Group Alpha Grab

Click here for English version

Adakah anda super-referrer? Sertai Kumpulan Alpha Grab!

Apa itu Group Alpha Grab?

Group Alpha Grab ialah sebuah kumpulan eksklusif dengan manfaat istimewa untuk rakan-pemandu terbaik kami. Berikut adalah manfaat yang ditawarkan:

Bonus Rujukan Lebih Tinggi – Sila rujuk mesej dalam aplikasi anda untuk Bonus Rujukan Asas dan Bonus Rujukan Alpha untuk bandar anda.

Platform Rujukan Khas – Anda akan diberikan akses ke platform rujukan khas untuk anda mengatur dan menyemak pemandu-pemandu yang anda rujuk.

Saluran Bantuan Khas – Anda akan dimasukkan ke dalam grup Whatsapp GC Alpha untuk sebarang pertanyaan terus kepada Grab.

Peringkat Platinum di GrabBenefits – Anda akan diletakkan di peringkat Platinum secara automatik di mana anda akan menikmati pelbagai manfaat eksklusif dan ganjaran seperti rebat Personal Accident Plus, 10x baucar diskaun RM5 di GrabFood setiap bulan dan banyak lagi. Tekan sini untuk maklumat lanjut.

Bagaimana untuk menyertai Group Alpha Grab?

Rakan-pemandu yang berminat boleh mendaftar sebelum 19 Feb 2020. Untuk menyertai Group Alpha Grab, calon-calon yang terpilih perlu melalui Program Alpha Transition

Prestasi rujukan yang baik adalah penting bagi rakan-pemandu yang bakal menyertai Group Alpha. Oleh sebab itu, Program Alpha Transition direka sebagai proses percubaan untuk anda merujuk sebanyak mungkin pemandu menggunakan platform rujukan khas.

Jangan lepaskan peluang untuk merujuk rakan-pemandu baru sementara kami masih menyediakan bonus pendaftaran RM500 kepada rakan-pemandu baru sehingga 31 March 2020.

Berikut ialah terma program sekiranya anda terpilih:

  • Tempoh program ialah 2 bulan
  • Calon-calon bakal menerima akses sementara untuk platform rujukan khas.
  • Calon-calon dengan jumlah rujukan tertinggi untuk 2 bulan bakal dimasukkan ke Group Alpha.
  • Calon-calon yang berjaya menyertai Group Alpha selepas program ini berakhir akan menerima Alpha Referral Bonus untuk semua rujukan mereka dalam tempoh percubaan 2 bulan ini. Calon-calon yang tidak berjaya akan tetap menerima Bonus Rujukan Asas untuk semua rujukan mereka dalam tempoh percubaan.
  • Calon-calon akan tetap menerima bonus rujukan asas.
  • Calon-calon tidak akan menerima akses ke Saluran Bantuan Khas, Bonus Rujukan Alpha, dan Peringkat Platinum GrabBenefits dalam tempoh percubaan ini.

Berminat? Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Isikan maklumat peribadi anda di borang pendaftaran ini.
  2. Jika anda terpilih untuk program ini, anda bakal menerima mesej pengesahan bersama arahan selanjutnya.
  3. Pemilihan bakal dilakukan berdasarkan tempoh anda berkhidmat bersama Grab, kadar penilaian pemandu dan prestasi keseluruhan anda.

Kemaskini lain berkaitan rujukan

Jangan risau, sekiranya anda tidak terpilih untuk program ini, kami sedang dalam proses untuk mengemaskini proses rujukan. Ini termasuklah penambahbaikan untuk memudahkan anda merujuk pemandu baru dan menyemak proses rujukan

Tunggu perkembangan terkini dari kami!


Terma dan Syarat

Program Alpha Transition

  1. Anda akan menerima Bonus Rujukan asas untuk setiap rujukan yang berjaya.
  2. Rakan-pemandu yang anda rujuk perlu diaktifkan.
  3. Anda mestilah seorang rakan-pemandu AKTIF dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya 20 trip untuk 30 hari yang lepas. Contoh, sekiranya rakan-lemandu yang anda rujuk diaktifkan pada 1 April 2020, sila pastikan anda telah melengkapkan sekurang-kurangnya 20 trip di antara 1 Mac 2020 dan 1 April 2020.
  4. Rujukan anda hanya akan ditambah ke jumlah rujukan keseluruhan selepas rakan-pemandu tersebut diaktifkan.
  5. Hanya untuk rakan-pemandu yang dirujuk di bandar anda sahaja.
  6. Bonus rujukan ini tidak sah untuk rakan-pemandu Alpha.

Group Alpha Grab  

  1. Pemilihan bakal dilakukan berdasarkan tempoh anda berkhidmat bersama Grab, kadar penilaian pemandu dan prestasi keseluruhan anda.
  2. Calon-calon dengan jumlah rujukan tertinggi dalam 2 bulan tersebut bakal dimasukkan ke dalam Alpha Group.
  3. Calon-calon yang berjaya menyertai Group Alpha selepas program ini berakhir akan menerima Alpha Referral Bonus untuk semua rujukan mereka dalam tempoh percubaan 2 bulan ini. Sebagai contoh, jika anda berjaya merujuk 20 pemandu di Lembah Klang dalam tempoh percubaan, anda akan menerima RM3000 (RM150 x 20) jumlah tambahan.