Menu Driver Sign-Up

Click here for the English version

Pada kali ini, Grab telah menganjurkan beberapa Sesi Teh Tarik, dalam tempoh masa 2 minggu, bagi memperkenalkan ciri-ciri baru dalam Aplikasi Pemandu Grab dan beramah mesra dengan rakan-rakan pemandu di bandar-bandar Malaysia.

Rakan-pemandu telah berpeluang untuk mengemukakan soalan mereka kepada pihak Grab serta menyuarakan kebimbangan dan maklum balas mereka. Rujuk di bawah untuk mengetahui maklum balas kami untuk soalan-soalan utama anda.


Peruntukan yang lebih baik

Lokasi pin selalu salah. Grab perlu memansuhkan ciri ini

  • Kami telah melancarkan penambahbaikan pertama untuk lokasi pin pada 17 September. Pemansuhan “lokasi pin’ akan menyebabkan penumpang membuat tempahan daripada lokasi yang salah dan rakan-pemandu terpaksa pandu lebih jauh untuk mengambil penumpang. Pelancaran penambahbaikan yang kedua telah dirancang pada suku tahun ini dan kami akan terus memantau untuk penggunaan ciri ini.

Terdapat banyak lokasi pengambilan yang tidak mempunyai zon menunggu. Kami terpaksa melakukan pusingan u yang besar apabila penumpang lambat.

  • Kami sedang mengenal pasti lokasi-lokasi ini. Di lokasi-lokasi ini, penumpang akan dimaklumkan sekiranya tiada -zon menunggu dan mereka juga akan diingatkan untuk bersiap sedia di lokasi pick sebelum rakan-pemandu tiba.

Mengapakah Auto Accept (dan 20% komisen) tidak ada di Lapangan Terbang KLIA/KLIA2?

  • Semasa kami melancarkan Auto Accept pada awal bulan April 2018, kami tidak mengaktifkna ciri ini di lapangan terbang KLIA/KLIA2 kerana tidak mahu rakan-pemandu untuk menerima tempahan sebelum mereka bersedia. Dalam situasi seperti ini, rakan-pemandu perlu membatalkan tempahan dan akan ditolak ke belakang barisan. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha untuk membolehkan penggunaan Auto Accept untuk berfungsi di KLIA/KLIA2 tidak lama lagi.

Perlindungan Pendapatan

Tambang terlalu rendah

  • Di bandar-bandar kecil yang mempunyai permintaan yang rendah, kami sedang berusaha untuk meningkatkan permintaan tempahan supaya rakan-pemandu boleh mendapat lebih banyak tempahan. Ini bermakna tambang akan dikekalkan pada kadar yang sama untuk meningkatkan kesedaran penumpang dan kekerapan penggunaan. Anda boleh menjangkakan tambang yang lebih tinggi pada waktu sibuk atau pada masa yang mempunyai permintaan yang tinggi (cuti sekolah, hujung minggu yang panjang).

Adakah saya akan diberi pampasan apabila saya dikenakan bayaran tol untuk mengambil penumpang, tetapi penumpang itu membatalkan tempahan?

  • Ya, rakan pemandu akan diberi pampasan dengan melaporkannya kepada Pusat Bantuan.

Penumpang sentiasa membuat pembatalan dengan lewat.

  • Kami sedang mengusahakan ciri baru untuk penumpang yang membuat pembatalan dengan lewat ataupun tidak muncul. Nantikan maklumat lanjut untuk perkembangan ini pada masa akan datang!

Adakah Grab akan membolehkan penumpang untuk menukarkan tempat drop off setelah membuat tempahan?

  • Akan datang!

Sokongan yang lebih baik

Mengapakah rakan-pemandu diberi amaran / penggantungan / penamatan akaun walaupun untuk kesalahan kali pertama?

  • Rakan-pemandu tidak akan digantung atau ditamatkan untuk kesalahan yang pertama (kecuali untuk kesalahan -serius). Kami sentiasa menghantar peringatan SMS sebelum mengambil sebarang tindakan disiplin supaya rakan-pemandu sedar akan kesalahan yang telah dilakukan. Jika rakan pemandu tersebut melakukan kesalahan yang sama berulang kali walaupun telah diingatkan dari semasa ke semasa, kami akan mengambil tindakan dengan menggantung akaun rakan-pemandu tersebut.

Mengapakah rakan-pemandu tidak dimaklumkan tentang sebab penurunan penilaian mereka?

  • Perhatikan Laporan Maklumbalas Keselamatan Mingguan pada minggu yang akan datang untuk membantu anda memahami corak pemanduan anda dengan lebih baik.

Rakan-pemandu yang pekak sentiasa mendapat panggilan daripada penumpang

  • Kami telah memaklumkan rakan-pemandu pekak tentang cara untuk menyediakan mesej templat bagi mengingatkan penumpang untuk menghantar mesej kepada mereka dan tidak membuat panggilan.

Keselamatan ditingkatkan

Bolehkah Grab melaksanakan proses pengesahan penumpang untuk menjamin keselamatan rakan-pemandu? Setakat ini, hanya penumpang yang menggunakan GrabPay perlu mengesahkan maklumat mereka, tetapi bukannya penumpang yang membayar tunai.

  • Kami sedang mencuba beberapa cara untuk mengesahkan identiti penumpang bagi melindungi rakan-pemandu. Sila nantikan perkembangan tentang ini pada masa datang.

Beberapa jawapan untuk soalan yang ditanya ada dijawab di dalam Garis Panduan Grab di sini.