Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Kuantan

| 28 Mei – 3 Jun, 2018 |

Click here for the English version

Kepada rakan-pemandu yang dihargai,

Kami di Grab ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah berpuasa kepada semua rakan-pemandu yang beragama Islam. Kami harap bulan yang mulia ini akan memberikan anda dan keluarga anda lebih lagi keberkatan dan kegembiraan. Selamat Berpuasa!

// Rujukan Wajib Rakan-Pemandu Baru [WAJIB BACA!]

Selamat datang ke keluarga Grab! Jika anda pemandu baru dalam platform ini, sila semak rujukan untuk pemandu baru bagi topik penting seperti penggantungan, tempat larangan dan aktiviti pemandu.

// Lokasi Pin Pick Up/Drop Off [Bagi Semua Pemandu]

Kami mendapati bahawa ada sesetengah rakan-pemandu yang telah menerima tempahan yang mempunyai lokasi pick up/drop off dengan paparan ‘Pin Location’. Ini berlaku kerana penumpang telah meletakkan titik yang khusus di dalam peta yang belum lagi dimasukkan ke dalam senarai point of interest (POI) kami.

Pada masa hadapan, bagi mengurangkan tempahan yang menunjukkan lokasi pin, kami akan mengemaskini senarai POI kami secara mingguan berdasarkan lokasi pin penumpang yang kami terima. Jika hal ini berlaku kepada anda, sila tekan butang navigasi dan ikut arahan peta untuk ke lokasi sebenar penumpang.

// Pengemaskinian Ciri Number Masking [Bagi Semua Pemandu]

Mulai 31 Mei, penumpang boleh menghubungi rakan-pemandu dalam tempoh masa 12 jam setelah trip dilengkapkan sekiranya penumpang tertinggal sesuatu di dalam kereta. Nombor yang dijana secara automatik yang diberikan semasa tempahan dibuat akan digunakan untuk panggilan tersebut bagi merahsiakan nombor pemandu dan penumpang.

// Pelindungan Maklumat Akaun Bank  [Bagi Semua Pemandu]

Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh melihat 4 digit terakhir bagi nombor bank akaun anda di dalam aplikasi pemandu. Kami akan membuat pengemaskinian reka bentuk secara berperingkat mulai hari Isnin (14 Mei 2018).

// Ciri Penumpang Tidak Muncul [Bagi Semua Pemandu]

Jika penumpang anda tidak muncul setelah anda sampai di titik pick up, anda kini boleh membatalkan tempahan dengan jaminan Cancellation Rate anda tidak akan terjejas. Tekan di sini untuk maklumat yang lanjut.

// Projek Get-Pax Project [Bagi Semua Pemandu]

Mahu jana pendapatan sampingan? Ayuh sertai Projek Get-Pax sekarang dan tambah pendapatan mingguan anda! Tekan di sini untuk ketahui lebih lanjut.

// Ciri Spot Bonus [Bagi Semua Pemandu]

Berita baik! Bonus Gambang, Kuantan Northwest, Gebeng & Iftar kini akan dibayar dengan serta merta ke cash wallet anda melalui ciri Spot Bonus. Rakan-pemandu akan menerima tempahan dengan ciri Spot Bonus hanya apabila lokasi pick up/drop off padan dengan kawasan yang layak.

NOTE PENTING: Spot Bonus hanya akan dipaparkan pada job card & job history anda. Anda tidak akan dapat melihat Spot Bonus di bahagian insentif dalam app. Rakan-pemandu diingatkan untuk tidak mengutip jumlah bonus daripada penumpang kerana bonus akan dimasukkan ke dalam cash wallet anda selepas tempahan dilengkapkan.

*Ciri Spot Bonus mungkin akan digunakan kepada bonus yang lain pada masa akan datang

BONUS

INSENTIF

*Untuk melihat peta, anda boleh klik pautan yang berikut:

  1. West Kuantan
  2. North Kuantan
  3. South Kuantan
  4. Central Kuantan
  5. Northwest Kuantan
  6. Pekan
  7. Gambang
  8. Gebeng

// Ciri Penumpang Tidak Muncul [Bagi semua Pemandu]  

Jika penumpang anda tidak muncul setelah anda sampai di titik pick up, anda kini boleh membatalkan tempahan dengan jaminan Cancellation Rate anda tidak akan terjejas. Tekan disini untuk maklumat lanjut.

// Tips untuk meningkatkan Star Rating [Bagi semua Pemandu]
Ketahui bagaimana anda boleh mendapat penilaian yang lebih tinggi oleh penumpang anda di sini.


  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk rakan-pemandu yang opt-in sebelum 16 Mac 2018
  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk semua rakan-pemandu yang tidak opt-in dan rakan-pemandu baru

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat ini untuk mendapatkan insentif:


Bonus Referral

Perkenalkan kawan anda untuk menjadi pemandu GrabCar dan dapatkan bonus referral sebanyak RM25 atas setiap kenalan anda. Sila pastikan rakan-pemandu yang baru mengisi nama penuh anda atau nombor kad pengenalan di kolum “Referral by Driver” dalam borang pendaftaran kami.

Syarat-syarat

  1. Bonus hanya sah untuk referral yang menyelesaikan 20 trip sekitar Kuantan dalam 30 hari pertama.
  2. Sebagai rakan-pemandu yang memperkenalkan referral (driver) yang baru, anda juga harus melengkapkan minima 5 trip seminggu (20 trip sebulan). Ini membuktikan anda “aktif” dan layak menerima bonus referral ini.

Nota: Bonus in hanya sah untuk pemandu Grab baru dari sekitar Kuantan.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY