda.

    Contoh: Jika anda cashout pada hari Isnin, bayaran akan masuk ke akaun anda pada hari Selasa atau Jumaat.

 


Insentif Jaminan Setiap Jam (Hourly Guarantee)

Jaminan setiap jam (hourly guarantee) adalah jumlah yang dijamin kepada anda untuk kekal Online. Walau bagaimanapun, anda perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan untuk layak.

Untuk insentif seperti Jaminan Setiap Jam (Hourly Guarantee), jumlah insentif hanya akan masuk ke dalam dompet tunai GrabDriver anda pada hari seterusnya.

Contoh: Awak mendapat RM70 sebagai jaminan setiap jam pada hari Isnin, jumlahnya hanya akan masuk ke dalam dompet tunai Grab Driver pada hari Selasa.

Insentif Trip Bonus Harian

Untuk insentif trip bonus harian , jumlah akan masuk ke dalam dompet tunai Grab Driver anda pada hari Isnin minggu seterusnya. Anda boleh cashout setelah jumlah telah dimasukkan ke dalam dompet tunai anda dan ia akan diproses seperti biasa (sila rujuk kepada panduan Cashout).

Contoh: Awak telah melengkapkan 10 perjalanan setiap hari (Isnin hingga Ahad). Jumlah trip bonus untuk 7 hari tersebut akan masuk ke dalam dompet tunai anda pada hari Isnin seterusnya dan awak perlu membuat cashout.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabFood MY