Menu Driver Sign-Up

Kempen Fix My City (ver2)

 

For our English version, please click here.

Di Grab, kami tak pernah berhenti untuk menambah baik mutu perjalanan anda. Oleh itu, kami ingin mengumumkan kempen Fix My City iaitu inisiatif pihak kami untuk membantu mengesan dan memperbaiki masalah ketepatan lokasi pengambilan dan penghantaran. Untuk melakukan ini, Grab memerlukan bantuan anda untuk memaklumkan kami tentang lokasi-lokasi tersebut.

Caranya? Anda hanya perlu mengisi borang di sini: grb.to/fixmycityform

Anda boleh mengisi borang kami di atas sebab-sebab berikut;

  • Terdapat lokasi yang perlu diperbaiki
  • Terdapat lokasi yang baru yang tidak wujud di dalam aplikasi

Bagaimankah cara untuk mendapatkan Google Plus Code dengan telefon pintar?

1. Buka Google Maps menggunakan telefon pintar anda.

2. Taipkan nama lokasi.

3. Klik dan tekan ikon lokasi (ikon berwarna merah) selama 5 saat.

4. Tekan ‘More Info’ dan salin Google Plus Code.


Bagaimanakah cara mencari Google Plus Code dengan komputer?

1. Layari laman web Google Plus Code: http://plus.codes/

2. Taip nama lokasi di kotak carian. Tekan kotak putih untuk melihat butiran lanjut.

3. Salin Google Plus code


Terma dan syarat kempen

  1. Kesemua bahagian di dalam borang ini hendaklah diisi agar lokasi dapat diperbaiki dalam tempoh 30 hari.
  2. Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan.
  3. Pada masi ini, kempen ini hanya tertakluk kepada Kuching, Kuantan, dan Ipoh.
  4. Kempen ini dapat dijalankan dari 19 Oktober 2017. Penganjur mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk mengubah atau menamatkan kempen ini pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh kempen tanpa memberikan apa-apa notis terlebih dahulu dan tiada pampasan secara tunai atau berbentuk sedemikian akan diberikan.