Penyata Tahunan Rakan-Pemandu

Kini tersedia untuk semua rakan-pemandu Grab!

Click here for the English version

Grab dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa anda kini boleh menyemak dan memuat turun Penyata Tahunan Rakan-Pemandu daripada emel anda yang berdaftar dengan Grab! Berikut adalah contoh Penyata Tahunan Rakan-Pemandu:

Sebagai Rakan-Pemandu Grab, anda boleh melaporkan kesemuan pendapatan Grab anda kepada LHDN untuk tujuan pengisytiharan cukai pendapatan melalui Borang B. Jika anda ingin mengistiharkan pendapatan Grab anda, sila rujuk kepada Penyata Tahunan Rakan-Pemandu dan masukkan jumlah pendapatan bersih di dalam ruang pendapatan di dalam Borang B (Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran).

Anda boleh membuat tuntutan untuk perbelanjaan berikut:

  1. Kos petrol
  2. Pembaikan dan penyelenggaran kereta
  3. Faedah pinjaman kereta
  4. Zakat
  5. Elaun lain di bawah perniagaan dan pendapatan individu

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya akan menerima Penyata Tahunan Rakan-Pemandu ?

Anda akan menerima Penyata Tahunan Rakan-Pemandu melalui emel anda yang berdaftar dengan Grab.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima Penyata Tahunan Rakan-Pemandu?

Sila semak bahagian spam/junk sekiranya anda tidak menjumpai Penyata Tahunan Rakan-Pemandu dalam peti masuk (inbox) emel anda.

Saya adalah seorang rakan-pemandu sambilan yang telah memfailkan cukai  pada tahun yang sebelumnya untuk taksiran. Adakah saya masih boleh mengisytiharkan pendapatan Grab saya?

Ya, anda hanya perlu menghantar surat pendapatan bersih yang anda ingin isytihar di pejabat LHDN.


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.