#GrabRelief: Bantuan banjir kilat

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Click here for the English version

Kami sangat berdukacita dengan musibah banjir kilat yang telah menjejaskan banyak rakyat Malaysia, di mana sebahagian daripada mereka adalah Rakan Grab.

Untuk bantu meringankan beban, Grab akan menghulurkan bantuan kepada rakan-pemandu & rakan-penghantar. 

Hantar kereta anda untuk dibaiki ATAU dibersih dan buat tuntutan bayaran balik sehingga RM200.

Syarat-syarat:

  • Rakan-pemandu aktif berstatus Platinum atau Gold di Lembah Klang, Melaka, Kuantan & Negeri Sembilan.
  • Terkesan dengan bencana banjir kilat.
  • Hantar tuntutan selewat-lewatnya pada 1 February 2022.

Cara buat tuntutan:

  1. Kunjungi bengkel atau kedai cuci kereta berhampiran anda.
  2. Ambil gambar kerosakan pada kereta anda. Dapatkan resit setelah kereta anda dibaiki atau dibersihkan. 
  3. Hantar resit dan gambar dalam borang ini: https://grb.to/flood_reimbursement
  4. Anda boleh tuntut pembaikan ATAU pembersihan kereta. Kami akan buat bayaran balik dalam masa 10 hari bekerja selepas anda hantar tuntutan.

Sekiranya beg penghantaran anda rosak atau hilang akibat banjir kilat, kami akan menggantikannya secara percuma.

Syarat-syarat:

  • Rakan-penghantar aktif di Lembah Klang, Melaka, Kuantan & Negeri Sembilan yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya 1 pesanan dari 4 Dis – 19 Dis.
  • Terkesan dengan bencana banjir kilat dan tidak dapat menghantar disebabkan beg rosak/hilang dari 20 Dis – 22 Dis.
  • Telah membuat laporan polis & perlu tunjukkan bagi tujuan pengesahan (mengandungi nombor kad pengenalan, nama penuh, negeri & tarikh kerosakan berlaku).
  • Buat penggantian beg selewat-lewatnya pada 1 February 2022.

Cara untuk ganti beg:

Untuk Lembah Klang, Melaka & Kuantan

  1. Kunjungi Grab Driver Centre di bandar anda.
  2. Tunjukkan laporan polis bagi tujuan pengesahan.
  3. Ambil beg penghantaran baru anda.

Untuk Negeri Sembilan

  1. Isi butiran dalam borang ini: https://grb.to/n9_penukaranbeg
  2. Kami akan hubungi dan berikan anda slot untuk ambil beg baru. 
  3. Hadir ke slot anda dan ambil beg baru.

1. Bandar manakah yang layak untuk mendapat bantuan ini?

Buat masa ini, kami hanya memberikan bantuan kepada rakan-pemandu & rakan-penghantar terpilih di Lembah Klang, Melaka, Kuantan & Negeri Sembilan.

2. Saya adalah salah seorang daripada rakan-pemandu yang terpilih untuk bayaran balik pembaikan/pembersihan kereta. Dimanakah lokasi yang boleh saya lawati untuk baiki/bersihkan kereta saya?

Anda boleh mengunjungi mana-mana bengkel atau kedai cuci kereta berhampiran anda. Kemudian, buat tuntutan di sini

3. Untuk penggantian beg penghantaran, adakah saya perlu buat temujanji untuk kunjungi GDC?

Tidak, rakan-penghantar terpilih di Lembah Klang, Melaka & Kuantan tidak perlu buat temujanji untuk kunjungi GDC bagi mengambil beg penghantaran baru.

4. Saya terkesan dengan banjir kilat tetapi tidak dimaklumkan tentang bayaran balik pembaikan atau pembersihan kereta/penggantian beg. Apakah sebabnya?

Kami akan berikan bantuan kepada mereka yang telah memenuhi syarat yang disenaraikan di atas.

5. Apakah masa operasi Grab Driver Centre?
Anda boleh ketahui masa operasi GDC di sini.
 

Tertakluk kepada terma & syarat. Rujuk di sini untuk inof lanjut. 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.