Menu Driver Sign-Up

Kewajipan Imunisasi Typhoid

GrabFood kini mewajibkan semua rakan-penghantar mendapat IMUNISASI TYPHOID. Pra-syarat ini berkuatkuasa pada 8 Ogos 2018 untuk meningkatkan standard keselamatan dan kebersihan perkhidmatan GrabFood.

Sebagai insentif kepada rakan-penghantar, pihak pentadbir akan menanggung pembayaran imunisasi ini dengan pembayaran maksima sebanyak RM41 sahaja.

Sekiranya ia melebihi jumlah ini, baki bayaran haruslah ditanggung oleh rakan-penghantar sendiri. Rakan-penghantar mesti mendapatkan imunisasi ini untuk kekal berada dalam talian dan menerima pesanan dengan GrabFood.

Bagi Rakan-penghantar di Lembah Klang, kami menggalakkan anda untuk mendapatkan suntikan imunisasi typhoid di Klinik Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagi rakan-penghantar di Bandar Melaka, kami menggalakkan anda untuk mendapatkan suntikan imunisasi typhoid di Klinik Kesihatan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Selain itu, Anda juga boleh mengambil suntikan imunisasi typhoid di Klinik-Klinik yang ada menyediakan perkhidmatan tersebut.

Bagi Rakan-Penghantar di Johor Bahru, Penang, Kota Kinabalu dan Kuching. Anda boleh mendapatkan suntikan imunisasi typhoid di Hospital atau Klinik yang berdekatan yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Rakan Penghantar boleh mengemukakan salinan Sijil Imunisasi di pautan ini :

https://grb.to/typhoid_gf


Soalan Lazim

1.Adakah saya diwajibkan mendapat imunisasi TYPHOID?

Ya.

2. Di hospital/klinik manakah boleh saya mendapat imunisasi TYPHOID?

GrabFood mengesyorkan anda mendapatkan suntikan tersebut dari klinik yang dimaklumkan. Imunisasi juga boleh didapati di klinik swasta dan klinik am yang lain.

3. Adakah saya akan dibayar balik bayaran imunisasi TYPHOID oleh pihak GrabFood?

Grabfood akan membayar balik jumlah maksima RM 41 untuk imunisasi. Sekiranya ia melebihi jumlah ini, baki bayaran haruslah ditanggung oleh rakan-penghantar sendiri.

Untuk rakan-penghantar baru (diaktifkan selepas 22 Okt), anda mempunyai satu minggu untuk memuat naik sijil anda sebagai bukti untuk layak untuk pembayaran balik. Selepas satu minggu, anda tidak akan layak untuk pembayaran balik. Selepas dua minggu, akaun anda akan dinyah-aktifkan sehingga anda mendapat imunisasi tersebut dan menghantar sijil sebagai bukti. Syarat ini berkuatkuasa pada 24 Oktober 2018.

4. Bagaimanakah akan saya mendapat bayaran balik daripada GrabFood?

GrabFood akan memasukkan bayaran ke dalam Grab Wallet anda, selepas mendapat Sijil Imunisasi sebagai bukti.

5. Bilakah akan saya mendapat bayaran balik untuk imunisasi TYPHOID?

Bayaran akan dimasukkan dalam Grab Wallet anda pada Isnin minggu seterusnya.

6. Apakah Sijil Imunisasi?

Sijil Imunisasi adalah bukti bahawa anda telah mendapat imunisasi tersebut dan adalah sah.

7. Berapa lamakah tempoh perlindungan yang diperoleh daripada imunisasi TYPHOID?

Imunisasi TYPHOID sah selama tempoh 3 tahun.

8. Bagaimanakah jika saya telah mendapat imunisasi TYPHOID sebelum ini?

Jika imunisasi tersebut masih sah, anda hanya perlu mengemukakan salinan Sijil Imunisasi sebelum diaktifkan.

9. Apakah akan terjadi jika saya tidak mendapat imunisasi TYPHOID?

Akaun anda akan dinyah-aktifkan sehingga anda mendapat imunisasi tersebut dan menghantar sijil sebagai bukti

10. Adakah saya akan dibayar balik bayaran imunisasi TYPHOID oleh pihak GrabFood, jika saya telah mendapat imunisasi sebelum ini?

Tidak, GrabFood hanya akan membayar balik jika anda mendapat imunisasi selepas tarikh 8 Ogos 2018.

11. Bagaimanakah jika Sijil Imunisasi saya telah hilang?

Anda boleh ke klinik atau hospital yang anda mendapat imunisasi tersebut dan cuba mendapat salinan sijil tersebut sekali lagi.

Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan sebagai rakan penghantar GrabFood!