Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabCar (Economy) – Kota Bharu

| 11 Disember – 17 Disember, 2017 |

Click for English version

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang struktur bonus dan insentif, anda boleh rujuk kepada jadual di bawah!

// Penangguhan Top Up Insentif [Bagi Semua Pemandu]

Sila dimaklumkan bahawa insentif anda akan di top up pada hari Khamis (14 Disember) oleh kerana hari Isnin (11 Disember) adalah cuti umum di Selangor. Terima kasih kerana memahami.

// Syarat Minima Driver Rating ditingkatkan

Sila dimaklumkan bahawa mulai 20 November 2017, untuk kekal di platform Grab syarat minima DR akan ditingkatkan kepada 4.5 bintang. Untuk maklumat lanjut tentang cara penilaian DR, sila tekan di sini.

// Airport House Rules [Bagi semua Pemandu]

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa ialah tempat untuk mengambil & menghantar penumpang Grab di Kota Bharu, Kelantan. Sebagai penghargaan kerjasama kepada pihak pengurusan Lapangan Terbang & dalam usaha menjamin keselamatan, keselesaan lalulintas & keharmonian di lokasi ini, beberapa syarat telah ditetapakan kepada pemandu Grab yang dihormati:

  1. Anda haruslah patuhi peraturan lalulintas di dalam kawasan Lapangan Terbang.
  2. Anda tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di dalam kawasan lapangan terbang kecuali kawasan tempat kereta yang dibenarkan oleh pihak pengurusan lapangan terbang. Sebagai contoh tempat yang dibenarkan ialah kawasan parkir berbayar.
  3. Anda tidak dibenarkan menunggu di dalam kawasan terminal. Jika anda didapati berada di kawasan terminal melalui koodinat GPS anda atau dilaporkan oleh pihak pengurusan, tindakan seperti amaran & penggantungan boleh diambil oleh pihak Grab.
  4. Anda harus menjaga imej diri sebagai pemandu Grab. Lapangan Terbang adalah tempat pertama bagi pengunjung yang tiba ke Kota Bharu. Oleh itu, perlihatkanlah imej yang baik dari segi pemakaian, tingkahlaku & tutur kata. Ketahui tips bagaimana anda boleh meningkatkan rating di sini.

Kegagalan untuk memenuhi syarat syarat berikut akan mengakibatkan anda dinafikan dari mendapat insentif mingguan:

Sila penuhkan syarat-syarat berikut untuk mendapatkan insentif:

*Sila baca terma dan syarat dan juga lihat kawasan-kawasan sibuk untuk maklumat lebih lanjut.

Struktur Pendapatan

  • Anda hanya perlu membayar komisen 20% kepada Grab.

Para pemandu yang tidak Opt In akan secara automatik diletakkan dalam Grab Associate Programme. Sila penuhkan syarat-syarat berikut untuk mendapatkan insentif:

Struktur Pendapatan

  • Anda membayar komisen 25%kepada Grab.

Referral Bonus

Memperkenalkan kawan-kawan anda menjadi pemandu GrabCar dan dapatkan referral bonus sebanyak RM 25 atas pendapatan anda. Sila pastikan Grabber yang baru mengisi nama penuh anda atau nombor kad pengenalan di kolum “Referral by Driver” dalam borang pendaftaran kami.

  1. Referral bonus akan dijamin apabila Grabber yang dirujuk telah melaksanakan 15 perjalanan dalam 30 hari. Hanya sah untuk pemandu-pemandu baru disekitar Kota Bharu.
  2. Sebagai Grabber yang merujuk kepada Grabber yang baru, anda harus melakukan minimum 5 perjalanan seminggu (20 perjalanan sebulan). Ini akan menunjukkan anda “aktif” dan juga layak untuk menerima referral bonus.
  3. Untuk kawasan Bachok, mulai 1 Disember, dapatkan referral bonus RM30 apabila rakan anda melengkapkan 10 trip dalam masa 30 hari dalam kawasan tersebut.

Sila rujuk di sini untuk mengenalpasti di mana kawasan-kawasan yang sibuk. Membuat pengambilan di kawasan-kawasan sibuk boleh menjanakan lebih pendapatan yang lumayan untuk anda!


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY