Menu Driver Sign-Up

Garis Panduan Komuniti GrabMY

Click here for the English translation

Keselamatan tidak terjadi dengan sendirinya. Sebab itulah Grab telah meletakkan beberapa protokol dan panduan untuk memastikan keselamatan para penumpang kami dari destinasi A ke B. Protokol ini juga akan membantu memastikan pengalaman pemandu-penumpang baik dan akan memanfaatkan kedua-dua pihak – dimana penumpang akan berpuas hati dan Grabber akan penarafan bintang yang tinggi.

Kami amat menghargainya jika semua Grabber boleh memberikan komitmen untuk memahami dan mengamalkan Kod Tatalaku Pemandu GrabCar, supaya kita boleh menjamin perkhidmatan yang terbaik dan penumpang akan sentiasa mengingati perjalanan mereka bersama anda.

Terima kasih sekali lagi kerana menjadi sebahagian daripada perubahan ini. Kami harap anda dapat melakukan yang terbaik dan mendapat penarafan bintang yang tertinggi, kerana ini akan memberikan pengalaman Grab yang sangat baik untuk kedua-dua pemandu dan penumpang. Teruskan usaha baik anda, dan selamat memandu!