Menu Driver Sign-Up

Lebih penghantaran untuk anda di GrabExpress

Selamat kembali ke GrabExpress! Terdapat beberapa perubahan baru di GrabExpress sejak pengumuman terakhir kami. Jangan risau, kami akan menerangkan perubahan-perubahan berikut di sini.

Mulai 20 Mei 2019

Kami akan memperkenalkan TIGA perubahan utama:

  • Penolakan komisen manual
  • Beg pengasingan
  • Bonus penghantaran dan surcaj

 PENOLAKAN KOMISEN MANUAL

Cara penolakan komisen akan ditukar bagi melancarkan pengalaman anda bersama kami. Kini kami bakal menolak komisen dari Dompet Tunai anda dua kali sehari, dari hari Isnin hingga Khamis. Penolakan komisen untuk hari Jumaat hingga Ahad akan dilakukan pada hari Isnin minggu seterusnya.  

Anda kini tidak perlu top up dompet kredit anda untuk terus menerima tempahan. Anda cuma perlu datang online dan lengkapkan penghantaran! Grab akan top up RM10* ke dalam dompet kredit anda supaya anda boleh terus menerima tempahan.

*Amaun ini tidak akan dikreditkan ke dalam akaun anda jika anda meninggalkan Grab.


PENGENALAN BEG PENGASINGAN

Penggunaan beg pengasingan akan memastikan pakej GrabExpress dan makanan GrabFood tidak bersentuhan. Ini akan memastikan barangan-barangan tersebut tidak akan mencemarkan satu sama lain.

PERINGATAN: Beg pengasingan pertama akan diberikan secara percuma. Untuk beg-beg seterusnya, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 (akan ditolak dari dompet tunai anda).


BONUS PENGHANTARAN DAN SURCAJ

Kami akan memperkenalkan bonus penghantaran* baru untuk memastikan anda mendapat pendapatan setimpal untuk setiap penghantaran. Terdapat jugasurcaj untuk masa-masa tertentu untuk menambah pendapatan anda

*Hanya penghantaran Auto Accept sahaja layak untuk Bonus penghantaran.

Sila rujuk jadual di bawah:

Bonus penghantaran ini akan dikemas kini setiap minggu dan dihantar kepada anda melalui mesej dalam aplikasi anda.