Nikmati insentif jaminan pendapatan minima dengan menggunakan Ciri Slot Pilihan!
Untuk menjamin pendapatan rakan-penghantar sempena pembukaan kawasan liputan* baru, kami menawarkan insentif Jaminan Pendapatan Minima kepada rakan-penghantar yang terpilih. Dengan insentif ini, jika pendapatan anda kurang daripada jumlah jaminan** semasa slot yang dipilih, kami akan top-up jumlah perbezaannya!
Insentif ini akan berlangsung dalam tempoh masa yang ditetapkan, bermula dari tarikh pembukaan kawasan liputan baru. Rakan-penghantar boleh menempah slot dalam tempoh masa 1-2 hari sebelum tarikh insentif bermula.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang Ciri Slot Pilihan, tekan sini.
Rujuk contoh cara pengiraan insentif Jaminan Pendapatan Minima di bawah:
*Untuk mengetahui jenis perkhidmatan (GrabFood, GrabMart atau GrabExpress) yang akan ditambah di kawasan-kawasan yang terlibat, sila rujuk mesej yang anda terima.
**Untuk mengetahui jumlah jaminan pendapatan minima yang tersedia, sila rujuk mesej yang anda terima.
Jika anda terlepas slot anda, anda tidak layak menerima insentif. Sekiranya perkara ini berlaku lebih daripada sekali, anda boleh disekat daripada melakukan slot seterusnya.
Jika anda lambat, tetap lakukan slot anda. Insentif akan diprorata dan dibayar berdasarkan masa online anda.
Jika anda tidak mendapat sebarang pesanan semasa slot anda, jangan risau. Anda masih akan menerima jaminan pendapatan minima selagi anda online semasa slot anda!
Jumlah Jaminan Pendapatan Minima untuk setiap slot yang boleh ditempah akan dipaparkan di bahagian Perancang Tempahan (Booking Planner).
Untuk menempah slot, rujuk di bawah:
Insentif akan dibayar dalam Dompet Tunai pada minggu seterusnya. Untuk melihat jumlah insentif yang anda dapat, rujuk bahagian Pendapatan > Insentif.
Soalan Lazim
Rakan-penghantar yang terpilih untuk insentif tersebut akan menerima mesej untuk menempah slot melalui aplikasi pemandu Grab.
Untuk layak menerima insentif setelah anda terpilih, tempah slot terlebih dahulu melalui Ciri Slot Pilihan dan pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang tertera pada bahagian “Syarat Kelayakan” di atas.
Anda boleh menempah slot pada bahagian Perancang Tempahan (Booking Planner) dalam aplikasi pemandu Grab anda. Rujuk bahagian “Paparan” di atas untuk langkah-langkah menempah slot.
Kesemua syarat hendaklah dipenuhi untuk layak bagi menerima insentif Jaminan Pendapatan Minima.
Jika anda terlepas slot anda, anda tidak layak menerima insentif. Jika anda lambat, kekal online dan lengkapkan pesanan seperti biasa semasa slot anda. Insentif akan diprorata dan dibayar berdasarkan masa online anda.
Anda masih akan menerima Jaminan Pendapatan Minima selagi anda online semasa slot anda.
Insentif akan dibayar dalam Dompet Tunai pada minggu seterusnya.
Untuk mengetahui jumlah jaminan pendapatan minima yang tersedia, sila rujuk mesej yang anda terima.
Kindly be reminded that all members of the Grab community are required to follow the Code of Conduct and Terms of Services.