Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Kuala Terengganu

| 23 Julai – 29 Julai, 2018 |

Click here for English version

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang struktur bonus dan insentif, anda boleh rujuk kepada jadual di bawah!

Pendaftaran pemandu baru boleh dibuat dalam borang pendaftaran di sini. Sila pastikan rakan-pemandu yang baru mengisi nama penuh anda atau nombor kad pengenalan di kolum “Referral by Driver” dalam borang pendaftaran.

*Untuk melihat peta, anda boleh klik pautan yang berikut:

  1. Chendering
  2. Marang
  3. Bukit Payong
  4. UMT & UNISZA
  5. INSTEP

// Pengemaskinian insentif dan bonus [Bagi Semua Pemandu]

Sila harap maklum bahawa kami akan mula beralih daripada penggunaan blog secara beransur-ansur dalam tempoh masa dua minggu akan datang. Bermula 30 Julai 2018, kesemua pengemaskinian insentif dan bonus akan dipaparkan di dalam aplikasi pemandu Grab SAHAJA (bahagian insentif dalam app dan mesej inbox).

// Tracker Minima AR Mingguan [Bagi Semua Pemandu] – BARU!

Sila harap maklum bahawa anda kini boleh memantau AR mingguan anda untuk kesemua jenis teksi di bahagian insentif dalam aplikasi juga. Sila rujuk skema yang bertajuk ‘FOR REFERENCE ONLY: Weekly Minimum AR’.

// Pemandu Terbaik Mingguan

Salah seorang daripada pemandu Grab telah memperolehi insentif berjumlah RM435 iaitu insentif tertinggi minggu daripada Cashback, Area Bonus and Merang Jetty Bonus! Lengkapkan trip di kawasan yang disediakan dan anda mungkin rakan-pemandu seterusnya dengan insentif tertinggi pada minggu ini!

// Tips untuk meningkatkan Star Rating [Bagi semua Pemandu]
Ketahui bagaimana anda boleh mendapat penilaian yang lebih tinggi oleh penumpang anda di sini.

// Airport House Rules [Bagi semua Pemandu]

Lapangan Terbang Sultan Mahmud ialah tempat untuk mengambil & menghantar penumpang Grab di Kuala Terengganu. Sebagai penghargaan kerjasama kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang & dalam usaha menjamin keselamatan, keselesaan lalulintas & keharmonian di lokasi ini, beberapa syarat telah ditetapkan kepada pemandu Grab yang dihormati:

  1. Anda haruslah patuhi peraturan lalulintas di dalam kawasan Lapangan Terbang.
  2. Anda tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di dalam kawasan lapangan terbang kecuali kawasan tempat kereta yang dibenarkan oleh pihak pengurusan lapangan terbang. Sebagai contoh tempat yang dibenarkan ialah kawasan di hadapan lapangan terbang.
  3. Anda tidak dibenarkan menunggu di dalam kawasan terminal. Jika anda didapati berada di kawasan terminal melalui koodinat GPS anda atau dilaporkan oleh pihak pengurusan, tindakan seperti amaran & penggantungan boleh diambil oleh pihak Grab.
  4. Anda harus menjaga imej diri sebagai pemandu Grab. Lapangan Terbang adalah tempat pertama bagi pengunjung yang tiba ke Kuala Terengganu. Oleh itu, perlihatkanlah imej yang baik dari segi pemakaian, tingkahlaku & tutur kata. Ketahui tips bagaimana anda boleh meningkatkan rating di sini.

Sila penuhkan syarat-syarat berikut untuk mendapatkan insentif:

*Sila baca terma dan syarat dan juga lihat kawasan-kawasan sibuk untuk maklumat lebih lanjut.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY