Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabFood & GrabExpress – Klang Valley

| 1 Okt – 7 Okt, 2018 |

Memperkenalkan laman web Struktur Pendapatan Mingguan GrabFood & GrabExpress. Laman ini akan dikemaskini setiap minggu untuk memaklumkan perkembangan terbaru GrabFood & GrabExpress dan juga perubahan dalam struktur pendapatan mingguan.

Sila rujuk kepada laman web ini setiap minggu untuk mendapat maklumat terkini mengenai GrabFood & GrabExpress.


Waktu Operasi GrabFood : 9pg – 12tgh mlm

Waktu Operasi GrabExpress : 8pg – 12tgh mlm

// [Baru] Memperkenalkan GrabExpress

Mulai 27 September 2018, rakan-penghantar terpilih di dalam fleet ‘non-halal’ boleh menerima tempahan GrabExpress. Jenis perkhidmatan ini akan membuat hantaran barangan, anda boleh mengetahui lebih tentang GrabExpress dengan menekan di sini.

// [Baru] Pengemaskinian insentif GrabFood

Pendapatan rakan-penghantar terdiri dari pendapatan asas dan pendapatan prestasi.

  • Pendapatan asas termasuk bayaran tambang penghantaran dan insentif penghantaran mengikut jadual yang tertera di bawah.
  • Pendapatan prestasi ialah bonus tambahan yang diberikan kepada rakan-penghantar jika jumlah penghantaran secara keseluruhan dalam satu hari memenuhi syarat-syarat kelayakkan. Jumlah penghantaran ini termasuk penghantaran yang dilakukan pada jenis perkhidmatan GrabFood dan GrabExpress.

Pendapatan Asas

Jadual Insentif Setiap Pesanan:

Nota: Dengan sistem yang terbaru ini, rakan-penghantar akan menerima tambang penghantaran MINIMA RM9 dan MAKSIMA RM11 untuk satu pesanan, bergantung kepada waktu dan lokasi.

 

Bonus akan diberi untuk setiap pesanan yang dilengkapkan oleh rakan-penghantar dan ia akan SEGERA dimasukkan ke dalam Dompet Tunai anda.

Pendapatan prestasi


// Ciri Same Day Cash Out

Sila dimaklumkan bahawa anda perlu mempunyai akaun bank tempatan yang juga terikat dengan nombor kad pengenalan baru anda untuk menggunakan ciri ini.

Jadual cash out adalah seperti berikut:

// Acceptance Rate (AR) dan Completion Rate (CR)

Acceptance Rate (AR) dan Completion Rate (CR) adalah berdasarkan sesi terkini anda dan BUKAN nilai yang tertera dalam Rating dalam Menu (yang menunjukkan rating 100 penghantaran terakhir).

Jika sesi anda adalah dari 3ptg hingga 4ptg, ratings akan diambil untuk sesi itu sahaja. 

Contoh: John mengambil SEMUA pesanan yang diterima daripada pukul 3ptg hingga 4ptg. Acceptance Rate John pada sesi tersebut adalah 100%. John akan layak untuk Hourly Guarantee untuk jam tersebut.

// Panduan GrabFood

Bagi yang masih baru kepada GrabFood, sila rujuk kepada panduan aplikasi GrabFood Driver di sini.