Hantar laporan Fair Play dengan hanya beberapa klik!

Kini anda boleh lakukannya di Pusat Bantuan!

Click here for the English version

Baru-baru ini, kami telah melancarkan Grab Fair Play Rewards Programme, program yang memberikan ganjaran kepada rakan-pemandu sehingga USD $1,000 berdasarkan tahap keseriusan kes penipuan yang dilaporkan..

Kami telah mengambil langkah bagi memudahkan rakan pemandu untuk melaporkan dan berkongsi maklumat mengenai penyalahgunaan servis ini. 

Rakan-pemandu kini boleh menghantar laporan melalui Pusat Bantuan dengan lebih mudah dan cepat!


Bagaimanakah cara untuk menghantar laporan?

1) Menghantar laporan mengunakan peranti Android

Lihat cara untuk menghantar laporan melalui Pusat Bantuan menggunakan peranti Android:

  1. Buka Aplikasi Pemandu Grab
  2. Tekan ‘More’ dan cari butang ‘Support’
  3. Tekan ‘Help Centre
  4. Cari dan tekan pilihan ‘Submit FairPlay
  5. Isi butiran yang diperlukan dan hantar laporan!
  6. Nantikan balas lanjut melalui e-mel anda yang didaftar dengan Grab

2) Menghantar laporan mengunakan peranti iOS

Lihat cara untuk menghantar laporan melalui Pusat Bantuan menggunakan peranti iOS:

  1. Buka Aplikasi Pemandu Grab
  2. Tekan ‘Support
  3. Tekan ‘Help Centre
  4. Cari dan tekan pilihan ‘Submit FairPlay
  5. Isi butiran yang diperlukan dan hantar laporan!
  6. Nantikan balas lanjut melalui e-mel anda yang didaftar dengan Grab

Nota: Untuk makluman isu-isu berikut TIDAK termasuk di dalam Grab Fair Play Rewards Program. Untuk maklumat lanjut, sila tekan pada pautan di bawah:

  1. Pembatalan oleh penumpang
  2. Isu pembayaran tempahan 
  3. Isu insentif
  4. Pengantungan akaun

Untuk maklumat lanjut tentang Grab Fair Play Rewards Programme, tekan butang di bawah.