Menu Driver Sign-Up

Panduan GrabAllStars

Click here for the English Version

Ringkasan

GrabAllStars (https://graballstars.com) adalah program ganjaran yang menyeluruh untuk menghadiahkan rakan-pemandu atas kesetiaan & kecemerlangan mereka. Rakan-pemandu boleh menebus semua baucar dan faedah-faedah yang kami tawarkan setiap bulan.

Semua Rakan-pemandu layak menyertai program kecuali mereka yang telah ‘Banned’ atau ‘Terminated’.

Terdapat 3 tier untuk program ini:

Untuk mencapai ‘tier-tier’ ini, setiap Rakan-pemandu harus memenuhi semua syarat tier. Prestasi anda akan dinilai setiap bulan (selewat-lewatnya pada 5hb pada setiap bulan) untuk menentu jika anda layak memasuki mana-mana tier.

Contoh: Pada 5hb Ogos, status yang dipaparkan di profil anda akan berdasar pada prestasi anda dari 1 – 31 Julai.

Langkah 1: Login Kali Pertama

  1. Tekan ‘Verify Account’
  2. Sahkan nombor telefon mobil anda
  3. PIN Pengesehan akan dihantarkan melalui SMS
  4. Isikan PIN 6-Digit yang diberi

Langkah 1(a): Mengapa “Akaun Saya Tidak Wujud?”

Antara sebab-sebab akaun Rakan-pemandu tidak wujud dalam platform ini:

  1. Rakan-pemandu tidak menggunakan nombor kod negara Malaysia (cth. Anda harus tambah ‘6’ di hadapan nombor telefon mobil anda – 60123456789, 601123456789,…).
  2. Rakan-pemandu telah menukar nombor telefon mobil mereka.
  3. Rakan-pemandu baru yang mendaftar selepas 1hb pada bulan ini perlu tunggu sehingga 5hb pada bulan hadapan untuk akses akaun mereka.
  4. Rakan-pemandu yang telah “Banned’ atau ‘Terminated’.

Langkah 2: Cipta Kata Laluan

Selepas akaun anda telah berjaya disahkan, cipta semula kata laluan anda mengikut syarat-syarat di bawah:

  • Minima 8 aksara
  • Sekurang-kurangnya SATU huruf kecil = (a, b, c,…)
  • Sekurang-kurangnya SATU huruf besar = (A, B, C,…)
  • Sekurang-kurangnya SATU nombor = (1, 2, 3,…)
  • Sekurang-kurangnya SATU simbol khas  = (@, !, #,…)
  • Contoh kata laluan: Grab0123@

Langkah 3: Mengemaskini Maklumat Laman Profil anda

Selepas kata laluan baru anda berjaya dicipta, anda akan dibawa ke laman profil anda dimana anda boleh melihat:

  • Butiran Pemandu
  • Muatnaik Gambar Profil
  • Ringkasan Prestasi Pemandu (bulan lepas)
  • Status Tier Pemandu (Tiada Status / Silver / Gold / Platinum)
  • Ringkasan perjalanan / rating yang perlu dipenuhi oleh pemandu untuk mencapai tier lebih tinggi.

**Sila muat naik gambar profil dan mengisi butiran alamat anda untuk sebarang tujuan surat-menyurat pada masa hadapan.

Pada masa hapadan, sekiranya anda ingin menukar kata laluan anda, anda boleh melakukannya di sini juga.

Langkah 4: Semak Laman Rewards

Semua Rewards yang boleh ditebus akan ditunjukkan seperti gambar di atas.

Setiap syarat tier akan dipaparkan di dalam laman Rewards untuk rujukkan Rakan-pemandu. Tier semasa anda akan ditunjukkan dengan tanda hijau seperti gambar di bawah:

Langkah 5: Ketahui lebih lanjut mengenai ganjaran

Rakan-pemandu boleh tekan setiap Reward untuk melihat apa yang ditawarkan oleh rakan kongsi. Jika anda berminat, tekan butang “Get Rewards Here” dan anda akan dibawa ke laman Redemption.

Langkah 6: Laman Redemption

1. Tekan ganjaran yang anda ingin tebus.

2. Tekan ‘Redeem Now’

3. Kesemua baucar yang telah ditebus boleh didapati di tab ‘Redeemed’.

4. Rakan-pemandu boleh melihat kod baucar mereka dalam tab ‘Redeemed’ pada bila-bila masa.

5. Untuk mengunakan online, ikuti arahan yang disediakan untuk setiap ganjaran di laman web GrabAllStars untuk menggunakan baucar.

6. Untuk mengunakan offline, tunjukkan voucher yang ditebus kepada merchant yang mengambil bahagian.


 

Soalan Lazim (FAQ)

Sebarang pertanyaan mengenai GrabAllStars Rewards Programme, sila rujuk pada laman GrabAllStars untuk soalan-soalan lazim seperti di atas.


// Team Grab Malaysia