Penyata Tahunan Rakan-Pemandu 2018

Kini tersedia untuk semua rakan-pemandu Grab!

Click here for the English version

Grab dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa anda kini boleh menyemak dan memuat turun Penyata Tahunan Rakan-Pemandu 2018 daripada emel anda yang berdaftar dengan Grab! Berikut adalah contoh Penyata Tahunan Rakan-Pemandu:

Sebagai Rakan-Pemandu Grab, anda boleh melaporkan kesemuan pendapatan Grab anda kepada LHDN untuk tujuan pengisytiharan cukai pendapatan melalui Borang B. Jika anda ingin mengistiharkan pendapatan Grab anda, sila rujuk kepada Penyata Tahunan Rakan-Pemandu dan masukkan jumlah pendapatan bersih 2018 di dalam ruang pendapatan di dalam Borang B (Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran).

Anda boleh membuat tuntutan untuk perbelanjaan berikut:

  1. Kos petrol
  2. Pembaikan dan penyelenggaran kereta
  3. Faedah pinjaman kereta
  4. Zakat
  5. Elaun lain di bawah perniagaan dan pendapatan individu

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya akan menerima Penyata Tahunan Rakan-Pemandu untuk 2018?

Anda akan menerima Penyata Tahunan Rakan-Pemandu untuk pendapatan 2018 melalui emel anda yang berdaftar dengan Grab.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima Penyata Tahunan Rakan-Pemandu?

Sila semak bahagian spam/junk sekiranya anda tidak menjumpai Penyata Tahunan Rakan-Pemandu dalam peti masuk (inbox) emel anda.

Saya belum pernah mengisytiharkan sebarang pendapatan saya sebagai rakan-pemandu Grab SEBELUM tahun taksiran 2018. Apakah yang perlu saya lakukan?

Untuk tahun taksiran 2012 sehingga 2017, anda boleh melaporkan kesemua pendapatan Grab andasecara online melalui Borang B atau di pejabat LHDN yang terdekat, berdasarkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan anda di bawah Program Khas untuk Pengakuan Sukarela sebelum 30 Jun 2019.

Anda juga digalakkan untuk mengisytiharkan pendapatan Grab anda untuk tahun-tahun tersebut walaupun pendapatan bersih bulanan anda kurang daripada RM4,000.

Apa itu Program Khas untuk Pengakuan Sukarela?

Program khas ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai untuk mengisytiharkan pendapatan mereka secara sukarela bagi meningkatkan kutipan cukai untuk pembangunan negara. Pengakuan sukarela ini merangkumi perkara berikut:

  1. Pendapatan yang belum dilaporkan/ perbelanjaan terlebih tuntut / perbelanjaan yang tidak dibenarkan dan pelepasan / potongan / rebat terlebih tuntut
  2. Laporan keuntungan pelupusan aset (harta tanah dan saham dalam syarikat harta tanah)
  3. Penyeteman surat cara yang belum disetem

Untuk ketahui lebih tentang Program Khas untuk Pengakuan Sukarela LHDN, tekan sini.

Apakah manfaat Program Khas untuk Pengakuan Sukarela?

Sekiranya anda mengisytiharkan pendapatan anda sebagai rakan-pemandu Grab untuk tahun 2012 – 2017 sebelum 30 Jun 2019, anda boleh menikmati faedah berikut:

  • Tiada audit lanjut daripada LHDN: Semua pengakuan sukarela yang dibuat akan diterima oleh LHDN tanpa sebarang pertikaian. Taksiran lanjut tidak akan dibuat pada tahun taksiran apabila pengakuan sukarela telah dibuat.
  • Kadar penalti yang lebih rendah: Bayaran penalti yang lebih rendah sehingga 15% daripada jumlah cukai akan dikenakan untuk Program Pengakuan Sukarela, berbanding dengan 80% – 300% daripada jumlah cukai untuk pengisytiharan selepas program ini tamat.

Saya adalah seorang rakan-pemandu sambilan yang telah memfailkan cukai  pada tahun yang sebelumnya untuk taksiran. Adakah saya masih boleh mengisytiharkan pendapatan Grab saya?

Ya, anda hanya perlu menghantar surat pendapatan bersih yang anda ingin isytihar di pejabat LHDN.