Menu Driver Sign-Up

Program GrabAllStars Rewards

Lebih banyak manfaat untuk para Rakan-pemandu!
Click here for English version

Sebagai Driver-partner, anda adalah rakan kongsi kami yang paling penting. Oleh sebab itu, kami melancarkan program GrabAllStars untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan anda.

Melalui program ini, kami ingin membantu dengan kos memandu bersama Grab (contohnya kos minyak, kos penyelenggaraan kereta) dan juga kos sara hidup (contohnya kos membeli-belah dan telekomunikasi). Kami telah mendapat pelbagai tawaran khas untuk manfaat anda. Program GrabAllStars akan menggantikan program Grab Platinum Partner yang sedia ada.    

GrabAllStars adalah program dengan beberapa peringkat. Semakin tinggi peringkat anda, semakin banyak manfaat dan ganjaran untuk anda nikmati. Program ini akan diperbaharui setiap bulan pada hari ke-5.

Kami juga telah melancarkan portal web rakan-pemandu khas untuk anda. Portal rakan-pemandu layan diri ini adalah supaya  anda boleh memeriksa manfaat dan ganjaran yang anda layak terima setiap bulan. Anda juga boleh menebus ganjaran anda secara digital dengan beberapa klik sahaja. Cubalah sekarang di: http://graballstars.com

GrabAllStars kini hanya beroperasi di seluruh Malaysia.


Lihatlah contoh beberapa ganjaran untuk anda di sini:

Kami sentiasa terus berusaha untuk menambah lebih banyak ganjaran untuk anda!


Ini caralah GrabAllstars berfungsi:

Manfaat dan Ganjaran diberikan berdasarkan tiga peringkat:

Kelayakan anda untuk setiap peringkat adalah berdasarkan beberapa kriteria. Kriteria ini adalah kriteria lazim yang dimiliki Rakan-pemandu AllStars!

Kriteria yang dikemaskini di bawah adalah berkuatkuasa pada 5 November 2017.

Anda juga akan mendapat lebih manfaat pada masa akan datang kerana kami akan sentiasa berusaha untuk mendapat lebih untuk anda!


Bagaimana cara untuk saya menyertai Program ini?

Baru mengetahui tentang Grab?

  1. Daftarlah sebagai Rakan-pemandu baru di sini
  2. Semua Rakan-pemandu akan didaftarkan ke dalam program GrabAllStars dalam peringkat “No Status”, iaitu peringkat permulaan. Peringkat Rakan-pemandu baru akan ditingkatkan setelah kriteria untuk peringkat lebih tinggi dipenuhi.
  3. Semua akaun Rakan-pemandu baru bagi GrabAllStars hanya boleh didapati di laman web GrabAllStars pada 5hb pada bulan berikutnya selepas mereka mendafter sebagai Rakan-pemandu.
  4. Peringkat Rakan-pemandu akan dikemas kini pada hari ke-5 setiap bulan.
  5. Anda hanya akan dinaikkan ke peringkat Gold dan Platinum jika keperluan yang lain untuk program tersebut telah dipenuhi.

Rakan-pemandu Sedia Ada?

  1. Semua Rakan-pemandu akan diberi peringkat AllStars berdasarkan prestasi bulan lepas.
  2. Rakan-pemandu boleh log masuk ke dalam akaun GrabAllStars untuk memeriksa peringkat masing-masing.
  3. Semua manfaat boleh didapati dalam portal web GrabAllStars.
  4. Semua Rakan-pemandu boleh menebus manfaat dengan segera berdasarkan peringkan dan kelayakan.
  5. Program ini akan diperbaharui setiap bulan pada hari ke-5.

Bagaimana cara untuk log masuk ke akaun GrabAllStars?

  1. Sila tekan “Log In” di graballstars.com
  2. Jika ini adalah kali pertama anda cuba “Log In”, sila tekan “verify account”
  3. Masukkan nombor telefon anda yang didaftarkan bersama Grab, contohnya 60123456789 atau 601123456789
  4. Nombor pin keselamatan akan dihantar ke nombor telefon didaftar.
  5. Masukkan nombor pin keselamatan untuk mendaftar masuk.
  6. Anda perlu menukar password anda setelah anda berjaya log masuk.

Jangan bimbang, kami telah menyediakan panduan untuk log masuk dan menebus ganjaran yang menarik! Ketahui lebih lanjut di sini: https://grb.to/graballstarsguide


Ingin melihat ganjaran dan manfaat anda?
Log masuk sekarang di http://graballstars.com untuk melihat pelbagai ganjaran khas untuk anda!