Menjadikan Sumbangan Zakat Lebih Mudah

Daftar sekarang dan kami akan selesaikan yang selebihnya!

Sebagai misi untuk menjadi aplikasi yang digunakan oleh semua setiap hari, kami telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menjadikan sumbangan Zakat lebih mudah mulai 5 Februari 2020.

Oleh itu, kami bangga dapat membantu rakan-penghantar Muslim untuk menyumbang zakat pendapatan dengan Grab. Anda hanya perlu mendaftar dan pemotongan akan bermula pada bulan seterusnya.


Bagaimanakah ini berfungsi?

  1. Daftar dengan mengisi butiran yang diperlukan dan hantar borang di sini.
  2. Anda akan mendapat notifikasi sebelum 5hb bulan depan sekiranya pendaftaran anda berjaya.
  3. Kami akan memotong 2.5% daripada pendapatan bersih anda melalui dompet kredit pada bulan seterusnya.

Contoh: Sekiranya anda mendaftar pada bulan ini (Februari 2020), pendapatan bersih anda pada bulan Mac 2020 layak untuk sumbangan Zakat dan penolakan akan dibuat pada bulan April 2020.


Soalan Lazim

Apakah yang perlu dibuat sekiranya saya belum mendaftar untuk zakat?

Jangan bimbang. Apabila anda mendaftar untuk menyumbang zakat daripada pendapatan Grab anda, pendaftaran untuk zakat akan dibuat secara automatik. Sekiranya anda ingin menyumbang zakat untuk pendapatan lain (cth. emas dan perak, pendapatan perniagaan), sila kunjungi pejabat PPZ atau pejabat LZS yang terdekat.

Saya ialah rakan-penghantar di luar Selangor/W.P Kuala Lumpur. Saya ingin menyumbang zakat. Apakah yang boleh dibuat?

Anda boleh kunjungi pejabat Zakat yang terdekat untuk menyumbang. Kami juga sedang berusaha untuk membuka program ini ke bandar-bandar lain. Nantikan berita terkini dari masa ke masa!

Apakah yang akan berlaku jika saya sedang menyumbang zakat kepada PPZ atau LZS?

Sekiranya sumbangan zakat telah dibuat dengan nombor kad pengenalan baru anda, sumbangan anda untuk pendapatan Grab akan direkod dalam akaun yang sama. Jika sumbangan zakat anda dibuat dengan kad pengenalan yang lain (cth: nombor kad pengenalan lama, kad kuasa polis), sila isikan butiran tersebut dalam borang pendaftaran untuk memastikan sumbangan zakat adalah dengan akaun yang sama.

Bolehkah saya berhenti menyumbang zakat bila-bila masa?

Anda boleh berhenti menyumbang bila-bila masa dengan mengisi borang di sini tetapi sila dimaklumkan bahawa sumbangan untuk bulan semasa masih akan diambil kira.

Contoh: Pengisian borang untuk menghentikan sumbangan zakat dilakukan pada 16 Mei 2020, penolakan masih akan dibuat ke atas pendapatan bersih anda untuk bulan Mei pada bulan Jun 2020. Penolakan untuk sumbangan zakat akan berhenti pada bulan Julai.

Bergantung kepada Agensi Zakat pilihan anda, anda dinasihati untuk mendaftar akaun individu baru atau log masuk ke dalam akaun sedia ada anda pada laman web Agensi Zakat tersebut untuk memantau jumlah sumbangan anda. Berikut adalah pautan laman web LZS dan laman web PPZ.

Jika anda ingin menyumbang lebih daripada 2.5% pendapatan bulanan, anda juga boleh membuat demikian di pautan yang sama.

Bagaimanakah pendapatan bersih saya dikira?

Pendapatan bersih adalah sama dengan jumlah tambang yang diterima selepas penolakan komisen (hanya untuk tempahan GrabExpress & GrabBike).

Bilakah tarikh akhir untuk pendaftaran program ini?

Rakan-penghantar perlu mendaftar sebelum akhir bulan pada mana-mana bulan pilihan rakan-penghantar. Penolakan pendapatan anda akan bermula pada bulan seterusnya. Misalnya, jika anda mendaftar sebelum 24 Februari 2020, kami akan menolak pendapatan Mac 2020 anda pada bulan April 2020.

Adakah terdapat had umur untuk program ini?

Tiada had umur untuk program ini. Walau bagaimanapun, program ini HANYA terbuka kepada rakan-penghantar Muslim yang berminat untuk membuat sumbangan zakat.

Ke manakah sumbangan ini akan disalurkan?

Sumbangan anda akan dihantar ke PPZ atau LZS secara bulanan, berdasarkan Agensi Zakat pilihan anda di borang pendaftaran.

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.