Menu Driver Sign-Up

Halal Fleet & Regular Fleet

GrabFood kini mempunyai HALAL FLEET untuk rakan penghantar! Kedua-dua fleet ini telah dicipta untuk memastikan sistem dan proses penghantaran berjalan dengan lebih lancar.

Berikut adalah perbezaan di antara Halal Fleet dan Regular Fleet:

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya boleh menyertai Halal Fleet?

Sila isikan borang di bawah untuk menyatakan tarikh dan masa yang anda ingin menghadiri sesi latihan: https://grb.to/gf_boranghalalfleet

Apakah perbezaan restoran Halal dan Non-Halal?

Restoran Non-Halal di GrabFood menjual ‘pork’ dalam menu mereka.

Adakah saya akan mendapat pesanan daripada McDonald’s jika saya tidak menyertai Halal Fleet?

Tidak. Hanya rakan penghantar yang menyertai Halal Fleet akan mendapat pesanan daripada restoran McDonald’s. Jika anda mendapat pesanan daripada McDonald’s, sila abaikan pesanan tersebut.

Bagaimanakah jika saya telah menyertai Halal Fleet tetapi masih mendapat pesanan daripada restoran Non-Halal?

Sila memaklumkan Khidmat Pelanggan (Customer Service) di talian 1300-80-6060 untuk memaklumkan bahawa anda telah menyertai Halal Fleet dan batalkan pesanan tersebut.

Apakah yang akan berlaku jika saya membatalkan pesanan daripada restoran Non-Halal walaupun tidak menyertai Halal Fleet?

Tindakan tegas akan diambil jika anda didapati menyalahgunakan sistem ini.

Bagaimanakah jika saya mendapat notifikasi ‘Vehicle Not Owned by Driver’ apabila ingin bermula sesi ?

Sila mulakan semula (restart) aplikasi GrabFood Driver anda. Sila memilih ikon ‘Motorcycle’ sekiranya anda telah menyertai Halal Fleet,  dan ikon ‘Car’ jika anda tidak menyertai Halal Fleet; sebelum bermula sesi anda.

Apakah perbezaan ikon ‘Motorcycle’ dan ‘Car’?

Bagaimanakah jika saya tidak mendapat memilih ikon ‘Motorcycle’ atau ‘Car’ sebelum bermula sesi saya?

Mulakan sesi seperti biasa jika tiada pilihan ikon.

Adakah saya akan mendapat bayaran ‘delivery fee’ jika saya tidak dapat memilih ikon sebelum memulakan sesi?

Ya, anda masih dibayar walaupun tidak dapat memilih ikon.

Bagaimanakah jika saya memilih ikon ‘Motorcycle’ tetapi tidak menyertai Halal Fleet?

Sistem berkemungkinan tidak daapt membuat bayaran ‘delivery fee’ kerana tidak dapat menjejaki pesanan.

Adakah saya diwajibkan untuk membawa beg penghantaran apabila mengambil semua pesanan?

Ya. Beg penghantaran mesti dibawa bersama apabila anda mengambil semua penghantaran seperti SOP