Menu Driver Sign-Up

Program Grab Mesra Fuel Savers Terkini

Kini dibuka untuk pemandu peringkat Silver!

Click here for English version

Dengan pelancaran Better365, Grab telah bekerjasama dengan Petronas untuk mengurangkan kos pemanduan rakan-pemandu. Sejak itu, kami telah memnambahbaik lagi program ini untuk memberikan lebih banyak lagi manfaat kepada rakan-pemandu kami di seluruh negara.

Kini, kami dengan sukacitanya mengumumkan Program Grab Mesra Fuel Savers terkini yang dibuka kepada rakan-pemandu Silver, Gold & Platinum! Nikmati LEBIH LAGI mata ganjaran dan rebat petrol apabila anda mengisi di stesen Petronas di seluruh negara!

Struktur Rebat:

Memenuhi perbelanjaan bulanan minimum berikut untuk menerima mata yang dikreditkan ke Kad Mesra anda pada 15hb bulan berikutnya.

PERINGKAT SILVER TIER

PERINGKAT GOLD / PLATINUM

 

Jumlah rebat apabila berbelanja RM300 dalam masa sebulan:

Jumlah rebat apabila berbelanja RM600 dalam masa sebulan:

Semua Pemandu Grab yang status Silver, Gold dan Platinum dalam program GrabAllStars layak untuk menyertai program ini.

Langkah-langkah Opt-In

  1. Log masuk ke akaun GrabAllStars anda
  2. Klik ‘Redemption’
  3. Klik voucher ‘Grab Mesra Fuel Savers Programme’
  4. Klik ‘Opt in’
  5. Masukkan nombor Kad Mesra anda (Anda boleh mendaftar dengan Kad Mesra biasa ataupun Kad Grab Mesra 6x)
  6. Klik ‘Submit’
  7. Lihat Status Pengaktifan anda dalam halaman “My Profile”


FAQ

Q: Apakah yang perlu saya lakukan bagi melayakkan diri untuk menyertai Program Grab Mesra Fuel Savers?

A: Semua Pemandu Grab yang berstatus Silver, Gold dan Platinum dalam program GrabAllStars layak untuk menyertai program ini bagi menuntut mata rebat. Di samping itu, pemandu perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM 300 atau RM600 untuk layak bagi mata rebat pada bulan seterusnya.

Q: Saya tidak mempunyai Kad Mesra. Di mana saya boleh mendapatkan Kad Mesra?

Lawati mana-mana stesen PETRONAS untuk mendaftar Kad Mesra biasa.

Kad Grab Mesra istimewa 6x TIDAK terdapat di stesen PETRONAS. Kad ini adalah kad edisi terhad yang hanya diberikan secara berkala kepada rakan-pemandu Gold & Platinum yang berprestasi tinggi.

Q: Bagaimanakah saya boleh layak mendapatkan mata rebat?

A: Rakan-pemandu perlu meleretkan Kad Mesra untuk setiap pengisian atau setiap pembelian di Kedai Mesra. Apabila anda telah berjaya memenuhi perbelanjaan minima iaitu RM300 atau RM600, mata rebat anda akan dikreditkan ke dalam Kad Mesra anda secara automatik pada bulan seterusnya.

Q: Adakah program ini mempunyai apa-apa sekatan terhadap sebarang pembelian petrol atau barangan am?

A: Tidak, semua pembelian seperti petrol dan barangan bukan petrol diterima untuk program ini kecuali tambah nilai, pembelian rokok dan barangan yang tidak diterima dalam program ini.

Q: Bolehkah saya menggunakan mata rebat untuk membeli barangan lain di stesen atau saya boleh membeli minyak sahaja?

A: Rakan-pemandu boleh menggunakan mata rebat Mesra untuk membeli apa-apa barangan dan minyak di Kedai Mesra.

Q: Stesen Petronas yang manakah diterima untuk program ini?

A: Semua stesen petronas di seluruh negara dterima untuk program ini

Q: Apakah yang akan terjadi jika saya terlupa untuk meleret kad semasa pengisian? Bolehkah mata tersebut masih boleh ditambah kemudian?

A: Jika anda terlupa untuk meleret kad semasa pengisian, mata rebat tidak akan dituntut.

Q: Bilakah mata rebat akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Mesra saya?

A: Mata rebat akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Mesra anda pada 15hb setiap bulan.

Contohnya, jika anda berbelanja RM 600 atau lebih dalam bulan Disember 2017, anda akan menerima 2,200 mata rebat (Gold/Platinum) yang akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Mesra anda pada 15hb Januari 2018.

Q: Jika saya opt-in pada 10hb Januari, bilakah tempoh perbelanjaan saya akan bermula?

A: Tempoh perbelanjaan anda akan bermula pada 1hb Februari sehingga 28hb Februari. Jika anda opt-in pada 1hb bulan atau sebelumnya, tempoh perbelanjaan anda adalah dalam bulan tersebut. Namun, jika anda opt-in selepas 1hb bulan tersebut, tempoh perbelanjaan hanya akan bermula pada bulan kemudian.

Q: Jika saya baru mendapat Kad Grab Mesra 6x, apakah yang akan terjadi kepada kad Mesra lama dan mata rebat yang telah saya kumpul dalamnya?

A: Rakan-pemandu boleh menelefon Pusat Panggilan PETRONAS Mesra Link, 1300 22 8888, untuk menggantikan Kad Mesra lama kepada Kad Grab Mesra 6x baharu (Segala mata rebat akan dipindahkan kepada Kad Grab Mesra 6x baharu manakala kad Mesra lama akan dinyahaktifkan).

Sementara itu, kami akan mendaftarkan kad 6x Grab Mesra baru anda untuk program Fuel Savers dan menggabungkan perbelanjaan untuk kedua-dua kad.

Q: Saya adalah seorang pemandu tetapi saya belum menerima Kad Mesra. Di manakah saya boleh dapatkannya?

A: Pemandu boleh mendaftar untuk mendapatkan kad Mesra di mana-mana stesen PETRONAS.

Q: Bagaimanakah saya boleh mendapat Kad Grab Mesra 6x yang ekslusif?

A: Kad Grab Mesra 6x adalah satu kad eksklusif terhad yang hanya diagihkan kepada rakan-pemandu yang berprestasi tinggi secara berkala – pemandu peringkat Gold & Platinum yang telah melengkapkan lebih daripada 200 trip setiap bulan untuk 2 bulan berturut-turut layak untuk menerima kad ini.

Nota: Program Grab Mesra Fuel Savers tidak memberikan 6x mata ganjaran.

Hanya rakan-pemandu yang mempunyai Kad Grab Mesra 6x akan menerima 6x mata ganjaran.

*Tekan sini untuk Terma & Syarat.