Menu Driver Sign-Up

Click for the English version

Apakah JustGrab?

 

JustGrab adalah perkhidmatan atas pemintaan yang tetap, yang menggabungkan kedua-dua teksi and kereta di seluruh Malaysia. Sebagai pemandu teksi, anda boleh menikmati harga surge semasa waktu sibuk.

Perkhidmatan ini hanya disahkan di bandar-bandar tersebut: Klang Valley, Johor Bahru, Langkawi, Penang, Melaka, dan Kota Kinabalu. 

Terdapat banyak sebab untuk JustGrab.

Apakah perbezaan di antara tempahan GrabTaxi/GrabCar dan JustGrab?

  1. Bagi pemandu Grabcar – tiada perbezaan antara JustGrab dan GrabCar. Sila teruskan tempahan GrabCar anda secara biasa.
  2. Tambang tempahan GrabTaxi adalah tidak tetap, manakala tambang tempahan JustGrab adalah tetap
  3. Penumpang tidak perlu membayar booking fee RM2 dengan JustGrab.
  4. Harga surge semasa waktu sibuk hanya untuk tempahan JustGrab.
  5. Hanya RM1 komisen kepada GrabTai untuk setiap tempahan GrabCar, bukan komisen peratusan.

Bagaimanakah JustGrab berfungsi?

  1. Menerima tempahan JustGrab. Ikon JustGrab akan muncul di bahagian atas kad tempahan bersama dengan Tambang Tetap. Klik ‘Accept Job’ untuk meneruskan dengan tempahan.
  2. Ambil penumpang anda. Teruskan ke lokasi pickup, ambil penumpang anda dan klik pada ‘Pick-Up’.
  3. Pandu ke destinasi. Pilih ‘Drop-Off’ apabila anda telah sampai dekat destinasi anda.
  4. Mengutip tambang anda apabila anda menurunkan penumpang anda. Tambang tetap dikira secara automatik. Ingat untuk menambah sebarang bayaran tol sebelum mengklik pada ‘Proceed’.

FAQs

Apakah JustGrab?
JustGrab adalah servis yang menugas penumpang kepada kenderaan yang paling terdekat, sama ada GrabCar atau GrabTaxi, pada tambang tetap.
Bagaimanakah harga tempahan JustGrab ditetapkan?

Harga tempahan JustGrab adalah sama dengan tempahan GrabCar Economy.

Bagaimanakah saya akan tahu ai adalah tempahan JustGrab?

Kad tempahan JustGrab yang masuk akan mempunyai tag JustGrab yang unik. Jadi, apabila anda melihatnya – tempahan JustGrab adalah tambang tetap.

Sebagai pemandu GrabTaxi, apakah yang akan berubah untuk saya?

Semua tempahan JustGrab adalah tambang tetap. Anda perlu pasangkan meter taxi anda seperti biasa, tapi tambang tetap yang anda mengutip dari penumpang mesti mengikut aplikasi Grab.

Bagaimanakah saya harus menguruskan bayaran tol dan surcaj?

Sila caj semua bayaran tol kepada penumpang pada hujung perjalanan di bawah “Tolls & Others”; walau bagaimanapun, tolong jangan caj sebarang surcaj atau booking fees.