Menu Driver Sign-Up

Miri Referral Contest

Ini adalah masa merebut hadiah wang tunai!

Click here for English version

Kami akan memulakan musim pemberian hadiah dengan lebih awal kali ini dengan peraduan Referral!

Dengan ini, Grab akan mengadakan peraduan di bandar Miri di mana kami akan memberi hadiah wang tunai kepada 10 pemandu pertama yang membuat referral bagi ahli keluarga dan sahabat mereka dari 13 November hingga 30 November 2017.

*Peraduan ini akan dijalankan secara serentak dengan bonus referral yang sedia ada. Sebagai contoh, jika anda telah refer 10 pemandu baru, anda akan mendapat RM50 (bonus sedia ada) untuk setiap pemandu = RM500. Sebagai tambahan, jika anda memenangi hadiah utama, anda akan mendapat RM1000+RM500=RM1500. Jangan lepaskan peluang ini!

Bagaimanakah saya boleh menyertai peraduan ini?

  1. Terbuka kepada pemandu yang aktif sahaja.
  2. Grabber harus mendapatkan sekurang-kurangnya 5 referral. Lebih banyak referral anda, lebih besar peluang untuk memenangi hadiah utama!
  3. 10 Grabber yang mempunyai referral terbanyak akan memenangi hadiah tunai.
  4. Pemandu-pemandu baru harus mempunyai akaun yang aktif dan melengkapkan 30 perjalanan dalam tempoh masa 14 hari.
  5. Pemandu baru harus mengisi nama atau nombor plat kereta untuk anda untuk melayakkan anda untuk mendapat referral.

Bagaimanakah pemandu baru boleh mendaftar dan meletakkan saya sebagai referral?

Langkah 1

Pemandu baru boleh mendaftar di http://grb.to/miri. Mereka hanya perlu mengisi butiran di dalam borang yang pendek! Pastikan juga pemandu baru mengisi nama dan nombor plat kereta anda apabila mereka mengisi butiran di bahagian referral semasa pendaftaran dengan ejaan yang betul.

Langkah 2

Lengkapkan borang online, latihan dan kuiz.

Langkah 3

Mengesahkan dokumen (Kad pengenalan, lesen memandu, insurans kereta) di mana-mana kiosk/pusat-pusat latihan yang disenarai di sini: grb.to/verifyloc

Terma dan Syarat:

  1. Tempoh peraduan ini adalah dari 13 November hingga 30 November 2017. Pemandu yang membuat referral adalah pemandu yang aktif sahaja untuk melayakkan diri untuk menerima promosi ini.*Pemandu yang aktif ialah pemandu yang melengkapkan sekurang-kurangnya 30 perjalanan dalam tempoh 30 hari.
  2. Peraduan ini tidak tertakluk kepada pemandu GC Alpha
  3. Untuk melayakkan diri bagi hadiah wang tunai, pemandu baru yang anda rujuk harus terlebih dahulu melengkapkan 30 perjalanan dalam tempoh 14 hari pengaktifan.
  4. Grabber akan dimaklumkan jika mereka terpilih untuk menerima hadiah wang tunai pada 25 Disember 2017.
  5. Peraduan ini hanya terbuka kepada 10 pemenang pertama.
  6. Pemandu yang baru dan bukan pemandu yang pernah berdaftar dengan Grab ini sebelum ini di mana mereka tidak termasuk di dalam kategori pemandu MyTeksi/GC sedia ada/ bekas fleet GC ataupun yang ditamatkan/diharamkan oleh Grab
  7. Peraduan ini dijalankan serentak dengan bonus referral yang sedia ada.
  8. Semua keputusan daripada pihak Grab adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.
  9. Hanya tertakluk kepada Grabber dan referral yang didaftarkan di Miri sahaja.