Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Kuantan

| 25 Disember – 31 Disember, 2017 |

Click here for the English version

Grabbers yang dihargai,

Ho Ho Ho! Bagi mereka yang meraikannya, Selamat Hari Natal kepada anda dan keluarga anda! Kami juga mengharapkan perjalanan yang selamat bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman. Selamat bercuti!

// Opt In minggu ini!

Peluang OPT IN sudah kembali! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Grab Ambassador supaya dapat menjana pendapatan yang TERTINGGI mulai 1 January 2018. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang struktur bonus dan insentif, anda boleh rujuk kepada jadual di bawah!

BONUS

*Untuk melihat peta, anda boleh klik pautan yang berikut:

  1. West Kuantan
  2. North Kuantan
  3. South Kuantan
  4. Pekan

INSENTIF

// Peringatan: Ciri Number Masking [Bagi Semua Pemandu] – BARU!

Untuk menambahbaik lagi aspek keselamatan, kami telah mencipta ciri number masking. Ciri ini akan memberikan pemandu dan penumpang nombor telefon yang dijana secara automatik untuk merahsiakan identiti kedua-dua belah parti dan juga membolehkan anda membuat panggilan kepada penumpang antarabangsa dengan pelan telefon tempatan!

Nota PENTING: anda diingatkan untuk mengemaskini nombor telefon anda agar anda dapat menggunakan ciri ini. Untuk maklumat lanjut, sila tekan di sini.

// Penangguhan Top Up Insentif [Bagi Semua Pemandu]

Sila dimaklumkan bahawa insentif anda akan di top up pada hari Khamis (28 Disember) oleh kerana hari Isnin (25 Disember) adalah cuti umum. Terima kasih kerana memahami.


Program ini direka khas untuk memberikan anda ganjaran yang terbaik sebagai Grabber yang setia dan berprestasi tinggi. Ikut serta untuk menjadi Grab Ambassador dan anda akan secara automatik layak untuk pendapatan tertinggi.

  • Opt in untuk menjadi Grab Ambassador, jika tidak, anda akan dianggap sebagai pemandu Grab Associate. Anda hanya perlu opt in sekali.
  • Kadar komisen yang lebih rendah – sebagai Grab Ambassador, anda hanya perlu membayar komisen 20% kepada Grab.
  • Grabber yang setia sahaja – memandu dengan Grab SAHAJA untuk seminggu untuk mendapatkan insentif. Bagi mereka yang dikesan memandu untuk pesaing, anda akan secara automatik jatuh kepada program Grab Associate.

Sila tekan butang “Opt in Now” dibawah dari 25 Disember – 30 Disember 2017, 11.59mlm supaya anda boleh layak untuk menikmati faedah yang terbaik mulai 1 January 2018! 

Kegagalan untuk memenuhi syarat syarat berikut akan mengakibatkan anda dinafikan dari mendapat insentif mingguan:

Struktur Pendapatan*

  • Grab Ambassador akan dikenakan potongan kredit 20% sahaja.

Para pemandu yang tidak mendaftar Grab Ambassador akan secara automatik dimasukkan dalam Grab Associate Programme. Kegagalan untuk memenuhi syarat syarat berikut akan mengakibatkan anda dinafikan dari mendapat insentif mingguan:

Struktur Pendapatan*

  • Anda akan dikenakan potongan kredit 25%
  • Lengkapkan kerja pada waktu sibuk dan nikmati cashback 5%

* Kekalkan AR 80%, CR 15%, and DR 4.7

Waktu Sibuk:

Isnin – Jumaat: 

7.00 pg – 9.00 pg

12.00 tgh -2.00 ptg

5.00 ptg – 7.00 mlm

Contoh: Alex membuat satu perjalanan (RM 10) pada waktu sibuk. Beliau dapat menikmati cashback 5% untuk trip tersebut.


Bonus Referral

Perkenalkan kawan anda untuk menjadi pemandu GrabCar dan dapatkan bonus referral sebanyak RM 55 atas setiap kenalan anda. Sila pastikan Grabber yang baru mengisi nama penuh anda atau nombor kad pengenalan di kolum “Referral by Driver” dalam borang pendaftaran kami.

Syarat-syarat

  1. Bonus hanya sah untuk referral yang menyelesaikan 20 trip sekitar Kuantan dalam 30 hari pertama.
  2. Sebagai Grabber yang memperkenalkan referral (driver) yang baru, anda juga harus melengkapkan minima 5 trip seminggu (20 trip sebulan). Ini membuktikan anda “aktif” dan layak menerima bonus referral ini.
  3. Untuk kawasan North Kuantan, mulai 1 Disember, refer rakan anda yang tinggal di North Kuantan untuk menjadi pemandu dan dapatkan RM30 apabila rakan anda melengkapkan 10 trip dalam masa 30 hari dalam kawasan North Kuantan sahaja.
  4. Bonus in hanya sah untuk pemandu Grab baru dari sekitar Kuantan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY