Menu Driver Sign-Up

Struktur Insentif Dikemaskini untuk GrabCar (Economi) Johor Bahru

Click for English version

Kepada Grabbers,

Kami membawa berita: terdapat sedikit perubahan kepada struktur insentif di Klang Valley dan Negeri Sembilan, berkuatkuasa 13 November 2017. Struktur baru ini akan menggantikan program GA, GP dan GF. Kami melakukan ini untuk 3 sebab:

  1. Ganjaran kesetiaan: komisen sekarang akan berdasarkan opt-in kesetiaan. Anda akan dapatkan 20% jika anda memandu untuk Grab sahaja, dan 25% jika anda memandu untuk aplikasi ride-hailing yang lain. Ini akan menggantikan struktur komisen semasa.
  1. Lebih banyak flexibiliti: pilih secara bebas antara insentif Hourly Guarantees dan Flexi Bonuses, sama ada anda seorang pemandu sepenuh masa atau separuh masa.
  1. Lebih ketelusan: kami akan melancarkan ciri baharu insentif dalam aplikasi tidak lama lagi. Ini bermaksud anda kini boleh menjejaki kemajuan insentif anda dalam aplikasi. Kami telah berusaha keras untuk membawa ciri ini – kami berharap anda akan menyukainya!

Kami melakukan ini dengan harapan untuk menjadi lebih telus tentang bagaimana anda boleh menjanakan pendapatan. Pada masa yang sama, ini akan memberikan anda fleksibiliti dan kebebasan untuk memilih struktur pendapatan pilihan anda.


Kemas Kini Penting untuk Insentif!

Sekarang hanya ada dua program : Grab Ambassador dan Grab Associate dengan dua jenis insentif struktur: Hourly Guarantees atau Flexi Bonuses

Grabbers masih perlu memenuhi syarat-syarat minima untuk layak menerima pembayaran.

*Nota yang sangat penting : 

Sebagai Grabber, anda hanya boleh berada dalam satu (1) program dan satu (1) jenis insentif pada satu-satu masa dan menerima insentif dalam program dalam jenis insentif yang dipilih.

Program baru anda telah dipilih oleh kami berdasarkan corak memandu sejarah anda. Sila rujuk kepada e-mel anda untuk melihat program mana yang anda telah dimasukkan. Namun, jangan risau, anda akan mempunyai pilihan untuk mengubah jenis program dan insentif setiap minggu berdasarkan jadual memandu pilihan anda.


  • 20% komisen perlu dibayar kepada Grab

*Harap maklum bahawa jika anda dijumpai memandu dengan aplikasi perjalanan yang lain, anda akan ditempatkan secara kekal dalam program Grab Associate (komisen 25%).


  • 25% komisen perlu dibayar kepada Grab


Opt-in Form

Borang ini akan ditutup setiap hari Rabu, 11:59PM.

Opt in now button.png


Panduan insentif dalam aplikasi

Jenis insentif Hourly Guarantees :

Pemandu semasa berbanding Pemandu Baru

Pemandu yang mendaftar sebelum 14 September 2017 akan terus menikmati kadar komisen 20% tetapi jika anda tidak opt-in di dalam program Grab Ambassador, anda akan dikenakan kadar komisen 25%

Pemandu baru yang mendaftar selepas 13 November 2017 akan secara automatik dimasukkan ke dalam program Grab Associate, dimana kadar komisen adalah 25%, dan menerima juga insentif Flexi. Walau bagaimanapun, anda juga berpeluang untuk menikmati kadar komisen 20% jika anda menjadi setia dan opt-in sebagai Grab Ambassador.


Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat. 

// Team GrabCar MY