Menu Driver Sign-Up

Grab Referral Contest

Ini adalah masa merebut hadiah wang tunai!

Click here for English version

Kami akan memulakan musim pemberian hadiah dengan lebih awal kali ini agar anda boleh menebus ‘hadiah’ anda iaitu wang tunai pada bulan Disember!

Dengan ini, Grab akan mengadakan peraduan dalam kawasan Lembah Klang dan Negeri Sembilan di mana kami akan memberi hadiah wang tunai kepada 100 pemandu pertama yang mendapatkan referral ahli keluarga dan sahabat mereka yang paling banyak, dari 6 November hingga 4 Disember 2017.

*Peraduan ini akan dijalankan secara serentak dengan kempen-kempen referral yang sedia ada

Bagaimanakah saya boleh menyertai peraduan ini?

  1. Terbuka kepada pemandu yang aktif sahaja.
  2. Grabber harus memdapatkan sekurang-kurangnya 5 referral. Lebih banyak referral anda, lebih besar peluang untuk memenangi hadiah utama!
  3. Grabber yang mempunyai referral terbanyak akan memenangi hadiah utama dan seterusnya.
  4. Pemandu-pemandu baru harus mempunyai akaun yang aktif dan melengkapkan 30 perjalanan dalam tempoh masa 14 hari.

Hadiah istimewa untuk referral anda:

*Pemandu baru akan juga menerima RM50 tambahan daripada bonus sign up apabila mereka melengkapkan 30 perjalanan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengaktifan.

Adakah anda tahu bahawa pemandu BARU yang ingin memandu dengan Grab boleh melengkapkan kesemua langkah secara online? Ya, pendaftaran kami semudah 1-2-3 di my.grabcar.com/signup :

 

Langkah 1

Pemandu baru boleh mendaftar di sini my.grabcar.com/signup. Mereka hanya perlu mengisi butiran mereka di dalam borang yang pendek! Pastikan mereka mengisi Referral ID anda apabila mereka mengisi butiran di bahagian referral semasa pendaftaran

Langkah 2

Lengkapkan borang online, latihan dan kuiz.

Langkah 3

Mengesahkan dokumen (Kad pengenalan, lesen memandu, insurans kereta) di mana-mana kiosk/pusat-pusat latihan yang disenarai di sini: grb.to/verifyloc

Terma dan Syarat:

  1. Tempoh peraduan ini adalah dari 6 November hingga 4 Disember 2017. Pemandu yang membuat referral adalah pemandu yang aktif sahaja untuk melayakkan diri untuk menerima promosi ini.*Pemandu yang aktif ialah pemandu yang melengkapkan sekurang-kurangnya 30 perjalanan dalam tempoh 30 hari.
  2. Peraduan ini tidak tertakluk kepada pemandu GC Alpha atau pemandu fleet GrabCar.
  3. Untuk melayakkan diri bagi hadiah wang tunai, pemandu baru yang anda refer harus terlebih dahulu melengkapkan 30 perjalanan dalam tempoh 14 hari pengaktifan.
  4. Pemandu baru juga layak menerima RM50 tambahan daripada bonus sign up selepas melengkapkan 30 perjalanan dalam masa 14 hari pengaktifan.
  5. Grabber akan dimaklumkan jika mereka terpilih untuk promosi ini pada 19 Disember 2017
  6. Peraduan ini hanya terbuka kepada 100 Grabber yang pertama.
  7. Pemandu yang baru dan bukan pemandu yang pernah berdaftar dengan Grab ini sebelum ini di mana mereka tidak termasuk di dalam kategori pemandu MyTeksi/GC sedia ada/ bekas fleet GC ataupun yang ditamatkan/diharamkan oleh Grab
  8. Peraduan ini dijalankan serentak dengan kempen yang Grab yang sedia ada pada bulan Oktober – “Refer pemandu yang lain untuk memandu dengan Grab dan terima wang sehingga RM200”. Sebagai contoh: Pemandu A mendapatkan lima (5) referrals pada 1 November 2017 dan dia layak menerima wang tunai RM1000 (RM200 x 5). Selain itu, dia juga layak menerima hadiah wang tunai RMXXXX  jika dia memenuhi syarat peraduan ini.
  9. Semua keputusan daripada pihak Grab adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.
  10. Hanya tertakluk kepada Grabber dan referral yang didaftarkan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan sahaja.