Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabFood & GrabExpress – Klang Valley

| 26 Nov – 2 Dis, 2018 |

Memperkenalkan laman web Struktur Pendapatan Mingguan GrabFood & GrabExpress. Laman ini akan dikemaskini setiap minggu untuk memaklumkan perkembangan terbaru GrabFood & GrabExpress dan juga perubahan dalam struktur pendapatan mingguan.


Waktu Operasi GrabFood : 9pg – 12tgh mlm

Waktu Operasi GrabExpress : 8pg – 12tgh mlm

// [Baru] GrabExpress – 0% kadar komisen

Peluang emas! Menjana lebih banyak pendapatan dengan promosi 0% kadar komisen sehingga 30 November 2018! Rakan-penghantar di dalam fleet ‘non-halal’ yang ingin membuat hantaran GrabExpress, boleh mendaftar untuknya di sini.

// [Baru] Polisi Beg Hantaran GrabFood

Berkuat-kuasa 19 November 2018, polisi ini adalah untuk rakan-penghantar lebih memahami bagaimana proses pengambilan beg penghantaran GrabFood akan berfungsi serta supaya rakan-penghantar menjaga beg penghantaran sendiri dengan lebih baik. Tekan sini untuk maklumat lanjut.

// [Baru] Dasher Instructions untuk Rakan-penghantar

Rakan-penghantar kini boleh memasukkan Dasher Instructions untuk restoran yang sukar dicari. Dasher Instructions adalah untuk memudahkan perjalanan rakan-penghantar semasa mengambil makanan daripada rakan restoran. Tekan sini untuk memuat naik informasi tersebut.


Pendapatan Asas

  • Pendapatan asas termasuk bayaran tambang penghantaran dan insentif penghantaran mengikut jadual yang tertera di bawah.

Jumlah pendapatan asas setiap pengantaran

 = Tambang penghantaran (RM7) + Insentif Setiap Pesanan

Pendapatan prestasi

  • Pendapatan prestasi ialah bonus tambahan yang diberikan kepada rakan-penghantar jika jumlah penghantaran secara keseluruhan dalam satu hari memenuhi syarat-syarat kelayakan. Jumlah penghantaran ini termasuk penghantaran yang dilakukan pada jenis perkhidmatan GrabFood dan GrabExpress.

Lain-lain :

// Ciri Same Day Cash Out

Sila dimaklumkan bahawa anda perlu mempunyai akaun bank tempatan yang juga terikat dengan nombor kad pengenalan baru anda untuk menggunakan ciri ini. Untuk lebih maklumat, tekan sini.

// Panduan GrabFood

Bagi yang masih baru kepada GrabFood, sila rujuk kepada panduan aplikasi GrabFood Driver di sini.


Pendapatan Asas

  • Pendapatan asas termasuk bayaran tambang penghantaran dan insentif penghantaran mengikut jadual yang tertera di bawah.

Pendapatan prestasi

  • Pendapatan prestasi ialah bonus tambahan yang diberikan kepada rakan-penghantar jika jumlah penghantaran secara keseluruhan dalam satu hari memenuhi syarat-syarat kelayakan. Jumlah penghantaran ini termasuk penghantaran yang dilakukan pada jenis perkhidmatan GrabFood dan GrabExpress.


Lain-lain :

// Bonus Rujukan GrabExpress

Peluang emas! Anda kini berpeluang untuk mendapat bonus RM50 untuk setiap orang yang anda berjaya merujuk untuk menyertai Fleet Khas GrabExpress dari 12 Nov – 30 Nov. Tekan sini untuk maklumat lanjut.

// GrabExpress – Bonus Pick-up Jauh 

Untuk memberikan pampasan yang setimpal untuk pick-up penghantaran yang jauh, kami akan memberi tambang jaminan minima RM1 setiap KM untuk jumlah jarak pick-up dan penghantaran.

Contoh:

Rakan-penghantar Bob membuat penghantaran seperti berikut:

  • Jarak dari lokasi Bob ke lokasi pengirim (pick-up): 7.7KM
  • Jarak dari pengirim ke penerima (drop-off): 9KM
  • Jumlah jarak pick-up dan penghantaran adalah 16.7KM. 
  • Tambang penghantaran adalah RM10.
  • Jadi, tambang untuk setiap KM penghantaran adalah RM0.60 (RM10/16.7KM).

// Panduan GrabExpress

Hanya rakan-penghantar terpilih di dalam fleet ‘non-halal’ boleh menerima tempahan GrabExpress. Jenis perkhidmatan ini akan membuat hantaran barangan dan anda boleh mengetahui lebih tentang GrabExpress dengan menekan di sini.