Menu Driver Sign-Up

Peraduan Referral Grab Nov 2018

Click here for the English version

Merancang untuk bercuti pada akhir tahun ini tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi? Tawaran ini khas untuk anda jika anda tahu rakan anda yang ingin menjadi sebahagian daripada Grab!

Dari 1 Nov – 30 Nov 2018, rujuk sekurang-kurangnya 3 rakan kepada Grab dan anda boleh menikmati bonus RM500 di samping bonus referral RM75 untuk setiap rujukan! Anda hanya perlu memastikan rakan anda melengkapkan 30 trip dalam tempoh masa 15 hari, itu sahaja! Jangan lepaskan peluang ini! Jangan lepaskan peluang ini kerana promosi ini hanya terhad kepada 50 rakan-pemandu yang pertama!

Tunggu apa lagi, rujuk dan rancang percutian anda hari ini!

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bonus ini?

  1. Rujuk sekurang-kurangnya 3 rakan anda untuk menjadi rakan-pemandu Grab dari 1 Nov – 30 Nov 2018. Beri mereka pautan ini -> my.grabcar.com/signup
  2. Pastikan rakan anda melengkapkan 30 trip dalam tempoh masa 15 hari pengaktifan.
  3. Setelah anda dimaklumkan oleh Grab, referral bonus RM500 akan dikreditkan ke Cash Wallet anda!

3 langkah mudah untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Grab!

Langkah 1

step-1

Rakan anda boleh mendaftar di sini grb.to/grab_signup. Mereka hanya perlu mengisi butiran mereka di dalam borang yang ringkas! Sila pastikan referral key anda telah diisi di dalam bahagian referral semasa pendaftaran.

Langkah 2

step-2

Lengkapkan borang online, latihan dan kuiz.

Langkah 3

step-3

Sahkan dokumen anda (kad pengenalan, lesen memandu, insurans kereta) di mana-mana kiosk/pusat latihan yang disenarai di sini – grb.to/verifyloc

Terma dan syarat

  1. Tempoh kempen ini adalah dari 1 Nov – 30 Nov. Rakan-pemandu yang dirujuk perlulah diaktifkan dalam tempoh masa ini untuk layak mendapatkan promosi ini.
  2. Rakan-pemandu yang dirujuk perlu melengkapkan 30 trip dalam tempoh masa 15 hari pengaktifan bagi melayakkan rakan-pemandu yang sudah mendaftar untuk menerima pembayaran.
  3. Rakan-pemandu Grab akan dimaklumkan jika mereka layak untuk promo ini pada 15 Disember 2018.
  4. Kempen ini dibuka kepada 50 rakan-pemandu teratas sahaja.
  5. Rakan-pemandu yang dirujuk adalah rakan-pemandu baru sahaja, dan bukan rakan-pemandu MyTeksi/GC sedia ada/bekas GC-fleet ataupun rakan-pemandu yang ditamatkan/diberhentikan sebelum ini.
  6. Semua keputusan daripada pihak Grab termasuk butiran ganjaran mingguan/bulanan adalah muktamad dan sebarang pertanyaan tidak akan dilayan.
  7. Terbuka kepada rakan-pemandu dan rujukan yang dibuat di Klang Valley sahaja.
  8. Referral ini tidak dibuka kepada pemandu Alpha.