Menu Driver Sign-Up

Struktur Pendapatan Mingguan GrabFood & GrabExpress – Klang Valley

| 15 Okt – 21 Okt, 2018 |

Memperkenalkan laman web Struktur Pendapatan Mingguan GrabFood & GrabExpress. Laman ini akan dikemaskini setiap minggu untuk memaklumkan perkembangan terbaru GrabFood & GrabExpress dan juga perubahan dalam struktur pendapatan mingguan.


Waktu Operasi GrabFood : 9pg – 12tgh mlm

Waktu Operasi GrabExpress : 8pg – 12tgh mlm

// [Baru] Bonus Hujan

Kami faham bahawa musim hujan kebelakangan ini telah menyukarkan penghantaran pesanan. Oleh itu, bonus baru ini adalah untuk menjamin anda diberi pampasan yang sewajarnya di samping menghargai kerja keras anda untuk menghantar pesanan dalam cuaca yang kurang mengizinkan. Kami akan mengumumkan Bonus Hujan melalui SMS dan akan dibayar secara mingguan pada hari Isnin seterusnya. Bonus Hujan yang diberikan adalah tertakluk kepada keadaan cuaca dan tempoh masa hujan.

Jangan lupa untuk berhati-hati ketika anda membuat penghantaran!

// [Baru] GrabFood – Pengemaskinian Tambang Penghantaran

Setelah mendengar maklum balas anda tentang jarak pengambilan dan penghantaran pesanan yang jauh, kami telah meningkatkan tambang penghantaran dari RM5 kepada RM7. Di samping itu, anda masih juga menerima insentif dan bonus prestasi. Rujuk jadual dibawah untuk maklumat lanjut.

// [Baru] Penyata Pendapatan Mingguan

Kami faham bahawa anda ingin mengetahui dan menyemak pendapatan mingguan anda dengan lebih mudah. Oleh itu, penyata pendapatan akan dihantar kepada anda setiap minggu.


Pendapatan Asas

  • Pendapatan asas termasuk bayaran tambang penghantaran dan insentif penghantaran mengikut jadual yang tertera di bawah.

Jumlah pendapatan asas setiap pengantaran

 = Tambang pengantaran (RM7) + Insentif Setiap Pesanan

Pendapatan prestasi

  • Pendapatan prestasi ialah bonus tambahan yang diberikan kepada rakan-penghantar jika jumlah penghantaran secara keseluruhan dalam satu hari memenuhi syarat-syarat kelayakan. Jumlah penghantaran ini termasuk penghantaran yang dilakukan pada jenis perkhidmatan GrabFood dan GrabExpress.

Lain-lain :

// Ciri Same Day Cash Out

Sila dimaklumkan bahawa anda perlu mempunyai akaun bank tempatan yang juga terikat dengan nombor kad pengenalan baru anda untuk menggunakan ciri ini. Untuk lebih maklumat, tekan sini.

// Panduan GrabFood

Bagi yang masih baru kepada GrabFood, sila rujuk kepada panduan aplikasi GrabFood Driver di sini.


Pendapatan Asas

  • Pendapatan asas termasuk bayaran tambang penghantaran dan insentif penghantaran mengikut jadual yang tertera di bawah.

Pendapatan prestasi

  • Pendapatan prestasi ialah bonus tambahan yang diberikan kepada rakan-penghantar jika jumlah penghantaran secara keseluruhan dalam satu hari memenuhi syarat-syarat kelayakan. Jumlah penghantaran ini termasuk penghantaran yang dilakukan pada jenis perkhidmatan GrabFood dan GrabExpress.


Lain-lain :

// [Baru] GrabExpress – Bonus Pick-up Jauh

Untuk memberikan pampasan yang setimpal untuk pick-up penghantaran yang jauh, kami akan memberi jaminan minima RM0.80 setiap KM untuk jarak pick-up penghantaran selepas 3KM. 

Contoh:

Rakan-penghantar Bob membuat penghantaran seperti berikut:

  1. Jarak dari Bob ke pengirim (pick-up): 7.7KM
  2. Jarak dari pengirim (pick-up) ke penerima (drop-off): 9KM
  3. Jarak dari Bob ke pick-up lebih daripada 3KM. Oleh itu, Grab akan memberi Bonus Pick-up Jauh untuk (7.7KM – 3KM) = 4.7KM

// Panduan GrabExpress

Hanya rakan-penghantar terpilih di dalam fleet ‘non-halal’ boleh menerima tempahan GrabExpress. Jenis perkhidmatan ini akan membuat hantaran barangan dan anda boleh mengetahui lebih tentang GrabExpress dengan menekan di sini.