Menu Driver Sign-Up

Peraduan Referral Grab Disember 2018

Click here for English version

Masa untuk percutian telah tiba dan kami memahami bahawa anda memerlukan tunai tambahan untuk membeli-belah. Dengan ini, kami mempersembahkan Peraduan Referral Grab Disember 2018. Sekiranya anda mempunyai rakan atau ahli keluarga yang berminat untuk menyertai Grab, sekarang adalah masa yang paling baik untuk anda!

Dari 10 Dis – 31 Dis 2018, sekiranya anda merujuk sekurang-kurangnya 3 individu kepada Grab, anda akan dapat menikmati bonus sebanyak RM500 di samping ganjaran rujukan RM100* untuk setiap rakan-pemandu yang baru! Anda hanya perlu pastikan rakan-pemandu yang diperkenalkan lengkapkan 30 tempahan dalam masa 15 hari selepas pengaktifan. Jangan ketinggalan peluang ini – promosi ini hanya terhad kepada 50 rakan-pemandu sahaja!

Bagaimanakah anda boleh mendapatkan bonus ini?

  1. Rujuk sekurang-kurangnya 3 rakan untuk menjadi rakan-pemandu Grab dari 10 Dis – 31 Dis 2018.  Hantarkan jemputan melalui aplikasi pemandu Grab.
  2. Pastikan rakan anda lengkapkan 30 tempahan dalam 15 hari selepas pengaktifan.
  3. Selepas menerima pemberitahuan daripada Grab, bonus RM500 akan dimasukkan ke dalam Dompet Tunai anda!

Cara yang lebih mudah untuk merujuk

Terdapat cara yang lebih mudah untuk merujuk rakan atau ahli keluarga anda memandu untuk Grab. Kongsikan kod rujukan unik daripada aplikasi pemandu dengan ahli keluarga dan rakan anda dengan menghantar jemputan melalui aplikasi sosial media. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Pilih ‘Lagi‘ dalam aplikasi pemandu Grab anda.
  2. Kemudian, pilih ‘Rujuk dan Raih’.
  3. Tekan pada ‘Rujuk Rakan‘ dan anda akan dibawa ke satu laman di mana anda boleh memilih aplikasi sosial yang diingini untuk kongsikan butiran dengan rakan anda.
  4. Selepas rakan anda menerima jemputan anda, rakan anda hanya perlu tekan pada pautan dalam mesej yang diterima. Ini akan membawa rakan anda ke laman pendaftaran.

Terma dan Syarat

  1. Tempoh kempen ini adalah dari 10 Dis ke 31 Dis 2018. Rakan-pemandu yang dirujuk perlu diaktifkan dalam tempoh masa ini untuk layak mendapatkan promosi ini.
  2. Rakan-pemandu yang dirujuk perlu melengkapkan 30 trip dalam tempoh masa 15 hari pengaktifan bagi melayakkan rakan-pemandu yang sudah mendaftar untuk menerima pembayaran.
  3. Rakan-pemandu Grab akan dimaklumkan jika mereka layak untuk promo ini pada 15 Januari 2019.
  4. Kempen ini dibuka kepada 50 rakan-pemandu yang mempunyai rujukan yang tertinggi sahaja.
  5. Rakan-pemandu yang dirujuk adalah rakan-pemandu baru sahaja, dan bukan rakan-pemandu MyTeksi/GC sedia ada/bekas GC-fleet ataupun rakan-pemandu yang ditamatkan/diberhentikan sebelum ini.
  6. Semua keputusan daripada pihak Grab termasuk butiran ganjaran mingguan/bulanan adalah muktamad dan sebarang pertanyaan tidak akan dilayan.
  7. Terbuka kepada rakan-pemandu dan rujukan yang dibuat di Klang Valley sahaja.
  8. Referral ini tidak dibuka kepada rakan-pemandu Alpha.