Menu Driver Sign-Up

Program Sewa Kereta untuk rakan-pemandu

Hanya dengan RM50/hari, anda boleh sewa, pandu dan jana pendapatan!

Click here for the English version

中文版请按这里

Memperkenalkan Program Sewa Kereta Grab, program sewa yang paling berbaloi! Kini, dengan bayaran RM50/hari sahaja, anda boleh menyewa dan memandu Perodua Bezza sambil menikmati manfaat yang datang bersama program ini. 

Apa kelebihan mendaftar dengan program sewa kereta kami ini?

Apakah pakej program kereta sewa?

Referral Bonus Program Sewa Kereta Grab

Sekiranya anda adalah rakan-pemandu Grab dan mengenali sesiapa yang ingin menyertai meyewa kereta, sekarang adalah masa paling sesuai untuk merujuk mereka kepada kami! Dari 25 Feb – 24 Mac 2019, buat rujukan melalui borang di atas dan anda akan menerima RM150* selepas rujukan anda melengkapkan minima 100 perjalanan dalam masa 2 minggu selepas menerima kereta Sewa.
*Terma dan Syarat seperti di bawah.

T&S untuk layak mendapat bonus;
– Anda mestilah rakan pemandu yang aktif (telah melengkapkan 20 perjalanan pada bulan sebelumnya).
– Anda juga boleh rujuk rakan pemandu Grab sedia ada.
– Rujukan anda perlu menggunakan borang pendaftaran di atas
– Rujukan anda perlu memilih “Dirujuk oleh Pemandu Grab” dan mengisi nombor Kad Pengenalan anda di dalam borang tersebut.
– Rujukan anda perlu melalui semua proses pendaftaran penyewaan sehingga berjaya menerima kereta sewa.
– Rujukan anda perlu melengkapkan 100 perjalanan dalam masa 2 minggu dari tarikh pengambilan kereta.

Berminat untuk mendaftar? Sila isikan borang di bawah dan pihak kami akan hubungi anda. 

GrabCar Rental

GrabCar Rental

Soalan Lazim

Siapakah yang boleh mendaftar untuk program sewa gold Grab ini?

Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dengan lesen memandu penuh.

Apakah kriteria kelulusan permohonan?

Kriteria kelulusan permohonan bergantung kepada pemeriksaan latar belakang dan kredit yang berjaya.

Berapa lamakah kontrak sewa program ini?

Kontrak sewa adalah untuk tempoh masa 3 bulan.

Apakah cara pembayaran program ini?

Pembayaran untuk program ini boleh dibuat melalui kredit wallet Grab

Bilakah bayaran sewa kereta akan ditolak?

Sewa kereta akan ditolak secara automatik (auto debit) melalui kredit wallet Grab.

Apakah yang akan berlaku jika anda opt out sebelum tempoh sewa tamat?

Di dalam situasi penamatan kontrak sebelum tempoh sewa tamat, deposit anda tidak akan dipulangkan. Kos kerosakan fizikal (dalaman/luaran), saman dan sewa akan dicaj sewajarnya.

Bolehkah saya pandu kereta ini ke bandar yang lain untuk tujuan peribadi?

Perbatuan (mileage) maksima dalam tempoh 3 bulan kontrak sewa adalah 50,000km. Jika anda melebihi perbatuan ini, deposit anda tidak akan dipulangkan untuk menampung kos pembaikan dan penyelengaraan.

Terma & Syarat

  1. Warganegara Malaysia berumur 70 tahun ke bawah (Kad Pengenalan biru).
  2. Lesen memandu penuh (Lesen P tidak diterima).
  3. Harus menggunakan akaun bank peribadi yang didaftarkan menggunakan kad pengenalan peribadi.
  4. Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
  5. Lulus pemeriksaan kredit – tidak bankrap.
  6. Lulus pemeriksaan kesihatan (untuk pemandu 50 – 69 tahun) dan/atau untuk sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan yang sedia ada yang boleh membuatkan dia tidak dapat memandu.
  7. Latar belakang bersih:
    • Tiada rekod jenayah
    • Tidak mempunyai lebih daripada 3 sama trafik dalam masa satu 1 tahun (termasuk memandu melebihi had laju, langgar lari, memandu dengan berbahaya dan lain-lain)